Saturday, November 5, 2011

Pengorbanankah?

Dah lama tak update blog.Terasa janggal nak menulis.kesibukan kadang2 buatkan saya lupa yang saya ada memiliki sebuah blog yang bersawang lamanya.

Allahu akbar.Allahu akbar.

Alhamdulillah masih di berikan nyawa untuk menyambut hari raya korban, merasa daging korban, menghayati erti pengorbanan.

Pengorbanan bagi setiap orang adalah berbeda beda. Ada yang kata , korbankan tidur tu pun dah dikira pengorbanan , ada yang mengorbankan seluruh masa dalam hidup,seluruh tenaga.Pelbagai jenis pengorbanan boleh diertikan, tetapi berapa tinggikah darjat pengorbanan kita jika dibandingkan dengan Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah.Masya Allah!

Dan ingatlah, untuk mencapai sesuatu kejayaan, memang memerlukan beribu pengorbanan.Masa,wang,tenaga itulah yang perlu di bayar untuk sebuah kejayaan.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan!

Walau apa pun definisi pengorbanan yang kita berikan, samada besar atau tidak, ingatlah Allah selalu bersama kita.Kita sentiasa tidak keseorangan dalam mencapai hasrat dan cita cita.Jika hati berasa tewas dalam pengorbanan, berceritalah padaNya, insha Allah akan dibentangkan jalan buat kita seluasnya.Berusaha dan jangan berserah hidup pada nasib semata mata.

Sekadar buat peringat untuk diri saya yang sentiasa terlupa.Hidup adalah satu perjuangan menuju Akhirat.Maka sentiasalah BERKORBAN untuk mendapat kesenangan dan kebahagiaan kehidupan diSINI dan diSANA.

Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kita semua.Ameen!

Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

princess said...

insyaAllah . amiiinnn : )

PHD IS A LONELY JOURNEY