Sunday Morning

* Hari Ahad yang duduk rumah, bangun pagi, baca paper , goyang kaki. Aik?

Wah...macam jarang sekali saya dapat menikmati Ahad sebegini. Macam dah tak ingat dah hari Ahad yang terakhir sekali saya buat perkara macam ni.Nampak bersenang lenang. Choi!

Actually, Ahad ni dalam sisa perjuangan nak habiskan assignment Misconcept yang Dr Ahmad suruh buat tapi saya liat. Hahaha. Semua assignments dah setel. Tinggal yang satu ni je. Dah rasa berpinau pinau dah mata ni nak baca artikel orang. Pheww...takut gak nak menempuh masa untuk buat thesis nanti. Dah banyak azimat dah Dr Ahmad sampaikan. Semoga jadi macam Dr Ahmad. Nak supervisor thesis Dr Ahmad.Impian nih! Sebab dalam ramai ramai lecturer dekat Educational School USM, saya paling masyukk dengan Dr Ahmad je kot. Hahaha.

Next week majlis resepsi Tya. Sejujurnya Tya ,i'm excited!Tapi untuk kali ni tak dapat den nak tolong 100% macam majlis nikah aritu. Insho Allah akan hadirkan diri. Baju resepsi pun dalam proses nak siap.Owh, macam mana nak berhias nanti? Dah kaget dah!

Phew...dah hampir setahun dah.Memang sekarang saya sanagt takut dengan masa. Sangat pantas hokeh!Tup tup dengar khabar dah anak sorang. Dah nak masuk 2 pun ada. Tahniah kawan-kawan dengan perkembanagan positif. Hope badan tak kembang kembang. Sebab badan den dah gemooks mooks mook sikit ni. Membimbangkan.LOL.

Hohoho. Dah pukul berapa ni. Kuharapkan bersenang lenang di pagi Ahad hingga ke petang. Rupanya busy ditengahari. Ada majlis pertunangan kezen yang nak kena pergi. Petang macam kena jumpa Tya je. Ada beberapa hal kawen nak kena setel. Durgh...banyak keja lohhh! Bila nak siap koje den ni!


Bye bloggers!Bye followers!Bye stalkers ( ? ) !





Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar