Saturday, September 8, 2012

Apa yang penting?


Ahad yang indah.Sekali sekala menjengah kepada blog yang memang selalu ditinggalkan.Masih bernyawa.Pemilik dan blognnya.Alhamdulillah.Setiap yang di dunia ini hanya sekadar pinjaman sementara.Bersyukur sementara masih ada. :)

Mengira detik hari hari nak Konvo,tidak dapat dinafikan timbul sedikit perasaan eksited dalam diri walaupun sekali sekala hampir terlupa yang diri perlu di'konvo'kan.Ok,kita tunggu saat itu ya.Biar debaran berlalu tanpa sedar dan akan datang bila hampir tamat saat dihitungkan.

Minggu ini penuh dengan acara memenuhkan perut.Pagi petang siang malam,esofagus bekerja untuk melengkapkan satu sistem penghadaman.Haha.Agak membimbangkan bila bersoal mengenai terminologi biologi sebenarnya.Takut terbabas fakta.Yang salah?Mereka dan keluarga mereka. :)

Minggu ini juga agak berlaku sedikit kekecohan mengenai isu di bidang perguruan.Aiyooo....Hentikanlah budaya hentam menghentam dan menunding jari diantara satu sama lain.Bukankah lebih baik jika kita memikirkan cara mencari solusi dan bekerjasama agar yang pincang itu menjadi lebih baik.Sistem pendidikan takkan berjaya jika hanya mengharapkan tugas guru semata mata.Kerjasama dari pelbagai pihak termasuklah masyarakat dan komuniti dituntut agar misi dan visi  pendidikan negara dapat dijayakan.Dari kita terus menghukum,tidakkah yang kita sedar bahawa banyak lagi yang perlu diusahakan bagi merealisasikan hasrat pendidikan berkualiti.Adakah kita masih perlu duduk dan mendabik dada dengan bidang tugas masing masing sedangkan sistem pendidikan Malaysia sudah jauh kebelakang berbanding negara negara maju yg lain?

Melahirkan modal insan yang berkualiti,yang bukan sahaja berilmu tetapi mampu berfikir secara kreatif dan kritis,tidak mudah bagaikan dikata.Berhentilah menghukum guru.Tetapi bantulah kami dalam melaksanakan tugas.Pendidikan bukan hanya di sekolah.Tapi ianya bermula sejak dari dalam rahim ibu sehinggalah sampai ke liang lahat.Jika masih ramai yang menunding jari,hasrat untuk melahirkan 'insan' yang sebenar benar 'insan' tidak mampu tercapai.

Kepada guru,jangan terlalu sentap.Berpandangan dari sudut yang negatif akan menanah hati.Berpandangan dari sudut yang lain,saya rasa this is a RED signal from a public about our profession.Kita sentiasa diperhati.Kerjaya kita terlalu dekat di hati masyarakat.Mungkin yang diperkatakan hanya merujuk kepada nila yang setitik,tetapi memerlukan kita untuk berfikir dan terus berfikir apakah kualiti tugas yang kita hasilkan benar benar berkualiti?Jangan terus menghukum tetapi muhasabah kan diri.Jangan menilai dari sudut gaji.Tetapi nilai dari sudut ganjaran yang Allah beri di 'sana' nanti.Insha Allah.Dunia ini adil,sangat adil buat kita.Jika hari ini kita berjuang untuk nasib anak anak murid kita,mungkin akan datang ada juga guru yang akan berjuang untuk nasib anak anak kita.Dunia ini adil.Sangat adil.Buatlah sehabis baik.Saya kagum juga dengan beberapa guru senior disekolah yang sepenuh hati berkhidmat demi sekolah.Kagum dengan semangat mereka yang sangat sangat bersemangat dalam mendidik.Subhanallah,hanya Allah mampu membalas kebaikan hati hati mereka.

Kepada ibu bapa dan orang orang diluar sana,tidak dinafikan sedih juga dengan segala kata kesat yang dilemparkan terhadap kerjaya yang dipilih ini.Andai mereka paham betapa kami,guru sebenarnya sentiasa bimbang dengan nasib anak anak murid kami.Andai mereka paham betapa kami inginkan yang terbaik buat anak anak murid kami.Andai mereka paham betapa risaunya kami bila menjelang musim peperiksaan sehinggakan kadang kadang terlupa dengan keseronokan diri sendiri.Andai mereka paham........mereka pastinya bantu kami bukan menghentam kami.Pendidikan bukan hanya disekolah.Tapi ianya berlaku dimana mana.Setiap hari dan setiap masa.Bantulah kami,guru dalam membantu memastikan kejayaan anak anak murid kami.At least,hadirkan diri dalam semua majlis jemputan sekolah walau sesibuk mana kerjaya ibu bapa sekalipun terutamanya pada Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru.Supaya masing masing bisa berbicara 'heart to heart' bukan 'hurt to hurt' lagi.Pleasee hadir.Sekurangnya boleh habiskan makanan jamuan jika tidak ada pulak berlaku isu membazir.Hihi.Dah lari point.

Eh,macam serius pulak.Nehi nehi.Sekadar menulis meluangkan masa di hari ahad.


Apa yang penting?

____________________ !




Lawla murabbi, maariftu rabbi 
"Jika tidak kerana pendidikku,tidak aku mengenal tuhanku"







REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI