Friday, April 1, 2011

Bila April

Sumber Gambar Gajah : Google Jah!!

Tiada lagi adegan 'terkejut beruk' kau! di hari pertama April macam zaman pesta muda mudi dulu, melakukan kejahatan yang dirancang di hari pertama April bagaikan satu kepuasan. Entah apa yang seronok pekena orang. Sekarang? Bila pikir 1 April tak ada masa dah nak pikir strategi agenda yang macam tak boleh blah. Makin nak pikir macam nak setel semua kerja dengan cara bergoyang gerudi. Tapi tu semua mimpi lah. Kalau kerja dah semakin menggunung , apa yang nak di goyangkan lagi. Jantung pun bisa luruh.Makin berdebar adalah!

Exam.
Ahhhhhh...dah seram sejuk!Baru tulis pun dah berdebar. Banyak sangat yang nak di pulun dalam tempoh 20 hari.Tidur hanya lah satu fantasi sekarang. Aduhhhh!Presentation tinggal lagi 1. Dear mata, maaflah kerana kita akan bekerja lebih masa.

Bulan Sains Math
Acara rasmi sekolah. Actually time bulan ni datang, saya suka sebab saya memang suka dengan sains siap simpan niat dalam hati satu hari nanti nak buat lawatan peribadi , kembali semula ke Planetarium Negara, Pusat Sains, Petrosains, Aquaria..apa-apa sajalah tempat ilmiah yang bagi students tak menarik , tapi bagi saya , WOW , BESTNYA!. Tapi setakat ni, kalau pergi KL, asyik melekat dekat Pavi saja. Bila nak pergi lain ke tempat pembelajaran idaman , entah. Aku butoh waktu.

Err...cukup cukuplah dengan aktiviti setakat ni di bulan 4. Ni pun dah rasa sesak.Harap tak mengganggu proses pertumbuhan otak . Ok, dah merepek dah.

Entry merepek .Entah apa ntah yg di tulis ni.Macam sampah. Baca dan sila telan dalam hati.





1 comment:

Lyana said...

helo si cantik !

i dah tukar blog, dah tukar twitter.
dah add kot u kat twitter. heeee rindu seh mau nyembang seperti dulu.
queenlyana dot com sudah dimusnahkan secara total. hiargghhtt ! hahaha

PHD IS A LONELY JOURNEY