Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Assalamualaikum
Hari ini saya nak berkongsi sedikit info buat cikgu cikgu yang nak sambung belajar MASTER atau PHD dengan FREE.

Yes.
PERCUMA.

Memang satu peluang yang dinantikan.
Siapa taknak benda PERCUMA dalam dunia kan.
Walaupun sebenarnya golongan itu ada.
Ahaks.
*Sentap*

Satu satu nya cara yang saya tahu untuk sambung belajar secara PERCUMA bagi cikgu cikgu adalah dengan tajaan KPM. Untuk kemasukan 2014, permohonan telah di buka pada bulan 5/2013 dan bagi nama yang tersenarai untuk ditemuduga, senarai nama telah di keluarkan pada bulan 7/2013 dan temuduga di jalankan pada bulan 8/2013 dan 9/2013. 

Mengapa saya ceritakan waktu waktu yang penting disini?
Penting untuk korang korang yang nak buat next permohonan.
Kiranya di bulan 4 atau 5 setiap tahun, rajin rajin lah bukak website KPM untuk dapatkan info jika ada peluang keemasan ini dibuka. 

Bagi yang nak memohon, ada dua jenis permohonan yang boleh di pohon.
Pertama. samada ingin belajar di dalam negara atau luar negara.
Kedua. samada ingin belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH dan dapat biasiswa (ini memang dinantikan oleh semua cikgu cikgu di Malaysia) atau belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH tanpa biasiswa. 

Prosesnya semudah ABC namun segala perjuangan kehidupan rencahnya adalah kecekalan. Kalau tak cekal, awal awal lagi dah tutup buku n good bye! 

Langkah 1 : Isi borang permohonan di web KPM. Selepas mengisi borang permohonan, ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan termasuklah borang pengisytiharan harta yang kita selalu buat untuk setiap 5 tahun sekali. Oleh itu, borang borang yang penting yang melibatkan perkhidmatan, jangan di abaikan. Simpan elok elok kemas kemas. Surat lantikan, surat pengesahan jawatan, sijil sijil perkhidmatan yang kita ada, SIMPAN. Jangan harapkan kerani kat sekolah sahaja yang nak simpan. Hak sendiri makanya tanggungjawab sendiri jugalah untuk menjaga hak peribadi. Dan akhirnya dua tandatangan yang di perlukan bagi pengesahan sebelum menghantar permohonan. Pertama, tandatangan dari pengetua/guru besar sekolah. Kedua, tandatangan dari Jabatan Pelajaran Negari (Pegarah/Pen Pengarah/Ketua Sektor) . Disebabkan ada dua tandatangan yang kita perlu dapatkan sebelum menghantar borang, oleh itu dinasihatkan untuk membuat mengisi permohonan awal. Yela, orang orang penting dan busy macam Pengetua & Pengarah Pelajaran tak selalu ada di pejabat. Jika hantar last minutes, time tu juga diaorang busy dengan meeting atau program program lawatan, sudahnya kita juga yang rugi kan. Maka, tindakan awal amat amatlah diperlukan. 

Langkah 2 : Hantar borang ke bahagian tajaan pendidikan KPM di Cyberjaya. Masuk ni dah 2 kali saya ke Bangunan ini. Kali pertama time first degree dulu. Dah memang anak tajaan KPM, jadi memang dah kena ke sana la kan untuk urusan. Dan kali kedua time saya nak mohon PHD kali ini. Sedia maklum, pengajian sarjana saya buat secara part time dengan modal dari gaji sendiri. 

Langkah 3 : Pengumuman peluang untuk di temuduga. Bagi yang telah memohon, harapan untuk mendapat peluang emas ini bagaikan hanya disebelah kaki apabila nama anda dah di senarai pendek untuk temuduga. Ok, untuk permohonan bagi menyambung PHD kali ini saya tidak berjaya , namun tidak kecewa atas beberapa faktor yang saya kira percaturan Allah untuk unik atas segala nawaitu dan perancangan kita, DIA yang lebih tahu. Faktor faktor kegagalan yang saya telah selidiki mungkin disebabkan oleh 
-faktor usia. Saya sekarang baru berusia 28tahun dan baru saja 5 tahun berkhidmat dalam KPM. Saya kira KPM bagi laluan dulu kepada senior senior untuk sambung PHD.
-faktor masa. Saya baru saja tamat sarjana tak cukup setahun sedangkan syarat permohonan mesti sudah tamat sarjana sekurangnya satu tahun. Ini nama nya saja gatal nak minta. Muahahahahaha. Ok, tak kelakar. 

Langkah 4 : Ditemuduga. Hasil dari maklumat dan info kawan sekerja saya yang dah pernah pergi beberapa kali temuduga, pertama temuduga akan dijalankan dalam dua bahasa. Contoh, kalau kita minta kursus pengajian dalam Bahasa Inggeris, maka penemuduga akan minta kita explain serba sedikit dari soalan mereka dalam Bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya. Disini mungkin mereka nak tengok taraf kekonfidenan kita. Jangan kena gertak sikit dah cuak. Alahai, sedih ai gitu. Waktu temuduga juga kena sediakan proposal untuk dibawa bersama. Ada juga dah pernah pergi temuduga beberapa kali tapi tak berpeluang sambung belajar lagi. Bila anda mengalami situasi begini, jangan give up. Pilihan kehidupan hanya ada dua, berundur atau berjaya. Jika teruskan usaha, insha Allah satu hari akan berjaya. Hanya Allah yang tahu bila. 

Ok, itulah serba sedikit maklumat perguruan yang saya tahu untuk dikongsi bersama. Yang baik kita kongsikan, yang buruk juga kita ceritakan. Agar ianya jadi pengajaran buat kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

Balik balik pun, percayalah pada kuasa DOA. Banyakkan berDOA pada NYA. Insha Allah apa yang di usahakan cepat atau lambat, satu hari akan berjaya. 



Comments

Anonymous said…
salam cikgu. Saya Cikgu mi dari kuantan. Dapat biasiswa dulu baru apply universiti ke atau apply universiti serentak dengan isi borang. saya keliru la. ke lepas dapat biasiswa, kpm sendiri yang hantar kita ke mana-mana universiti yang dia suka. Eh, macam posting pulak.
Anonymous said…
Saya telah berkhidmt 4 thn di sek ren dan 11 thn di sek men telah memohon cuti bergaji penuh tanpa biasiswa sebyk 7 kali dlm kiraannya 7 thn berulg pergi interview dr Putrajaya ke Cyberjaya. Mmg kita kata bkn rezeki le tp agak2 le bila pergi interview cg2 yg baru berkhidmat 3 ke 5 thn dpt sambung masters kita blh fikir kat mana silapnya. Terkini rakan sekerja yg berpgkt guru cemerlg pergi bersama modul2 dan dia jg antara tlibt dgn penggubal buku teks memohon....kena pikir kt mana silapnya.....
LUVLYDIYANA said…
Assalamualaikum. Cikgu mi. Boleh buat dua dua.
Jika yang ingin mengambil risiko, akan mengappy universiti dulu. kemudian dah dapat sambung belajar baru apply biasiswa. tp ikut nasib lah. kalau tak dapat biasiswa, maksudnya bayar dengan duit gaji sendirilah
LUVLYDIYANA said…
Assalamualaikum.
Mengikut pengamatan saya, ianya dilihat dari sudut sumbangan yang hendak dilakukan kepada KPM setelah tamat belajar nanti. Walaupun pada asasnya memang kita ikut rezeki.
ciyah said…
Assalamualaikum. Sy ada pengalaman kena interview. Sy minta bm tp kena soal dalam bm dan bi. Sy cuma bermasalah dlm penyediaan proposal je.rasa geram jgk sbb itu sy gagal tp salah sendiri sbb prepare x complete tp sy nak cuba lg mn tau ada rezki in sha Allah
Anonymous said…
Askm...sy cg zura... berminat utk sambung master dlm bdg maths... cuma sy x pasti bila sy boleh apply program yg under kpm ni... bila kuar iklan tu..n adakah iklan tu akn dihantr ke sek?
Anonymous said…
askm.... saya cg zura. berminat sangat untk sambung master. sy dah ada degree pd th 2010. cuma masalahnya sy blum dilantik ke dg41 atas alasan sy lewat mohon, sbb tunggu 32 dulu. layakke saya memohon master
Anonymous said…
Assalam...sy nk tnye klu brgaji pnuh..kite dpt smua elaun tu ke...satulg..klu tnpa biasiswa bp ribu ye kene byr
Anonymous said…
Salam kak... tumpang tanya, klu nk sambung master mmg kena tunggu sah jawatan dulu eh? and lagi satu, kita sebagai guru bleh x eh minta biasiswa lain mcm MARA ke... sbb dok plan nak sambung master ni...

~siti~
Anonymous said…
asmkm,saya nak apply lagi sambung belajar ni..sebelum ni dah 3 kali apply..dpt sekali temuduga pun gagal..xpela..mungkin bukan rezki..tp saya tetap nak cuba sebab saya nak sambung belajar..masa di temuduga dr. berkenaan komen proposal saya x cukup kuat..jika boleh..di harap puan dapat bantu saya untuk menghasilkan sebuah proposal yang cukup kuat untuk melayakkan saya sambung belajar
LUVLYDIYANA said…
Assalamualaikum cikgu zura yang dirahmati, jika nak sambung master, mengikut syarat universiti dah boleh apply sekiranya dah ada ijazah. Tapi untuk apply biasiswa masih belum lagi sebab syarat nya mesti di sahkan dalam perkhidmatan dahulu.
LUVLYDIYANA said…
Assalamualaikum. Kalau bergaji penuh tanpa biasiswa kita tak dapatlah elaun yuran pengajian, alaun buku dan elaun tesis tu. Cuma boleh bercuti dan buat full time sahaja.
Mea Myrul said…
Salan..kalau sy baru berkhidmat setahun di sekolah..layak ke untuk memohon master?
Mea Myrul said…
Salam..kalau sy bru setahun berkhidmat di sekolah..adakah layak untuk memohon master?
Salam.saya berijazah dlm bidang sejarah.boleh ke nak ambil master dlm bidang lain.
sirsaqti said…
Salam. kak ..sy bercadang nak sambung master di luar negara bergaji penuh dengan biasiswa..saya mengajar di sek ren ..ada ke dan boleh ke..course TES

Popular posts from this blog

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar