Saturday, April 16, 2011

Sarang Otak

Gosip Minggu Ini : Ashraf Muslim dah bertunang.Owh my! T______T

Entry seminggu sekali.Sebelum ni dah hapdate pasal best fren punya wedding versi pertama punya.Sampai sekarang nak timbul versi kedua entah saya pun tataw bila.Bagaikan menunggu bulan jatuh keriba.Saya pun tak tahu sebab sekarang ni bila tiba time nak hapdate blog dia rasa macam nak , tapi last last simpan dalam hati.

Musim penentu untuk saya berjaya ke next semester bermula!Pheww.Pecutan 18976kilometerperhoursquared.Harap harap lepas lah untuk mengambil skrol sarjana.Lepas semester ni ada 2 lagi semester untuk dikejar sebelum bersuka ria.Bersuka ria?Entah lah.Yang cerita depan depan tu kita tak tahu lagi.Matlamat utama sekarang kena bercinta dengan artikel penyelidik dulu sebelum diselidik.

Hujung bulan ni kebusyan melanda diri banyak.Time nak exam ni la banyak keje nak bagi mak kau!Time nak exam ni la urusan headcount datang, pesta pantun daerah nak berpantun,silat daerah pun time ni,jadi urusetia silat negeri pulak time ni,bulan sains dan matematik pun bulan ni.Memang bersilat lah saya hujung hujung bulan ni.At last,sedar tak sedar dah habis bulan 4.Bulan 5 datang.Sedar tak sedar dah habis bulan 5.Bulan 6 datang sedar tak sedar dah hujung tahun.Macam tu lah kehidupan.Sampai tadi saya tengok Melodi,Ezlin Hai Hai Bye Bye cakap dia nak kawen tahun ni.Macam targetlah.Dan baru saya sedar yang sebenarnya saya tak pernah pun nak target kawen umur berapa.Yang pasti janganlah sampai mencecah umur 28,29 dan 30.Sedih mak atas pelamin.Tua sangat tu nanti.Bagi perempuan lah.Oh no!

Tadi, mak saya cerita gosip terbaru.Kisah pekerja mak saya yang hari ni break up dengan kekasih sebab kekasih adalah suami orang.Ok,masuk cerita ni dah kali ke 3 saya dengar cerita lelaki yang mengaku bujang bercinta dengan anak dara last last bini datang serang kata si anak dara yang salah.2 cerita sebelum ni berlaku ke atas rakan.Aduhhh...kenapa perlu menipu kalau nak bercinta sekalipun. Takkan bahagialah satu perhubungan kalau di bina atas dasar penipuan.Saya tak salahkan kaum lelaki, tak salahkan kaum perempuan.Sebab semua orang di dalam dunia di lahirkan dengan pelbagai kepelbagaian.Rambut sama hitam,hati lain lain.Tapi saya harap lepas ni tak adalah saya dengar laki kisah kisah perempuan di tipu lelaki ni.Kesian akak dengar.Dear man, taw tak kesetiaan wanita ni sebenarnya tak berbelah bagi? #background mucis : Wanita by Dehearty.Tataw.Pergi cari.

Iklan : Pesta Buku Antarabangsa 2011 @ PWTC ( 22/4-1/5 ) . Nak pergi weyy.Acara tahunan yang tak pernah nak rasa terlepas pandang.Boleh jumpa Wardina ke,Heliza ke tak agak agak? LOVE!

Blog, rasanya perlulah berakhir di sini.Dah jarang sangat dah hapdate blog.Dan satu perkara realiti yang saya sedar, semakin tak update blog, semakin kurang lah followers yang nak datang jengah blog kau tiap hari macam zaman kerajianan penulisan dulu.Ahh,nuffnang tak mengkayakan aku!ADA AKU KISAH?





No comments:

PHD IS A LONELY JOURNEY