Manis Seperti Madu

Sumber : Google Image

Pengajian saya sebagai student masterji bakal tamat dalam tempoh beberapa minggu saja lagi. Tamat untuk semester yang ke 2. Ada lagi 2 semester yang penuh cabaran untuk di teruskan. Nak habiskan semester ke 2 ni pun macam dah banyak perkara perlu di korbankan. Tapi itulah bayaran untuk masa depan kan. Kalau asyik mengidamkan yang indah tanpa mahu menghadapi kepayahan, takkan kecapilah kejayaan semanis madu.

*penulisan agak pelik.Macam dah terbiasa dengan penulisan ilmiah.Abaikan jika berciri SKEMA

Assigment tinggal 1 lagi tak siap.Yang satu tu pun saya rasa bukan alang kepalang.Analisis data pun tak buat lagi. Pheww.Tidur sekarang hanyalah satu fantasi yang diidamkan. Tidur secara indah bukanlah satu realiti di kala saat yang genting macam ni.

Exam akan berlumba lumba menyusul di bulan 4.Alhamdulillah masih di berikan Allah kekuatan untuk menguruskan semua perjuangan yang saya lakukan sekarang. Hidup adalah perjuangan.Adatlah kalau ada pasang surutnya. Cabaran datang untuk menguji.Bukan untuk melemahkan.

Semoga termakbul.Insho Allah. Ameeen Ya Rabbb.




Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar