Thursday, August 22, 2013

Rezeki Itu Rahsia

220213-220813
Genap 6 bulan perkahwinan
Happy Anniversary
Abang.

Bulan ini rekod.
Bulan yang paling kerap ditanya soalan
'Bila lagi mahu berbadan dua?'
Jika di tanya bila,
Jawapan nya adalah SEKARANG.
Sekarang saya mahu berbadan dua.
Namun, rezeki itu rahsia.
Bila bila Allah nak bagi saya tidak dapat jangka.
Ini bukan perancangan saya
Tapi perancangan Allah yang Maha Kuasa

Sentap?
Tidak.
Marah?
Tidak.Tidak.
Sekelumit kuman saya tidak terasa dan sentap dengan segala persoalan yang ditanya.
Kerana saya amat yakin
Rezeki Allah itu ada
Allah akan beri bila tiba masa

Kita tak tahu
Tapi Allah tahu
Kita rasa kita dah bersedia
Tapi Allah lagi tahu segala kemampuan kita
Oleh itu, kita hanya mampu sabar, usaha dan DOA
Yakin Allah mendengar setiap rintihan hambaNya.

Buat Al Fateh anak ummi yang hebat
Insan terpilih penyambung dakwah nabi
Terima kasih kerana menyedarkan ummi
Mungkin amal ummi masih tipis , jihad ummi masih rapuh
Untuk menjadi pendidik insan terpilih.

Dalam kepincangan ummi
Semoga Allah berikan kurnia
Dengan kebahagian nikmat di dunia
.
.
.
.
Fateh.


Wednesday, August 21, 2013

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Assalamualaikum
Hari ini saya nak berkongsi sedikit info buat cikgu cikgu yang nak sambung belajar MASTER atau PHD dengan FREE.

Yes.
PERCUMA.

Memang satu peluang yang dinantikan.
Siapa taknak benda PERCUMA dalam dunia kan.
Walaupun sebenarnya golongan itu ada.
Ahaks.
*Sentap*

Satu satu nya cara yang saya tahu untuk sambung belajar secara PERCUMA bagi cikgu cikgu adalah dengan tajaan KPM. Untuk kemasukan 2014, permohonan telah di buka pada bulan 5/2013 dan bagi nama yang tersenarai untuk ditemuduga, senarai nama telah di keluarkan pada bulan 7/2013 dan temuduga di jalankan pada bulan 8/2013 dan 9/2013. 

Mengapa saya ceritakan waktu waktu yang penting disini?
Penting untuk korang korang yang nak buat next permohonan.
Kiranya di bulan 4 atau 5 setiap tahun, rajin rajin lah bukak website KPM untuk dapatkan info jika ada peluang keemasan ini dibuka. 

Bagi yang nak memohon, ada dua jenis permohonan yang boleh di pohon.
Pertama. samada ingin belajar di dalam negara atau luar negara.
Kedua. samada ingin belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH dan dapat biasiswa (ini memang dinantikan oleh semua cikgu cikgu di Malaysia) atau belajar dengan memohon CUTI BERGAJI PENUH tanpa biasiswa. 

Prosesnya semudah ABC namun segala perjuangan kehidupan rencahnya adalah kecekalan. Kalau tak cekal, awal awal lagi dah tutup buku n good bye! 

Langkah 1 : Isi borang permohonan di web KPM. Selepas mengisi borang permohonan, ada beberapa dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan termasuklah borang pengisytiharan harta yang kita selalu buat untuk setiap 5 tahun sekali. Oleh itu, borang borang yang penting yang melibatkan perkhidmatan, jangan di abaikan. Simpan elok elok kemas kemas. Surat lantikan, surat pengesahan jawatan, sijil sijil perkhidmatan yang kita ada, SIMPAN. Jangan harapkan kerani kat sekolah sahaja yang nak simpan. Hak sendiri makanya tanggungjawab sendiri jugalah untuk menjaga hak peribadi. Dan akhirnya dua tandatangan yang di perlukan bagi pengesahan sebelum menghantar permohonan. Pertama, tandatangan dari pengetua/guru besar sekolah. Kedua, tandatangan dari Jabatan Pelajaran Negari (Pegarah/Pen Pengarah/Ketua Sektor) . Disebabkan ada dua tandatangan yang kita perlu dapatkan sebelum menghantar borang, oleh itu dinasihatkan untuk membuat mengisi permohonan awal. Yela, orang orang penting dan busy macam Pengetua & Pengarah Pelajaran tak selalu ada di pejabat. Jika hantar last minutes, time tu juga diaorang busy dengan meeting atau program program lawatan, sudahnya kita juga yang rugi kan. Maka, tindakan awal amat amatlah diperlukan. 

Langkah 2 : Hantar borang ke bahagian tajaan pendidikan KPM di Cyberjaya. Masuk ni dah 2 kali saya ke Bangunan ini. Kali pertama time first degree dulu. Dah memang anak tajaan KPM, jadi memang dah kena ke sana la kan untuk urusan. Dan kali kedua time saya nak mohon PHD kali ini. Sedia maklum, pengajian sarjana saya buat secara part time dengan modal dari gaji sendiri. 

Langkah 3 : Pengumuman peluang untuk di temuduga. Bagi yang telah memohon, harapan untuk mendapat peluang emas ini bagaikan hanya disebelah kaki apabila nama anda dah di senarai pendek untuk temuduga. Ok, untuk permohonan bagi menyambung PHD kali ini saya tidak berjaya , namun tidak kecewa atas beberapa faktor yang saya kira percaturan Allah untuk unik atas segala nawaitu dan perancangan kita, DIA yang lebih tahu. Faktor faktor kegagalan yang saya telah selidiki mungkin disebabkan oleh 
-faktor usia. Saya sekarang baru berusia 28tahun dan baru saja 5 tahun berkhidmat dalam KPM. Saya kira KPM bagi laluan dulu kepada senior senior untuk sambung PHD.
-faktor masa. Saya baru saja tamat sarjana tak cukup setahun sedangkan syarat permohonan mesti sudah tamat sarjana sekurangnya satu tahun. Ini nama nya saja gatal nak minta. Muahahahahaha. Ok, tak kelakar. 

Langkah 4 : Ditemuduga. Hasil dari maklumat dan info kawan sekerja saya yang dah pernah pergi beberapa kali temuduga, pertama temuduga akan dijalankan dalam dua bahasa. Contoh, kalau kita minta kursus pengajian dalam Bahasa Inggeris, maka penemuduga akan minta kita explain serba sedikit dari soalan mereka dalam Bahasa Melayu dan begitulah sebaliknya. Disini mungkin mereka nak tengok taraf kekonfidenan kita. Jangan kena gertak sikit dah cuak. Alahai, sedih ai gitu. Waktu temuduga juga kena sediakan proposal untuk dibawa bersama. Ada juga dah pernah pergi temuduga beberapa kali tapi tak berpeluang sambung belajar lagi. Bila anda mengalami situasi begini, jangan give up. Pilihan kehidupan hanya ada dua, berundur atau berjaya. Jika teruskan usaha, insha Allah satu hari akan berjaya. Hanya Allah yang tahu bila. 

Ok, itulah serba sedikit maklumat perguruan yang saya tahu untuk dikongsi bersama. Yang baik kita kongsikan, yang buruk juga kita ceritakan. Agar ianya jadi pengajaran buat kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. 

Balik balik pun, percayalah pada kuasa DOA. Banyakkan berDOA pada NYA. Insha Allah apa yang di usahakan cepat atau lambat, satu hari akan berjaya. 



PHD IS A LONELY JOURNEY