Thursday, March 7, 2013

Love Story

Cerita C.I.N.T.A buat anak anak ummi..........
160912


'Masjid Besi menjadi saksi,
Luahan hati untuk memperisteri,
Setelah mendapat petunjuk Illahi,
Disini cinta mula bersemi'

Tarikh ini tarikh yang ummi takkan lupa. Tarikh kehadiran 'HERO' dalam hidup ummi. Setelah hampir lapan bulan menjadi teman 'sosial networking' abbi, abbi menyatakan hasrat untuk berjumpa ummi. Terkejut dan berdebar ummi. Selama lapan bulan kenal abbi melalui kawan sekolah ummi, hanya beberapa kali ummi berhubungan dengan abbi. Tapi setiap kali ummi berhubungan dengan abbi, ummi rasa tenang dan menenangkan. Di dalam kesibukan ummi menyambung pelajaran ketika itu, abbi sentiasa memahami dengan semua kesibukan ummi. Terima kasih abbi sebab sanggup tunggu ummi yang sedang berjuang dalam pelajaran.

Kesabaran dan kesungguhan abbi menawan hati ummi. 

Pada pertemuan pertama ini, abbi melamar ummi. Semuanya indah! Takkan pernah ummi lupa pesanan abbi buat ummi pada pertemuan pertama kami

'Sebelum kita jumpa, saya (panggilan abbi ketika itu) ada satu permintaan. Selesai dhuha, tambahkanlah solat istikarah sekali buat hubungan kita ini'

Indah!Abbi sangat romantis kan.
Mengingati Allah dalam setiap perbuatan. Abbi ada ciri ciri lelaki yang ummi cari...... 

Dan sebelum ummi pulang..... 

'Sebenarnya hajat saya adalah untuk menjadikan awak isteri...........'

Ting!
Dan ummi pulang dengan riang, senyum seorang diri.....

Alhamdulillah, memang ummi sudah lama menantikan abbi. Tetapi walaupun sesuka mana ummi, segumbira mana hati ummi, ummi sedar ummi tak boleh lupa, ummi ada Allah dan kedua ibu bapa yang ummi perlu dapatkan restu dam redha mereka. Percayalah. Sebesar mana ikatan cinta kita, yang paling penting perlu mendapat restu mereka. Ingat pesan ummi ya, jangan membelakangkan Allah dalam setiap perbuatan. 

Sabda Rasullulah s.a.w
'Redha Allah terletak pada redha kedua ibu dan bapa, murka Allah terletak kepada murka kedua ibu dan bapa'

Nah!
Kerana ummi masih lagi di bawah tanggung jawab ibu dan bapa, kerana itulah ummi rasakan restu mereka penting walaupun hati ummi memang dah bertambah cinta pada abbi.

Dan Alhamdulillah.... responsi MamaTok dan Tok sangat menggumbirakan.Malah terasa seperti seluruh alam sedang bergembira bila mendengar berita yang manis manis ini. Tetapi kepada abbi, ummi belum sampaikan persetujuan. Ummi memikirkan sesuatu yang manis manis buat abbi. Untuk di kenang sepanjang hidup abbi nanti.....

'Apabila datang kepadamu orang yang kamu redha agama dan akhlaknya, maka kahwinilah ia. Jika tidak engkau berbuat demikian, akan terjadi finah di bumi dan kerosakan yang luas ' - (Riwayat Tarmizi,Ibn Majah dan Al Hakim) 


240912

Kejutan buat abbi......


Maniskan ummi. Hadiah pertama ummi buat abbi..... Hadiah penuh cinta.
Dan kami menetapkan tarikh pertunangan kami pada 31112 sempena hari jadi ummi dan abbi. Ummi dan abbi berkongsi hari jadi yang sama.....

Dah memang JODOH

Kataorang dan kata ummi ...

Buat anak anak ummi...
Ini permulaan kisah cinta ummi dan abbi.Ringkas.Tiada kata bermadah berhelah.Hanya datang dari sekeping hati yang ikhlas.Cinta sejati itu lahir dari sudut hati yang suci.Mencintai dan bersama abbi adalah saat yang terindah buat ummi.Didikan dan kasih sayang abbi buat ummi membuatkan ummi jatuh cinta berkali kali!Setiap masa dan setiap detik cinta ummi hanya untuk abbi...

Buat anak anak ummi...
Abbi adalah lelaki yang paling hebat dalam hidup ummi. Tidak pernah sekali menyentuh ummi selagi ummi tidak halal bagi nya. Menasihati dan mendoakan ummi dan untuk kita dalam setiap solatnya. Berusaha untuk memberikan didikan agama yang terbaik buat kita agar kita bisa bahagia dan berjumpa semula di syurga. Gigih mencari rezeki buat kesenangan kita di dunia. Buat anak anak ummi, jangan lupa panjatkan doa buat abbi agar terus menjadi lelaki yang hebat buat kita.... Doakan agar cinta ummi dan abbi kekal sampai syorga.


AKU TERIMA NIKAHNYA............22213




No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI