Tuesday, August 30, 2011

Muhasabah

Alhamdulillah...selesai berhari raya di raya pertama.Perkara yang paling mengheavenkan di saat raya adalah Syurga Makanan.Mee kari ada.Lemang ada.Nasi himpit ada.Lontong ada.Satay ada.Kalau 30 hari lah begini, mahu di landa obes rasanya.Sehari ni pun dah rasa badanku tidak seperti asal.Eceh.

Pagi tadi berSolat Sunat Hari Raya Idul Fitr di Masjid Bagan Serai.Ramai yang hadir menjalankan ibadah sunat.Kalau beginilah suasananya tiap tiap hari, alangkah indahnya kan.Solat Jemaah : lambang perpaduan umat Islam.

Dengar khutbah di sampaikan Ustaz Jamhari tadi, memang hati terasa sentap

"Tiada gunalah Madrasah Ramadhan jika selepasnya tiada taqwa"

"Orang yang bertaqwa adalah orang yang benar benar BERJAYA di dunia dan akhirat"

Ya Rabb, masih belum sempurnalah imanku...#muhasabah

Ok finish.Perjuangan hidup masih belum selesai.Hidup masih dalam kitaran.

"When i get older, the life become tougher, and i'm more stronger : Stronger with age" - ADH

Tapi mak selalu pesan, apa saja yang diperjuangkan dalam hidup , teruskan dan jangan putus asa .Hidup adalah satu perjuangan. Bersifat kental .Sentiasa ingat Allah. Kita sentiasa merancang dengan cita cita, tapi Allah merancang dengan CINTA.

Sobs.Mum,u are the BEST!

Baiklah.Good Nite eberibodi.I update via iBlogger.1st time trial, tiba tiba terasa jakun.

p/s : Macam ni bley update blog slalu nih.Insho Allah.Jumpa saya dalam mimpi2 kamu :)

Sunday, August 28, 2011

Raya Preparation

Saya baru selesai membalut pulut. Banyak giler hokeh.Tupun hasil bantuan kecemasan bibik. Kalau tak, lagi lambat la habis.Bila dah tinggal ke balutan yang terakhir, mak dengan sekali nya mentarbiah ,

"Tengok, berkat kesabaran. Akhirnya semua kerja siap kan"

Baiklah mak. Baiklah.

Persiapan raya everything DONE! Malam ni kalau ditentukan esok adalah hari raya, adalah sedikit Majlis Takbir di rumah. Acara wajib permintaan mak.Meriah dah syahdu nanti.Saya pasti.Yang paling best sebab semua sedara dah balik, so agak Kecoh Kecoh Ramadhan juga suasana di sini. Sejah arwah tok meninggal, memang rumah saya ni dah jadi port perkumpulan.Meriah.Tapi aksi kanak kanak ni kadang kadang pelik apatah.Baru lepas tadi main tabur tabur bedak.Wah...heaven giler jadi kanak kanak.

Untuk hari ni sehingga malam nanti, keadaan diri agak membusykan sedikit.Intenet ni pulak kadang kadang buat hal, meme menduga kesabaran jiwalah.Kita jumpa lagi jika keadaan mengizinkan.Insho Allah.

"Taqabhalalahu minna waminkum : Salam Syawal 1432H"






Saturday, August 27, 2011

Tiada Kategori

'Fesyen raya apa yang paling panas panas sekarang? Cecite.Cecite. Oh Siti : Juling mata!'


"Blog yang meme terabai"

Malas nak cakap dah.Ini fakta bukan auta.Lagi fakta yang menarik,start bulan 9, schedule saya dah bersusun penuh wallaweh saya suka!Lagilah nampak unsur unsur pengabaian akan berlaku di situ.Tapi inilah yang dikatakan sebagai

"Berakit rakit kehulu, berenang renang ke tepian"

Satu fakta menarik tentang perasaan, bila dah lama tak membelog ni, nak start satu penulisan punyalah payah. Nak cerita merambu rambu. Tapi mana satu ntah nak di cerita, dah jadi caca merba. Macam excitednya korang pergi Jakel , tengok baju bersepah sepah murah, sana Hot sini Hot last last korang hanya pergi beli tudung Fareeda terNyata Julita. Terlampau banyak pilihan yang mengexcitedkan sampai rasa duduk berhari hari baru puas membeli,last last tak beli. Eh, tu kisah saya minggu lepas. Haha.

Membelong ni kalau di tinggal tinggalkan, kadang kadang ada juga perasaan untuk rindu rinduan.Tapi nak ngadap ni selalu memang terpaksa pasrah lah. Penulisan ni dah sampai ke perenggan yang kedua , baris yang ke 13 , tapi saya masih jammed apa yang nak tulis ni hoi hoi hoi.

Oleh itu, majlis syura sebulat suara memutuskan, lebih baik saya log out sekarang, dan akan kembali dengan penulisan yang lebih bertujuan. Korang bacalah nanti sambil membuat kuih raya, membakar lemang dan menggorang rendang ( goreng? apakah! ).

Will be back............................................................................................................................. Soon ( aceh )


REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI