Posts

Showing posts from March, 2014

Jalan Jalan Di Bandar Muar

Image
Assalamualaikum. I'm back!! Setelah hampir 5 bulan tak menulis blog secara konsisten. 
Disebabkan sejak setahun kahwin ni banyak kali ikut suami ke outstation dan saya suka juga nak explore makanan dan tempat menarik di tempat yang kitaorang pergi, jadi saya berkira kira nak menulis blog semula untuk berkongsi.
Sharing Is Caring  kan. :)
Kali ini kami ke Muar. Muar ini juga di kenali sebagai Bandar Maharani atau Bandar Di Raja. Jadi, di setengah signboard, kita akan nampak ianya tertulis Bandar Maharani.
Pertama kali bila di beritahu nak datang Muar, saya teringatkan Mee Bandung nya!! Macam rugilah kan kalau datang ke Muar tapi tak dapat rasa keenakan Mee Bandung Muar. Tempat yang kami cari untuk makan Mee Bandung Muar adalah Mee Bandung Abu Bakar Hanifah. Sebenarnya, Mee Bandung Abu Bakar Hanifah ni boleh didapati di dua tempat. Satu di Restoran Abu Bakar Hanifah dan satu lagi di Dataran Tanjung Emas. 
Lokasi Restoran Abu Bakar Hanifah ni adalah di Jalan Abdullah. Di tepi jalan …