Posts

Showing posts from January, 2017

6 Persediaan Sebelum Memohon Biasiswa HLP

Image
Ini entry yang dah lama betul nak tulis tapi tak tertulis tulis.Sampai dah nak habis cuti belajar dah pun.Sebelum tu, ini adalah pengalaman. So, depend nak follow ke tak. Kalau yang baik tu mungkin boleh jadikan panduan dan kalau yang tak sesuai tu, tinggal tinggalkan lah. . Sekarang ni pun saya dah di tahun akhir cuti belajar. Berbaki setahun lagi. Kejap betul masa berlalu. So, boleh la cerita sikitkan macam mana pengalaman saya waktu mohon cuti belajar dengan biasiswa dulu. . Lepas saya habis belajar master (part time), memang niat ni membuak buak nak sambung belajar lagi. Belajar ni fun kot! Plus saya ni jugak dah mula jatuh hati dengan dunia research. So, memang usaha gigih la untuk sambung belajar, tapi memang kali ni dah niat, kalau sambung PhD, nak ambil cuti belajar sebab macam dah tak sanggup untuk hidup dalam huru hara bila sambung belajar secara part time. . Kali pertama saya mohon, GAGAL. GAGAL sebab tak cukup syarat. Syarat dia kena setahun lepas habis belajar master bar…

5 TIPS MENGHANTAR ANAK KE SEKOLAH SEAWAL 3 TAHUN

Image
Bila masuk tahun baru, memang penuh wall dengan news feed anak anak ke sekolah. Bertabahlah untuk seminggu ye! Yang dah anak 2,3 orang dah pi sekolah atau anak dah remaja, mungkin tak berapa nak excited sangat. Tapi kalau ada kawan kita yang anak sulungnya masuk tadika, korang bertabahlah ye dengar cerita mereka. Kita raikan juga. . Macam anak saya, Zulaikha pun dah masuk school. 2 tahun 7 bulan. Awal betul kan. And as i mentioned before, bukanlah saya kiasu sangat nak hantar anak ke sekolah, tapi as a working mother memanglah kita akan hantar anak ke taska kan. Dan sebelum ni memang Zulaikha di hantar ke taska yang playschool tu. Cuma, bila masuk umur 3 tahun, taska ni akan masukkan anak anak yang umur 3 tahun ni ke kelas lain yang ada modul pembelajaran, iaitu kelas EDP ( English Development Programme). Tapi sebabkan Zulaikha ni kitaorg memang cadang untuk lorongkan dia ke arah agama, so kami pindahkan dia ke Aulad As Sofa. Masih lagi dalam kelas yang kami panggilkan sebagai school…

Rutin di Tahun 2017

Hari ke 4 di dalam tahun 2017
So far, saya dah mula dapat rentak untuk tahun ni.
.
Pagi, bangun seawal pukul 5.30 untuk siapkan makanan pagi.
Kira ni time lewat la.
Kalau dapat bangun pukul 4, memang dah rasa Alhamdulillah sangat sebab dapat buat tahajjud sekali.
Tapi, biasalah, bila jadi mak and Zulaikha pun still lagi menyusu badan bila tidur even dah umur 2 tahun 7 bulan ( Bila nak stop Zulaikha hey!), so memang agak sukar kalau nak bangun pukul 4 bagi. Sebab tu kalau dapat terjaga tu, memang rasa Alhamdulillah sangat!
.
So, start pukul 5.30 pagi tu, saya dah mula masak untuk husband and sarapan pagi untuk Zulaikha. Husband akan pergi kerja pada pukul 6.50 pagi, and soon after that, mula lah time saya dengan Zulaikha pulak. Kena kejut Zulaikha, bagi makan, bagi mandi smapai hantar dia ke sekolah before 8.30 pagi. Struggle betul tapi moms life is the best life kan?
.
Bila dah hantar anak, baru lah boleh mengadap thesis sampai waktu time ambil dia. SO far, dalam masa dua harini, saya…

Hari Pertama Zulaikha di Aulad As Sofa

3/1/2017
.
Hari ini hari pertama persekolahan Zulaikha. Sound macam Zulaikha dah besar sangat kan. Tapi Zulaikha sebenarnya baru berusia 2 tahun 7 bulan. Bulan 5 nanti baru Zulaikha masuk 3 tahun. Dan kira, kalau ikut tahun, tahun 2017 ni Zulaikha dah 3 tahun.
.
What?
Awalnya hantar sekolah?
Tak boring ke dia nanti?
Ok ke dia?
.
Yes, sebenarnya persoalan itu jugak yang bermain di fikiran saya dan suami as a parents. Bukan kiasu sangat nak hantar Zulaikha ke sekolah awal awal, tapi since dia umur 1 tahun pun, dia dah masuk playschool. Taska playschool. Pagi pagi ada la aktiviti melukis, menampal. And selebihnya dia main je. So, bila dia dah masuk 3 tahun, kalau ikut taska Zulaikha yang lama, dia akan pindah ke kelas EDP (English Development Programme). Disini pun Zulaikha tak la sungguh2 belajar lagi sampai nak pecah kepala hotak, cuma kelas nya ada modul pembelajaran. Tapi dia dah masuk kelas lain lah kiranya.
.
So, bila dah buat aktiviti men'google', Zulaikha ni kami decide k…