Posts

Showing posts from February, 2013

Buat Bidadari Dunia

Image
Pesanan Ummu Hakim buat puterinya :

"Anakku, engkau akan meninggalkan suasana tempat engkau dilahirkan, engkau akan meninggalkan sarang tempat engkau dibesarkan dan berpindah kesarang lain yang belum pernah engkau kenal. Engkau memperoleh teman hidup yang belum bisa menemanimu. Ia menjadi berkuasa ke atas dirimu dan menjaga kehidupanmu. Kerana itu hendaklah engkau dapat menempatkan dirimu sebagai hamba sahaya baginya dan demikian ia akan menjadi budak bagimu. Anakku, perhatikanlah beberapa sifat utama yang kupesan kepadamu, kerana hal itu akan menjadi bekal atau simpanan yang baik buatmu : 1. Temanilah suamimu dengan cara hidup bersederhana, merasa cukup dengan apa yang ada dan bergaullah dengan baik dan patuh. 2. Jagalah dirimu di hadapan matanya dan depan hidungnya agar engkau tidak kelihatan buruk dalam pandangannya, dan jangan sampai ia mencium bau yang tidak sedap dari badanmu. Berselaklah kerana celak merupakan hiasan terbaik. Ketahuilah bahawa air adalah pengganti terbaik…