Teratai Layu Di Tasik Madu

Tajuk lagu Pojiah Latip yang tiada kena mengena. Rasa macam nak update blog, nak tak nak, nak tak nak.Last last hapdate jugak.

Sekarang dah nak masuk bulan ke 4 dalam di tahun 2011. Mak oii..masa sekejap nyaa. Berdesup perginyee. Banyak plan yang di buat pun masih pending lagi.

1. Niat saya yang nak belajar menjahit macam terpaksa terkubur layu lah. Memang takde masa langsung wey! Bukan setakat nak pegang mesin, nak masuk benang dalam jarum pun macam dah tak terbuat dah sekarang. Tapi i will be proud kalau dapat jahit sepasang baju kurung untuk diri sendiri. Wah, gaya macam gadis melayu terakhir kan. Tiada motif untuk saya belajar, tapi memang rasa nak. At least, waktu pencen boleh jahit baju cucu . #Waddahel.

2. Sebab saya adalah spesis yang minat ikan , tadi dah macam teruja nak Dive With Shark @ Aquaria KLCC. Wa, best. Konfem teruja boleh berangan like i'm The Little Mermaid. Hohoho. Beranganlah kau sebab saya pun tataw lagi bila nak buat.

3. Nur Kasih The Movie!! Tak sabar akak nak tengok hokeh. Ni memang wajib nak tengok sebab saya memang minat Nur Kasih . Cepatlah bulan 5!!

4. Maher Zain @ Istana Budaya. Bila eh? Ni rumors yang saya dengar lah. Ni pun nak g tengok. So, dear friends yang nak pergi , boleh tolong buat pakatan dengan saya sekarang. Sebab dah rindu kot sama suara Maher Zain. Rasa termimpi mimpi lah.

5. Formula 1 2011 : Ni pun rasa nak pergi. Tapi bulan 4 ni bulan penuh dengan penderitaan kertas exam. Menangis darah lah kalau asyik berfikir perkara kefoya foyaan sangat. Saya bagi jawab gambar kereta je kang , pengsan Dr Ahmad.

Kerja?? harus teruskan FOCUS! Tapi niat nak tengok NUR KASIH dengan MAHER ZAIN macam tiba tiba dah tak tertahan nak menanti kesabaran ni. I miss u Remy Ishak.....so much.. #Tetiba.





Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar