Ihsan

Tadi pergi makan keow tiau kerang dengan mak dekat restoran baru publish di kawasan kediaman.Pertama kali pergi.Walaupun restoran ni dah buka beberapa bulan.Nampak sangat bukan supporter yang terbaik di situ.Masakan terbaik.Semua sedap.Baguslah restoran ni beroperasi di sini.Memudahkan kerja saya di masa depan kelak.Hahaha.Gelak ada makna.

Sedang makan, saya perhatikan pakcik guard Ar Rahnu yang sedang bertugas.Setia dia menunggu depan pintu ArRahnu.Rasa nak nangis pun ada tengok keadaan pakcik yang berusia dalam lingkungan 50 an tu.Tidur bertilamkan kotak di luar Ar Rahnu , bertemankan motor kat sebelah , kerusi plastik dan meja.Tak macam saya sekarang, sedap baring atas tilam. Ya Allah, besar sungguh nikmatMu.Alhamdulillah.Syukur.Syukur. Tengok pakcik tu lama lama sendiri jadi syahdu. Kasihan. Dalam usia macam tu terpaksa menempuh kehidupan yang mungkin dia pun tak rela.Sedih.

Tiba tiba mak cerita.Sehari sebelum raya mak pergi beli barang dekat kedai di pekan.Tengah mak beli barang, datang seorang pakcik tua dalam usia 60an ke kedai yang sama, minta nak beli gula setengah kilo. Mak cakap, mak dengar , mak jadi sentap. Pakcik ni nak beli gula sekilo pun tak mampu. Dia mampu beli gula setengah kilo saja untuk hari raya. At last, mak cerita, mak belikan barang barang hari raya , mak sedekahkan dekat pakcik tu . Sebab mak tengok pakcik tu rasa kasihan, nak beli gula sekilo pun tak mampu untuk raya.Sedih.Tiba tiba rasa nak nangis sekarang.Ya Allah, syukur sangat dengan nikmat Mu.

Dua keadaan yang berbeza tapi berperasaan yang sama , buat saya tertanya tanya , mana pergi anak anak pakcik pakcik ni.Sanggup biarkan ayah bersejuk dan berlapar . Mungkin tiada anak.Tapi jika ada, Ya Allah engkau berilah rasa tanggungjawab kepada mereka agar mengasihani bapa bapa mereka.

Malam ni nasihat dari mak yang penuh nasihat ,

"Kehidupan perlu di rancang sejak muda... "

Baiklah mak.Baiklah.I LOVE YOU so much.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Comments

Fiwdaus said…
I love you too.. [bagi pihak mak]

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar