Sabar Itu Parah

Tadi masuk ke satu kelas tingkatan 5.Memang benarlah,jadi cikgu kalau tak ada unsur-unsur kesabaran dalam hati, sila resignlah 24jam. Ataupun, tak payah berangan langsung nak jadi cikgu, itu lebih sesuai. Saya?Tidaklah begitu bersabar.Tapi masih di kawal.

Tapi kadang kadang akan hilang kawalan apabila......

1. Masuk kelas bila tanya apa yang sudah di belajar untuk kelas yang lepas, memang satu habuk pun tak ingat. Bila cek buku tulis, even satu habuk perkataan pun tak tulis. Then boleh sengih-sengih lagi.Padahal,bukan banayk pun yang saya suruh tulis minggu lepas.Nak suruh buat kerja sekolah, lagi indah khabar dari rupa la...aishhh...#kurasanaklempangpunada .

2. Then bila dah masuk adegan kebebelan, masih boleh buat muka akutakbersalah.Boleh pandang pandang, ok, macam buang masa nak membebel. Maka saya teruskan dengan sesi pembelajaran. #hatikumemangpanaslah.

3. Time belajar pun memang tiada nafsu lah nak belajar.Padahal baru lepas 5 minit cikgu meluahkan perasaan yang dia gentar melihat keputusan anak murid yang bukan setakat nyawa nyawa ikan, malahan saya rasa dah boleh tanam masuk kubur dah. #macamhakutakmengajarlangsung.

Sakit jiwa.

Tapi lagi sakit jiwa bila kita tegur , tolong duduk elok elok dalam kelas, dia boleh jawab 'Suka Hati Sayalah' #panaspanaspanas


4.Bila anda tengah syiok mengajar, akan tetiba rasa tak syiok bila rasa yang kita bukanlah mengajar.Tapi macam buat lakonan teater klasik FM yang tak ada siapa pun nak tengok.Damn looser punya pelakon.Tapi yang menarik minat penonton adalah kereta polis yang tengah meronda kat luar.Usha sampai tak kedip mata tu.Saya rasa mungkin kereta polis tu tak lama lagi akan bertukar menjadi Bumble Bee Versi 2, atau biar saya saja yang bertukar menjadi Autobots menghentam diaorang ni semua.Hahaha.Ganas!

5. Lagi kecewa bila korang as a cikgu, nak minta tolong bawakan buku,tapi akhirnya korang akan dengar jawapan seorang student yang memang kiddos gila 'Cikgu,diaorang semua taknak tolong,last last saya jugak yang tolong hantarkan '

Lumrah. Saya rasa itu lah adat pelajar zaman sekarang. Tak kiralah sekolah mana pun.Tapi macam tu lah situasi. Untuk next 10 tahun akan datang, macam mana rupanya, masih belum ngerti. Kadang kadang sedih juga bila biar pun sedikit usaha tiada siapa nak hargai.


Comments

Kapten Atok said…
haha
sabar cikgu

budak2 mcm tu kena main saiko. bg jatuh ego diorang
Cikgu Tie said…
Jadi cikgu memang kena banyak bersabar. Kena bijak memahami dan menangani perlakuan murid. Jika tidak mereka pulak yang saiko kita nanti.
annie said…
ikhlaskan diri anis..kat mana2 pun sama..even kat pedalaman..berbuih cakap pelajaran pnting utk naik taraf hidup derang,tp derang selesa duduk dlm hutan..xnk tgk dunia luar.belajar skadar sbb kerajaan suh n nk dpt biasiswa kerajaan bagi..

nk bebel xbrapa nk bguna sgt,maka niatkan kerja kita kerana Allah,biar ALlah jela yg balas..jgn dihrapkan penghargaan derang yg xbrapa berharga sgt bbanding pnghargaan dr Allah..(nasihat utk diri sndiri yg terkadang hilang kawalan diri..) ;))

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar