Sunday, December 4, 2011

Info Untuk Cikgu Yang Berminat Untuk Sambung Belajar


Bagi membantu kawan kawan yang berminat nak sambung belajar di bidang kesarjanaan,saya try untuk menjawab beberapa soalan yang selalu di tanya kepada saya.Soalan soalan ni adalah berdasarkan kekerapan soalan yang selalu kawan kawan tanya untuk mendapatkan info.Di harap ini boleh membantu.

Pertanyaan di sini adalah berdasarkan pengalaman dalam bidang saya sendiri, cikgu.Jika terdapat kekurangan ,boleh rujuk pakar.Apa yang boleh bantu,saya bantu kan.

1.Macam mana nak sambung 'master'?
Boleh apply melalui universiti yang kita berminat.Disebabkan saya pun sambung 'master' di universiti tempatan,jadi pertanyaan ini terhad untuk universiti tempatan sahaja.Borang permohonan boleh di dapati di laman web universiti masing masing.Setahun ada dua kali pengambilan.Untuk semester 1 dan semester 2 ( bagi pengajian mode 'kerja kursus' ).Tapi bergantung pada sesetengah course juga.Ada setengah course hanya di buka untuk semester 1 sahaja tetapi tidak di buka pada semester 2.Nasihat saya, kalau berminat untuk sambung pengajian, rajin rajin lah pergi ke Hari Terbuka setiap universiti, buka laman web setiap universiti setiap hari untuk update segala perkembangan , buat survey dulu sebelum buat mana mana application.

2.Yuran macam mana?
Yuran pengajian saya di biayai sendiri sepenuhnya oleh diri sendiri.Sdn Bhd.Tahun ni dengarnya yuran USM dah naik.Lebih kurang RM2k ++ per semester bagi tempoh 5 bulan pengajian.

3.Tempoh pengajian?
Sekurangnya setahun bagi pelajar sepenuh masa dan 2 tahun bagi pelajar separuh masa.

4.Biasiswa tidak di tawarkan ke?
Setakat ni,biasiswa tidak ditawarkan.Biasiswa universiti hanya ditawarkan bagi pelajar sepenuh masa.Saya adalah pelajar separuh masa.Takde mana mana biasiswa universiti boleh apply.Pihak KPM tidak menawarkan biasiswa.Tapi sekarang ni menawarkan skim cuti bergaji penuh bagi cikgu cikgu yang berminat nak sambung belajar.Boleh apply di laman web KPM.Tapi syarat utama mesti di sahkan dalam jawatan.Saya tidak layak untuk mengapply Skim Cuti Bergaji Penuh sebabkan belum disahkan kedalam jawatan sewaktu membuat permohonan untuk menyambung pelajaran.Sekarang dah disahkan dalan jawatan,nak apply skim tu pun memang tak layak lah sebab syarat nya sekurangnya belajar di tahun pertama.Sekarang sudah masuk tahun kedua pengajian.

5.Bagaimana nak jadi pelajar sepenuh masa?
Apply Skim Cuti Bergaji Penuh yang ditawarkan KPM.Boleh apply melalui laman web KPM.Macam yang saya cakap sebelum ni,buat survey dulu sebelum buat permohonan.Jadi rajin rajin lah meninggalkan jejak di laman web KPM kalau berminat dengan skim tu.Tapi sebelum tu sila pastikan anda sudah disahkan ke dalam jawatan dan dah bagi beberapa sumbangan pada sekolah dan mempunyai kepakaran sendiri dalam bidang yang anda mengajar.Sebab penilaian berdasarkan tempoh mengajar dan kepakaran.

6.Jadual kelas macam mana?
Bergantung pada pihak universiti.Semua universiti tak sama.Kelas di USM adalah pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 5petang hingga 10 malam.Tiada kelas pada hujung minggu.Dan bergantung juga pada subjek yang kita ambil.Kalau semester ambil 3 subjek, jadi kena datang 3 kali seminggu lah ke USM. Kalau di UKM dan UPSI, kelas pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja bagi pelajar separuh masa.

7.Apa mode pengajian yang ada?
Untuk pelajar separuh masa adalah kerja kursus.Still lagi kena pergi kelas,jawab exam setiap semester,buat assignments dan final year kena buat research.Macam yang saya buat sekarang.Bulan 5 nanti ada 'viva'.Phew.

8.Kenapa jadi pelajar separuh masa?
( i ) Kerana masih terikat dengan kontrak biasiswa KPM sebelum ni.Kena berkhidmat dalam tempoh tidak kurang dari 4 tahun.
( ii ) Belum di sahkan jawatan sewaktu memohon.
So,bagi pemegang biasiswa KPM,anda boleh memohon untuk menyambung pelajaran walaupun masih dalam kontrak tapi bergantung kepada budi bicara pihak pentadbir.

9.Keistimewaan cikgu yang sambung belajar?
Boleh memohon cuti tanpa rekod jika menghadiri peperiksaan,pendaftaran,kolokium.Tapi hanya kepada cikgu yang telah disahkan jawatan.Jika belum disahkan,gunakanlah Cuti Rehat dengan sehabis baik.

10.Ada naik gaji tak selepas sambung belajar?
Setakat ini TIADA.

11.Perlukah sambung belajar?
PERLU.For many reasons dekat sini.tapi pendapat saya, PERLU.

Ok,mari sambung membuat assignments. :)




3 comments:

Anonymous said...

boleh saya tanya, kalau pilih university sambung master, kena lihat tempat yang kita posting juga kan? contohnya kalau posting di sabah, susah juga jika pilih usm yg duduk di penang kan?? betul ka? terima kasih krn menjawab.

Anonymous said...

tumpang tanye..kalau saya belum posting tapi nak sambung master,bley kan?mintak penjelasan..

Anonymous said...

Salam,... Jika ada sesiapa yang hendak cari upah menaip tesis, esei,assignment or else,.. SMS 0129480727
Terima kasih...

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI