Sinnun


* gambar ihsan dari Iqbal :)

Kesihatan gigi sejak 3 hari ni agak menduka citakan. Memang akan di ingat sepanjang zaman la.Tak pernah saya rasa kesakitan berdenyut denyut yang sampai menggearkan otak sakitnya ni sepanjang hidup.Buat braces pun tak rasa sakit macam ni taw. Kalau macam ni rasanya, saya rela buat braces lagi 10 kali dari sakit gigi melampau!

Sejak hari Isnin, daban memang rasa lemau. No reason. Sebab selalunya kalau dah berehat sikit pun dah ok, ni tak makin berehat makin manja pulak badan ni. Pukul 9 dah tido. Then pukul 11 bagun balik. Pukul 12 tido balik sampai pagi. Ratu Tidur. Badan lemau pening kepala yang datang dari mana ntah sumbernya saya tak pasti. Tapi time bangun pukul 12 tu saya rasa something dalam mulut. Cek dalam mulut nampak 2 ulser bertempek, rasa ok je sebab ukser still lagi tak kronik sangat, for me lah.

Hari Selasa, perkembangan kesihatan mulut agak mendukacitakan.Kat sekolah dah mula start tak boleh cakap. So anak murid bagaikan pesta ah bila cikgu tak boleh mengajar. Saya mampu bagi latihan je. Makin cakap banyak, makin ngilu mulut rasanya. Bila malam, tengok mulut, mak kau,,,bengkak bagaikan bom.Pulak tu saya push kan diri untuk bercakap. Sakit sampai ke otak.Rasa nak nanges pun ada ok!

Hari Rabu : semalam saya pergi check braces ke Klinik Foo. Sebab saya wonder, if ulser apsal sampai bengkak2. Mungkin problem braces. Niat macam nak suruh Dr Foo cabut semua braces ni dah, tapi Dr Foo kata, bukan masalah braces. Ni problem wisdom teeth-gigi bongsu. And braces pun tak sampai masa nak tanggal lagi sebab katanya bahagian belakang masih belum rapat sepenuhnya and cara saya menggigit pun belum sempurna.So dia tak bagi bukak. At least kena pakai sampai hujung tahun.

So, after buat rawatan di Klinik Foo, saya pergi ke Klinik Pergigian Taiping untuk buat rawatan gigi bongsu yang bengkak ni. Doktor cakap, gigi bongsu baru nak tumbuh, so macam tak ada ruang dalam mulut untuk tumbuh, sebab tu dia bengkak2. So far solution dia, doktor just bagi ubat tahan sakit and saya kena tunggu sampai gigi bongsu tu betul2 tumbuh. If dia tumbuh dengan elok, bagus lah. Kalau tak kena buat pembedahan minor dalam mulut untuk kesenangan pada gigi bongsu nanti. Dan malam tadi, akhirnya air mata tumpas jugak jatuh ke bumi sebab dah tak tahan nak tanggung azab. Sakit sampai ke otak hokeh!

So hari ni, saya cuti lagi. Pipi bengkak sebelah dah macam garfield pun ada ni. Nak cakap tak boleh. Makin bercakap, makin bengkak. Ya Rabb, pulihkan lah kesihatan!

Comments

Kapten Atok said…
lambatnya gigi tu tumbuh

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar