Posts

Showing posts from December, 2011

Fasa Ke2

#sepintas lalu

Dah selesai menghantar semua assignments semalam.Lega.Tapi belum merdeka.Di ruang legar kepala dah bermain main perkara - perkara yang nak kena prepare untuk exam dan research yang sedang saya buat sekarang. Hati dup dap dup dap.Semester ni terasa agak pack.Sebelum cuti sekolah hari tu sibuk dengan kelas dan preparation students untuk SPM.Time cuti sekolah ni prepare untuk presentation.Nasib baik timing yang Allah tu bagi memang tepat.Kalau presentation pun kena buat time kelam kabut meng'prepare'kan students untuk exam SPM, memang akan jadi tunggang langgang lah presentation tu. Alhamdulillah,presentation pun dapat saya buat dengan baik semester ni walaupun ada simptom dada gemuruh kalau kena bercakap depan public.Ada banyak teori yang nak kena ingat. Subjek 'Education and Development' sangat mendebarkan hati. Subjek ni menarik. Saya suka. Tapi terlalu banyak fakta yang kena tahu .Itu yang mendebarkan.Supervisor saya adalah seorang yang sangat sangat sib…

#Cataluna 9802#

Image
"A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world"...........Cataluna 9802


Wordless Wednesday #4

Image
- Posted using BlogPress from my iPhone

Yakinlah

Image
"Bukan saja saja Allah meletakkan kita dalam bidang itu, Bukan saja saja Allah mengurniakan kita kepakaran itu, Bukan saja saja Allah memasukkan kelemahan itu, Bukan saja saja Allah memberikan ujian sebegitu, Bukan saja saja Allah membiarkan anda mengemudi dalam keadaan sebegitu.....
Melainkan Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu, Melainkan Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu ilmu itu, Melainkan Allah temukan anda dengan insan insan yang ikhlas membantu, Melainkan Allah mahu menguatkanmu, Melainkan Allah mahu anda tahu betapa tinggi kasih sayangNya padamu"


"Manusia merancang,Allah juga merancang dan yakinlah bahawa perancangan Allah itu lebih baik"


Info Untuk Cikgu Yang Berminat Untuk Sambung Belajar

Image
Bagi membantu kawan kawan yang berminat nak sambung belajar di bidang kesarjanaan,saya try untuk menjawab beberapa soalan yang selalu di tanya kepada saya.Soalan soalan ni adalah berdasarkan kekerapan soalan yang selalu kawan kawan tanya untuk mendapatkan info.Di harap ini boleh membantu.

Pertanyaan di sini adalah berdasarkan pengalaman dalam bidang saya sendiri, cikgu.Jika terdapat kekurangan ,boleh rujuk pakar.Apa yang boleh bantu,saya bantu kan.
1.Macam mana nak sambung 'master'? Boleh apply melalui universiti yang kita berminat.Disebabkan saya pun sambung 'master' di universiti tempatan,jadi pertanyaan ini terhad untuk universiti tempatan sahaja.Borang permohonan boleh di dapati di laman web universiti masing masing.Setahun ada dua kali pengambilan.Untuk semester 1 dan semester 2 ( bagi pengajian mode 'kerja kursus' ).Tapi bergantung pada sesetengah course juga.Ada setengah course hanya di buka untuk semester 1 sahaja tetapi tidak di buka pada semester 2.Na…

Hidup Ini Indah

1.Hargai dan manfaatkan setiap peluang dalam hidup. Peluang takkan datang berkali kali.So grab it!

2.Hormati setiap orang disekeliling anda.Menerima segala kelebihan dan kelemahan.Hidup saling melengkapi.Setiap orang di lahirkan berbeza beza.Beza pendapat.Beza pendirian.Walau jauh mana jurang perbezaan pendirian,sila HORMAT.

3.Belajar dan terus belajar mencari ilmu.Ilmu Allah itu luas.Masha Allah tak tahu nak cakap.Makin banyak yang kita cuba untuk tahu,makin banyak yang kita tak tahu."Iqra' "

4.Perbaiki segala kelemahan diri setiap hari.Mulakan dengan sesuatu yang kecil untuk mendapatkan sesuatu yang besar.

5.Hidup ini indah jika dimanfaatkan.Pesanan untuk diri sebelum mata terpejam : Semoga menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada generasiku,keluargaku dan masyarakat.Insho Allah.

I Love Myself :)

- Posted using BlogPress from my iPhone