Wednesday, June 1, 2016

Kenapa Perlu Proposal Defense?

Ini penulisan pertama setelah 2 tahun meninggalkan BLOG
.
Wah wah wah.
Nak buat kenangan sikit :)
.
.
Ok, berbalik pada story yang nak diceritakan
Setelah melalui fasa proposal defense dalam perjalana PhD saya ini,
Disini saya nak kongsikan pengalaman saya, ok!
.
Pertama sekali saya nak ceritakan, apa itu proposal defense.
.
Proposal defense ini merupakan satu fasa dalam pengajian 'post graduate' yang mengambil mode 'research' atau 'mixed mode'.
.
Jadi bagi sesiapa yang menyambung pelajaran di peringkat sarjana, yang mengambil mode 'course work' jangan bimbang, proposal defense TIADA. Sebabnya apa? sebab kita kira kepada pemberatan pengajian.Atau lebih 'ilmiah' lagi dalam bidang akademiknya adalah 'sumbangan' kepada bidang pengajian. Bukanlah kata pelajar yang ambil course work ini tak ada makna apa apa. Eh, eh. Jangan macam itu ok! Setiap ilmu yang dicari, adalah bermakna. Cuma bagi yang mengambil mode 'course work' ni, kaedah penyelidikan yang dilakukan adalah tidak se'DETAIL' mode research dan mixed mode.
.
Oh, sebelum itu saya nak bagitahu. Setiap universiti caranya berbeza beza. Ini saya cerita melalui pengalaman saya di UTM, Skudai.

Jadi, Kenapa perlu proposal defense?
.
Proposal defense ini bukanlah satu perkara yang MEMBUNUH dalam kajian. Tanam dalam diri, examiner yang menilai proposal kita ini bukanlah nak 'menghentam', tapi banyak untuk membantu bagi memperbaiki kajian yang sedang dilakukan. Oleh sebab itu, bagi saya, pemilihan examiner untuk proposal defense juga agak penting. Jika saya, saya lihat dari sudut kepakaran yang examiner miliki, bukannya sebab examiner yang dipilih adalah rapat, boleh kawtim, sempoi dan sebagainya yang akan mewujudkan unsur bias di situ. 

INGAT, PEMILIHAN EXAMINER YANG BAIK UNTUK PROPOSAL DEFENSE AMAT MEMBANTU DALAM KAJIAN DI MASA DEPAN

Reminder LAGI : Jangan sebab kita dengar examiner itu sangat kritikal, dah kita tak berani nak pilih. Go for it! Inilah sebab kenapa awak tu sambung belajar. To be critical. Jadi, kenalah belajar untuk jadi kritikal bukan untuk 'selamat' yang tak akan selamat selamanya.

Ingat tau, pesan hakak ni :) 

So, berbalik balik soal KENAPA? sebab nak menilai sama ada kajian yang akan dijalankan ini boleh dijalankan atau tidak. Kadang2, selama berbulan kita berbincang dengan SV, mungkin masih lagi terdapat beberapa perkara yang SV anda sendiri pun tak nampak kepincangannya dalam kajian anda. Sebab itu perlukan pendapat dan penilai dari orang lain juga iaitu examiner.
.
Bila examiner baca prposal anda, dia akan NAMPAK apa kelebihan dan kekurang proposal kita.Kalau examiner tak paham dengan proposal anda, memang something wrong yang perlu diperbaiki. DEFENSE ini bukanlah bermaksud kita perlu mempertahankan sampai MATI kitapunya proposal. Perlu bersifat terbuka. Kalau examiner bagi cadangan, kena terima. Tapi kalau kita tak setuju, mungkin kita boleh nyatakan dari sudut pendangan kita hasil pembacaan-pembacaan kita terhadap artikel dalam bidang kajian yang sedang dikaji. Sebab yang LEBIH tahu tentang kajian kita adalah kita sendiri. Jadi DEFENSE di sini adalah lebih kepada pertukaran pandangan sebenarnya. Cuma perkataan DEFENSE di sini yang buatkan orang rasa kecut perut sikit sampai berhari hari rasa rama rama di dalam perut. Itu normal kan. 
.
Jadi kalau examiner dah bersetuju dengan cadangan kajian anda, bolehlah anda teruskan kajian anda yang seterusnya. Dan di UTM hasil proposal defense, kita akan menerima 3 keputusan dari examiner iaitu P1, P2 atau P3.
.
Keputusan P1 ini bermakna kajian boleh diteruskan dan pembetulan boleh dilakukan bersama SV
.
Keputusan P2 ini bermakna kajian boleh diteruskan dan pembetulan boleh dilakukan dengan examiner dalam tempoh 3 bulan
.
Keputusan P3 ini paling digeruni dimana proposal yang dicadangkan di TOLAK dan perlu dicadangkan kajian yang BARU. Jadi paling minta dijauhkan adalah keputusan P3 ini setelah berbulan bertungkus lumus.
.
Buat semua yang nak proposal defense, Semoga berjaya! Dalam hidup, jangan berheni berjuang. Teruskan terbang TINGGGI!!!!
.

.

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI