Aja Aja Fighting!


#teringin nak buat kek#

Tinggal satu minggu untuk menghabiskan sesi pengkuliahan. Yahooo Ya bedabedul. Dan tinggal satu minggu saja lagi untuk mempunyai lebihan waktu extra berfoyan foyan. Nak exam dah wey! Kecut perut.

Semester ini saya rasakan agak sukar. Dah mula terasa pelbagai permasalahan melanda diri dan rakan rakan. Bila di hitung hitung, Alhamdulillah, dugaan diri tak lah melampau seperti dugaan rakan. Pheww.Syukur.

Tadi mendapat khabar berita Kak Shira warded sebab komplikasi mengandung.Kasihan. Dah banyak minggu Kak Shira dalam semester ni terpaksa tak hadir ke kelas.Kak Shira ni student TESOL.Tapi kitaorang satu tutorial.Mendapat dugaan sebegini di kala waktu genting memang kadang kadang mencabar emosi.

Yang kisah dengan kesihatan ayah lagi menduga. Macam tak tenteram saya tengok Kak Ida semester ni. Tapi pembelajaran harus tetap di teruskan. Ini lah bayaran untuk segulung sarjana di tahun 2013.Insho Allah.

Jauh lagi perjalanan. Cabaran yang di hadapan nya saya tak tahu. Samada semanis gula atau semasam cuka, kita redah aja.Tidaklah namanya kejayaan jika tanpa cabaran. Teruskan berjuang!


Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar