Friday, December 16, 2011

Fasa Ke2

#sepintas lalu

  • Dah selesai menghantar semua assignments semalam.Lega.Tapi belum merdeka.Di ruang legar kepala dah bermain main perkara - perkara yang nak kena prepare untuk exam dan research yang sedang saya buat sekarang. Hati dup dap dup dap.
  • Semester ni terasa agak pack.Sebelum cuti sekolah hari tu sibuk dengan kelas dan preparation students untuk SPM.Time cuti sekolah ni prepare untuk presentation.Nasib baik timing yang Allah tu bagi memang tepat.Kalau presentation pun kena buat time kelam kabut meng'prepare'kan students untuk exam SPM, memang akan jadi tunggang langgang lah presentation tu. Alhamdulillah,presentation pun dapat saya buat dengan baik semester ni walaupun ada simptom dada gemuruh kalau kena bercakap depan public.
  • Ada banyak teori yang nak kena ingat. Subjek 'Education and Development' sangat mendebarkan hati. Subjek ni menarik. Saya suka. Tapi terlalu banyak fakta yang kena tahu .Itu yang mendebarkan.
  • Supervisor saya adalah seorang yang sangat sangat sibuk dan saya dengan Dr hanya berhubung melalui email sepanjang proses penyeliaan.Itu pun kalau sekali hantar proposal, 3 minggu selepas hantar baru dapat feed back balik.Teruji dan menguji sungguh.Dr,SKYPE pelisss.
  • Lecturer saya cakap, master ni macam kacang.Buat research pun macam makan kacang.Kunyah dan telan. Tapi sebagai seorang researcher yang baru nak bertatih, saya tak rasa pun ni kacang. Saya rasa ni macam buah durian.Nak kopek kulit pun seksa.
  • Research saya adalah berkaitan otak manusia. Bukan otak otak JB yang sedap di makan. Alamak!tetiba rasa nak makan.
  • Master membuatkan saya naik berat badan.Asal penat berfikir,MAKAN. Dang!
  • Walaupun laluan ini sukar, tapi kecintaan saya adalah pada dunia pembelajaran dan pengajaran. Saya suka belajar belajar belajar dan mengajar :)
  • PhD?Pheww.Habiskan dulu masterji.Mencari pemilik tulang rusuk kiri.Melaksanakan salah satu sunnah Rasullullah.Meramaikan umat Nabi Muhammad.Menjadi layar dalam sebuah bahtera.Agar selamat tiba ke satu destinasi.Insha Allah.....Insha Allah...Insha Allah, ada jalannya #MaherZain :)......soon..continue PhD.
  • Jika semua nya berjalan lancar, saya akan tamat pengajian pada bulan 6/2012. Viva pada bulan 5/2012 dan peperiksaan terakhir pada bulan 6/2012. Semoga dipermudahkan segalanya.Ameen.

No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI