Tuesday, January 8, 2013

I Can Be A Better Me #Part3

Kisah bersiri.Sampai siri keberapa untuk direview saya pun masih samar samar lagi.Tapi yang pasti ianya bagaikan tiada henti.Asyik!Bila saya kembali disini untuk mengenang kembali perjalanan hidup.Pasti ada terpalit rasa manis manis gula kapas di hati.

Terkenang batu batu di Batu Feringhi.
"Anis Was Here-2012"
dan kembali....
pada tahun 2022 nanti...
*SENYUM*PUAS*LEGA*SYUKUR!*

Ewah...dah jauh kau pergi!

2012.Tahun paling memberi impak dalam diri.Tahun tuntutan ilmu.Tahun kedahagaan ilmu.Tahun kefakiran ilmu.Yang membuat kan saya rasa saya perlu pergi pergi pergi pergi pergi pergi dan pergi untuk ke setiap majlis majlis ilmu yang ada.

Alhamdulillah.Allah masih beri saya kesempatan ruang dan masa.
Pelaburan yang paling indah di tahun 2012.

Nak dunia perlukan ilmu.Nak akhirat perlukan ilmu.Nak kedua keduanya perlukan ilmu.Dan saya mahu kedua dua nya!

Intensif Mentor Kejayaan Kekayaan Dr Azizan Osman.

Ini kelas advanced kedua Dr Azizan Osman yang saya pergi selepas kelas Advanced Marketing Power,Oktober 2011. Dr Azizan, memang mengkagumkan. Tidak pernah saya berasa berubah atau berasa teruja untuk hadir kemana mana kelas melainkan ke kelas beliau. Sebab? Setiap kali pulang dari kelas beliau saya sentiasa berasa BARU!Anis yang bagaikan telah dibasuh basuh semula. Dan yang paling mengujakan, setiap kali selepas hadir ke kelas beliau, saya akan mendapat satu kejayaan yang baru. Selepas hadir ke kelas ini, Alhamdulillah perniagaan yang sedang diusahakan mendapat lebih banyak peluang pasaran ke Mydin di seluruh Malaysia. Osem kan! Tapi jika kita yakin, tiada apa pun kebahagian dan kejayaan yang tidak boleh kita capai. Ya, PERCAYA & YAKIN!

Cerita sedikit sebanyak,boleh baca di :

http://aqifazizan.com/reunion-imkk-bagaimana-untuk-mempunyai-wang-sebanyak-rm1-juta

Konvensyen Fiqh Ummah



Konsep Wasatiyyah dalam Islam.Speaker speaker yang hebat dalam konvensyen ini membuatkan saya rasa sehari pun memang tak puas lagi.Walaupun pembentangan mereka hanya sekadar kulit dan bukanlah sehingga ke isi, tapi cukuplah untuk membuka mata konsep konsep kehidupan Islam bagi orang orang yang masih dahagakan ilmu seperti saya. Paling best di sini, ada Prof Dr Muhaya dan dapat bergambar bersama beliau! Dan jumpa beliau bukan setakat sekali, tapi 2 kali sehingga sempat bertegur sapa. Saya teruja. Rasa nak ulang kembali masa. Idola saya Prof Dr Muhaya dan saya mengkagumi beliau.

Konvensyen Bidadari Dunia.



Buat bidadari bidadari dunia. Jangan bilang wanita itu lemah. Terlupakah kita pada kehebatan srikandi srikandi Islam? Khadijah. Asiyah. Ai'syah. Asma. Fatimah. Hayati perngorbanan setiap dari mereka. SubhanAllah boleh menginsafkan. Mengapa kita perlu lemah sedangkan tercatat dalam sejarah, wanita wanita ini berjaya membuktikan kehebatan?. Jangan mudah undur wanita. JIHAD FI SABILILLAH. Dalam konvensyen ini, saya berjumpa dengan Irma Hasmie. Sangat mengkagumi cerita beliau. Sungguh cekal selepas menerima hidayah. Plus, dia sangat cantik ok!

Rahsia Kuasa Minda Jutawan-Dr Azizan Osman
Kelas programming MINDA. Anda akan berjaya jika anda tahu menguasai minda. U are what u think. Jika kamu berfikir anda sebahagian dati kejayaan, sebahagian dari jutawan, maka berjayalah kamu. Jika minda anda masih lagi tidak percaya dan tidak yakin bahawa anda sebahagia dari mereka, secara total kejayaan pun masih jauh dari kamu. Kejayaan itu mudah. Ianya datang dengan kehendak. Bukan secara tiba tiba. Kelas 5 hari di Menara PGRM Cheras yang sangat berkesan. Bukan sekadar dalam pemikiran, tapi mendekatkan diri lebih kepada Allah, Sang Pencipta. Anda akan dapat apa yang anda mahu, jika anda sentiasa tahu cara bagaimana mahu berkomunikasi dengan betul dengan Allah . Dengan izinNya. Insya Allah.

Seminar Baitul Muslim

Di Menara TM,Bangsar. Ramai perempuan perempuan bujangsss disini. Seminar yang perlu ditingkatkan pengisiannya. Menarik. Tapi hanya kepada beberapa topik sahaja.

Seminar Fiqh & Penghayatan Solat

Saya menghadiri seminar ini atas tujuan untuk mempelajari cara solat dengan betul. Alhamdulillah. Saya mendapat sesuatu di seminar ini. Pembentangan dari Dr Abdul Rahman Basit sangat jelas tentang menyempurnaan solat dengan betul. Dari niat hinggalah tertib. Penting bagi saya untuk memperbaiki solat. Talian hayat antara kita dengan Allah. Jika pincang, risau akan terputus talian.

Celik Mata Reset Minda

Ada 2 sebab saya ke seminar ini. Jelas. 1. kerana ilmu. 2. kerana Prof Muhaya. Tapi kerana sebab yang kedua, saya juga mendapat manfaat untuk sebab yang pertama. Semuanya bermula dari minda kan. Ubah minda, insha Allah keseluruhan dunia kita akan berubah. Sentiasa berani, insha Allah kejayaan akan menghampiri. Yang berbeza itu sedikit, tetapi yang berjaya itu berbeza.

Train The Trainer-Dr Azizan Osman

Penutup majlis ilmu di tahun 2012.Sangat mencabar tapi berjaya mengubah diri kepada yang lebih menghormati masa.Keluar dari TTT, rasa nak nages dengan masa yang banyak di sia sia kan. Perkara yang mudah mudah di ambil lewa. Subhanallah, berapa banyaknya kerugian tanpa sedar yang saya alami. Menginsafkan dan mengubahkan! Sebab itulah saya tidak pernah kesal untuk ke setiap kelas kelas Dr Azizan. Ianya pasti membuat kita untuk berubah!Ya, untuk siapa siapa yang mahu sahaja. Yang tidak mahu boleh duduk rumah dan hidup di pulau alasan.

Alhamdulillah, mengakhiri tahun 2012 dengan menghadiri kelas kelas ilmu. Doa saya agar semua kelas kelas ini dapat saya praktikkan ilmunya dan memberi manfaat keatas kehidupan saya dan insan insan di sekeliling saya. Syukur Allah tidak menutup pintu hati untuk hadir ke majlis ilmu. Tiada satu pun majlis ilmu yang sama. Yang sama hanyalah diri sendiri yang masih sentiasa berada di takuk lama.Percayalah.

Matlamat saya di tahun 2013, saya akan menghadiri lebih majlis majlis ilmu terutamanya kelas kelas keagamaan. Masih terlalu kurang ilmu di dada.

"Kejarlah Akhirat, Insha Allah dunia akan mengejarmu!"

SAYA PENCINTA ELMU, DUNIA & AKHIRAT!

Saturday, January 5, 2013

I Can Be A Better Me #Part 2

Sambungan.....

Di bahagian kedua pula.Sebabkan tahun 2012 adalah tahun yang paling banyak nak dicorat coretkan. Maka cerita ni dah jadi macam kisah bersiri. Hohoho. I loike! Menulis secara pukal.

Jujur.Tahun 2012 adalah tersangat laju.Sampai rasa nak update cerita ini di hujung tahun tapi dah terlajak sehingga seminggu di tahun baru.

Matlamat tahun baru 2012 : Banyakkan menulis.menulis.menulis.menulis.BERKONGSI. Insya Allah.

"Andai aku membawa kebaikan kepada kalian, dekatilah aku, ambillah seberapa banyak kebaikan dari aku. Namun jika aku sedikit pun tidak membawa kebaikan kepada kalian, jangan sesekali tinggalkan aku. Tetapi bimbinglah aku. Bawalah aku bersama kearah kebaikan dan kejayaan. Fi dunnya wal akhirah" -Anis Diyana

Tahun 2012 yang manis,
Manis.Manis sehingga tuan blog berdarah manis.
Manis Manis Si Anis Manis.


And now.....i'm taken by the most amazing guy in the world! #3November 2012#

Sekarang.Sedang menghitung hari sebagai suri.Persiapan kahwin suka nak DIY sendiri.Kenangan sekali seumur hidup kan.Manis.Baru nak rasa kagum dengan diri, rupanya ada juga terlahir bakat seni.N the best part is, dibuat dengan rasa CINTA. Hohoho. Santa Klaus berkata. :P

Tahun 2012.Alhamdulillah.Satu persatu perkara baik yang datang. Semoga Allah sentiasa redha.

*LOVE*EAT*PRAY*





I Can Be A Better Me #Part 1

Assalamualaikum.
Sudah tamat di tahun 2012. Maka, berkurang lagi setahun usia. Semoga setiap amalan di tahun 2012 diterima dan teruslah istiqamah dalam setiap perbuatan.Bertindak untuk berubah pada setiap hari, insya Allah akan membawa perubahan. Yang penting, TEKAD!

Penulisan kali ini adalah untuk mengenang kembali segala peristiwa di tahun 2012. Kenangan terindah dalam mencapai potensi diri di peringkat tertinggi. Syukur, Allah masih sayang. Masih lagi memilih diri untuk menjadi sebahagian dari insan insan yang terus kukuh dan tabah di medan perjuangan. Sifat mukmin itu berjuang!

Kerana ianya terlalu banyak yang nak dikongsikan [ sampai tak menyempat nak update blog lah kan ] , maka hendaklah di reviewkan satu persatu segala peristiwa pahit manis untuk dikenang di tahun 2012.

Part 1 : Mengajar Vs Belajar

#Layan Gambar ..1.2.3#





Alhamdulillah. Tahun 2012, mencipta satu titik kemenangan. Setelah 2 tahun berjuang di medan masterji, akhirnya segulung sarjana kini digengam. Pengorbanan 2 tahun bergelumang dengan assignments, proposal, presentation & research tersangat indah yang memang takkan luput dari memori.

Berulang Penang-Perak setiap minggu, buat tutorial dalam kereta, tidur dalam kereta, sembahyang dalam dewan kuliah, berkampung di library, kakak kakak yang baik, lecturer yang sporting.

Oh my!Semua itu kenangan.

Ya!Pengorbanan itu manis.

Pesan Dr Salmiza "Tiada kejayaan yang datang dengan bersenang lenang.Teruskan berjuang"

Teruskan?PHD?Insya Allah. Coming Soon.

Status Terkini : Sedang siapkan proposal & artikel yang dah banyak kali kena edit. Doakan saya doakan.Phewww.....

Ok,selesai part pertama.Esok esok kita cerita part ke 2, ke 3,ke 4....

Banyak lagi yang nak di kongsi!

"Ini bukan penamat, tapi ianya permulaan kepada segala cerita" -Anis Diyana


REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI