Jalan Jalan Di Bandar Muar

Assalamualaikum.
I'm back!! Setelah hampir 5 bulan tak menulis blog secara konsisten. 

Disebabkan sejak setahun kahwin ni banyak kali ikut suami ke outstation dan saya suka juga nak explore makanan dan tempat menarik di tempat yang kitaorang pergi, jadi saya berkira kira nak menulis blog semula untuk berkongsi.

Sharing Is Caring  kan. :)

Kali ini kami ke Muar. Muar ini juga di kenali sebagai Bandar Maharani atau Bandar Di Raja. Jadi, di setengah signboard, kita akan nampak ianya tertulis Bandar Maharani.

Pertama kali bila di beritahu nak datang Muar, saya teringatkan Mee Bandung nya!!
Macam rugilah kan kalau datang ke Muar tapi tak dapat rasa keenakan Mee Bandung Muar. Tempat yang kami cari untuk makan Mee Bandung Muar adalah Mee Bandung Abu Bakar Hanifah. Sebenarnya, Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni boleh didapati di dua tempat. Satu di Restoran Abu Bakar Hanifah dan satu lagi di Dataran Tanjung Emas. 

Lokasi Restoran Abu Bakar Hanifah ni adalah di Jalan Abdullah. Di tepi jalan besar, berhadapan dengan Kedai Kasut LEE. Kami gigih juga mencari Restoran ni di Jalan Abdullah, sampai dua tiga kali juga pusing, tapi malangnya, tak berezeki pada kami nak makan dekat Restoran nya sebab pusing punya pusing, parking FULL!! Jadi, kami ambil keputusan untuk makan saja di Dataran Tanjung Emas. 


Kedai Mee Bandung Abu Bakar Hanifah di Dataran Tanjung Emas.
sumber gambar Google : Sebab sedap sangat Mee Bandung nya, lupa nak snap gambar sekeping dua :) 

Ada juga beberapa gerai lain di Dataran Tanjung Emas. Yang jual Asam Pedas, Otak Otak, Rojak Buah dan sangat banyak lagi. Sangat sesuai lah untuk jadikan port makan di Bandar Muar ni kalau tak tahu nak cari makan dekat mana, plus tak perlu bersusah payah pusing bandar dua tiga kali untuk cari tempat parking kereta. Kang mood makan pun lari sebab cari parking tak jumpa jumpa :) 

Destinasi jalan jalan cari makan di Bandar Muar seterusnya adalah Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Jika datang ke Bandar Muar, memang dah awal awal lagi jumpa signboard Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Tapi untuk mencarinya agak ke dalam juga. Jadi, untuk lebih senang, kalau nak cari lokasi Medan Ikan Bakar Sabak Awor ni, boleh juga mencari SMK Bandar Maharani. Tempat nya betul betul di belakang pintu sekolah SMK Bandar Maharani. 


Kami datang pada waktu malam, jadi pada waktu siangnya, saya pun tak pasti sama ada ianya beroperasi atau tidak. Tapi bila sampai sini, kita akan nampak kesemua kedai menjual ikan bakar. Jadi untuk memilih agak confius jugalah yang mana satu yang sedap. Tapi , dengar dengarnya, kedai ikan bakar yang famous disini adalah Kedai No 8, kedai Wak Jos. Memang ramai orang dekat kedai tu dan semua yang datang ke Medan Ikan Bakar Sabak Awor ni, semua terus menuju ke kedai No 8 ni. Saya dengan suami makan di kedai no 4. Katanya kedai Wak Jos juga. Tak pastilah kami sebab bila kitaorang dah sedap makan, memang nampak makin lama makin ramai orang datang ke kedai No 8 tu. Takpe lah, mungkin lain kali kita datang ke kedai No 8 pulakkan. Tapi, so far, makanan dekat kedai No 4 pun not bad lah. Cuma tom yam nya tak berapa nak sesuai dengan citarasa saya dan suami. So, makan tak habis pun. Harga, bagi kami murah! So, berbaloi juga untuk datang jalan jalan Muar dan makan di sini. :) 

Salah satu tempat yang baru kami di explore di Muar ni adalah Ladang Herba Nasuha. Ni merupakan antara ladang herba yang terbesar di Asia Tenggara dan di sinilah adanya kilang rempah Mak Siti. Ladang Herba Nasuha ni terletak di Pagoh. Tak jauh sangat dari bandar Muar. Yang istimewanya, disini pun ada juga Restoran Herba dan makanan di restoran ni semuanya berasaskan herba. Menarik dan sedap!! Disini kami makan, Nasi Beriani Herba dengan Teh Herba. Nasi Beriani Herba tu memang sedap lah saya cakap, cuma teh herba tu macam minum teh tak ada gula. Nama pun teh herba kan, jadi minum teh untuk kesihatan. Memanglah kurang bergula! 



Ada lagi satu destinasi makan di Muar yang kami tak explore adalah Medan Asam Pedas Parit Jawa. Dengar cerita , Muar ni juga famous dengan Asam Pedas melatopppsss dari Asam Pedas Melaka. Dan yang paling famous adalah Asam Pedas di Parit Jawa. Insha Allah, jika berezeki datang ke Muar, kami datang ke sini lagi ya!! Tapi buat sesiapa yang nak pergi ke Medan Asam Pedas Parit Jawa ni, lokasi nya adalah menuju ke jalan Muar-Batu Pahat. Kira kira 15km dari Bandar Muar, akan jumpa Medan Asam Pedas ni. So, bagi peminat asam pedas, kalau datang ke Muar, jangan lupa ke sini ya! 


Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat