Saturday, January 5, 2013

I Can Be A Better Me #Part 1

Assalamualaikum.
Sudah tamat di tahun 2012. Maka, berkurang lagi setahun usia. Semoga setiap amalan di tahun 2012 diterima dan teruslah istiqamah dalam setiap perbuatan.Bertindak untuk berubah pada setiap hari, insya Allah akan membawa perubahan. Yang penting, TEKAD!

Penulisan kali ini adalah untuk mengenang kembali segala peristiwa di tahun 2012. Kenangan terindah dalam mencapai potensi diri di peringkat tertinggi. Syukur, Allah masih sayang. Masih lagi memilih diri untuk menjadi sebahagian dari insan insan yang terus kukuh dan tabah di medan perjuangan. Sifat mukmin itu berjuang!

Kerana ianya terlalu banyak yang nak dikongsikan [ sampai tak menyempat nak update blog lah kan ] , maka hendaklah di reviewkan satu persatu segala peristiwa pahit manis untuk dikenang di tahun 2012.

Part 1 : Mengajar Vs Belajar

#Layan Gambar ..1.2.3#





Alhamdulillah. Tahun 2012, mencipta satu titik kemenangan. Setelah 2 tahun berjuang di medan masterji, akhirnya segulung sarjana kini digengam. Pengorbanan 2 tahun bergelumang dengan assignments, proposal, presentation & research tersangat indah yang memang takkan luput dari memori.

Berulang Penang-Perak setiap minggu, buat tutorial dalam kereta, tidur dalam kereta, sembahyang dalam dewan kuliah, berkampung di library, kakak kakak yang baik, lecturer yang sporting.

Oh my!Semua itu kenangan.

Ya!Pengorbanan itu manis.

Pesan Dr Salmiza "Tiada kejayaan yang datang dengan bersenang lenang.Teruskan berjuang"

Teruskan?PHD?Insya Allah. Coming Soon.

Status Terkini : Sedang siapkan proposal & artikel yang dah banyak kali kena edit. Doakan saya doakan.Phewww.....

Ok,selesai part pertama.Esok esok kita cerita part ke 2, ke 3,ke 4....

Banyak lagi yang nak di kongsi!

"Ini bukan penamat, tapi ianya permulaan kepada segala cerita" -Anis Diyana


1 comment:

Qu azniza ;) said...

semoga terus mencari kejayaann

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI