10 Perkara Tentang Anak Cikgu

#Randomfact

1. Anak cikgu dalam kelas selalu dapat duduk depan.Macam dah lumrah.Masuk darjah satu, mesti dah dapat tempat exclusive bahagian depan.Paling teruk, barisan yang ke3 selepas barisan depan. Barisan belakang? Macam indah khabar dari rupa. Biasala...anak cikgu kan.

2. Anak cikgu selalu dapat jadi pengawas.Hak exclusive satu jawatan pengawas mesti di monopoli anak cikgu. Boleh buat team Anak Cikgu Pengawas. Memang anak cikgu di lahirkan untuk jadi pengganas kot ( ? )...erkkk...pengawas! Paling koman jadi ketua darjah. Sebab dah di latih untuk cakap " Bangun....Selamat Pagi Cikgu" sejak dalam perut kann.

3. Anak cikgu selalu ada banyak buku.Sebab mak takpun ayah selalu dapat buku sponsor kat sekolah. Lebihan boleh bawa balik.Hahaha. Ada ke? Part buku sponsor i loikeee :)

4. Anak cikgu pandai pandai.Wooooooo

5. Anak cikgu bley makan kat ruangan cikgu dalam kantin sekolah.Sebab? Anak cikgu!

6. Anak cikgu boleh lepak kat bilik guru suka hati punya tak hengat selagi mak tak balik.Sebab? Anak cikgu!

7.Anak cikgu boleh tanda kertas soklan lepas exam sekaligus belagak diva macam cikgu jugak.Hahaha

8. Anak cikgu senang masuk asrama sebab banyak 'kaki'.

9. Anak cikgu penyimpan perkara asasi kat sekolah.Top Secret dipegang anak cikgu ah.

10.Anak cikgu comel comel.


Aku? AKU SEORANG CIKGU! Hohoho ( Gaya Santa )





Comments

nuansapictures said…
hahah lwk lak baca mmg ade betulnya sebab dlu aku bukan ank cikgu =P
Nurul Hajar said…
hahaha..nnnti anak kamu jd lah anak cikgu:)kawin cepat!
Salam cikgu....

Saya pun anak cikgu... Tapi, dari no 1 sampai 9 takde kne mengena dgn saya.. yg ada no 10 je...hahaha....

skrg sy jadi cikgu juga...hehe....
farra8979 said…
wah, nanti anak kamu jd anak cikgu la ek.. hihihi...

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar