Posts

Showing posts from March, 2011

Aja Aja Fighting!

Image
#teringin nak buat kek#
Tinggal satu minggu untuk menghabiskan sesi pengkuliahan. Yahooo Ya bedabedul. Dan tinggal satu minggu saja lagi untuk mempunyai lebihan waktu extra berfoyan foyan. Nak exam dah wey! Kecut perut.

Semester ini saya rasakan agak sukar. Dah mula terasa pelbagai permasalahan melanda diri dan rakan rakan. Bila di hitung hitung, Alhamdulillah, dugaan diri tak lah melampau seperti dugaan rakan. Pheww.Syukur.
Tadi mendapat khabar berita Kak Shira warded sebab komplikasi mengandung.Kasihan. Dah banyak minggu Kak Shira dalam semester ni terpaksa tak hadir ke kelas.Kak Shira ni student TESOL.Tapi kitaorang satu tutorial.Mendapat dugaan sebegini di kala waktu genting memang kadang kadang mencabar emosi.
Yang kisah dengan kesihatan ayah lagi menduga. Macam tak tenteram saya tengok Kak Ida semester ni. Tapi pembelajaran harus tetap di teruskan. Ini lah bayaran untuk segulung sarjana di tahun 2013.Insho Allah.
Jauh lagi perjalanan. Cabaran yang di hadapan nya saya tak tahu.…

Pertunangan

Image
Kisah Ahad Yang Lalu, Kita Layan Gambar Dulu
* Eh macam pantun la pulak!


~Berseri!~

~Young Generation~

,
~Atoksssss!~
Ok, dah habis cerita. Pictures tell a thousand words kan. Hohoho. *Santa Klaus*
Ini pertunangan kezen.Sebab rumah umpama 100 kangkang kera dari rumah saya, makanya kerjasama hubungan keluarga wajiblah dilaksanakan. Inilah keluarga. Love My Familia Soooo Much Muah Muah Muah.
Majlis di jalankan secara ringkas. Yang paling penting, perkara wajib di utamakan. Sebagai anak gadis, tugas saya tak lain tak bukan menjadi peneman untuk di make over kan menjadi penunang. Best tengok orang make up. Terus jadi cun. Terus tiba-tiba rasa nak make up supaya cun jugak.Hohoho *Santa Klaus*
Majlis macam ni jugak, kita boleh namakan sebagai majlis serah diri. Sampai pening nak bagi explanation dekat orang ramai soal jodoh dan kawen.Come on la...benda simple malas nak terang ribuan kali.
Next week, my best friend's wedding. TYA Asisul!!! U must be gojes baby! ~LOve~




Sunday Morning

* Hari Ahad yang duduk rumah, bangun pagi, baca paper , goyang kaki. Aik?

Wah...macam jarang sekali saya dapat menikmati Ahad sebegini. Macam dah tak ingat dah hari Ahad yang terakhir sekali saya buat perkara macam ni.Nampak bersenang lenang. Choi!
Actually, Ahad ni dalam sisa perjuangan nak habiskan assignment Misconcept yang Dr Ahmad suruh buat tapi saya liat. Hahaha. Semua assignments dah setel. Tinggal yang satu ni je. Dah rasa berpinau pinau dah mata ni nak baca artikel orang. Pheww...takut gak nak menempuh masa untuk buat thesis nanti. Dah banyak azimat dah Dr Ahmad sampaikan. Semoga jadi macam Dr Ahmad. Nak supervisor thesis Dr Ahmad.Impian nih! Sebab dalam ramai ramai lecturer dekat Educational School USM, saya paling masyukk dengan Dr Ahmad je kot. Hahaha.
Next week majlis resepsi Tya. Sejujurnya Tya ,i'm excited!Tapi untuk kali ni tak dapat den nak tolong 100% macam majlis nikah aritu. Insho Allah akan hadirkan diri. Baju resepsi pun dalam proses nak siap.Owh, macam mana…

Teratai Layu Di Tasik Madu

Tajuk lagu Pojiah Latip yang tiada kena mengena. Rasa macam nak update blog, nak tak nak, nak tak nak.Last last hapdate jugak.

Sekarang dah nak masuk bulan ke 4 dalam di tahun 2011. Mak oii..masa sekejap nyaa. Berdesup perginyee. Banyak plan yang di buat pun masih pending lagi.
1. Niat saya yang nak belajar menjahit macam terpaksa terkubur layu lah. Memang takde masa langsung wey! Bukan setakat nak pegang mesin, nak masuk benang dalam jarum pun macam dah tak terbuat dah sekarang. Tapi i will be proud kalau dapat jahit sepasang baju kurung untuk diri sendiri. Wah, gaya macam gadis melayu terakhir kan. Tiada motif untuk saya belajar, tapi memang rasa nak. At least, waktu pencen boleh jahit baju cucu . #Waddahel.
2. Sebab saya adalah spesis yang minat ikan , tadi dah macam teruja nak Dive With Shark @ Aquaria KLCC. Wa, best. Konfem teruja boleh berangan like i'm The Little Mermaid. Hohoho. Beranganlah kau sebab saya pun tataw lagi bila nak buat.
3. Nur Kasih The Movie!! Tak sabar a…

Manis Seperti Madu

Image
Sumber : Google Image
Pengajian saya sebagai student masterji bakal tamat dalam tempoh beberapa minggu saja lagi. Tamat untuk semester yang ke 2. Ada lagi 2 semester yang penuh cabaran untuk di teruskan. Nak habiskan semester ke 2 ni pun macam dah banyak perkara perlu di korbankan. Tapi itulah bayaran untuk masa depan kan. Kalau asyik mengidamkan yang indah tanpa mahu menghadapi kepayahan, takkan kecapilah kejayaan semanis madu.

*penulisan agak pelik.Macam dah terbiasa dengan penulisan ilmiah.Abaikan jika berciri SKEMA
Assigment tinggal 1 lagi tak siap.Yang satu tu pun saya rasa bukan alang kepalang.Analisis data pun tak buat lagi. Pheww.Tidur sekarang hanyalah satu fantasi yang diidamkan. Tidur secara indah bukanlah satu realiti di kala saat yang genting macam ni.
Exam akan berlumba lumba menyusul di bulan 4.Alhamdulillah masih di berikan Allah kekuatan untuk menguruskan semua perjuangan yang saya lakukan sekarang. Hidup adalah perjuangan.Adatlah kalau ada pasang surutnya. Cabaran …

Kesabaran Teruji

Entry mengupdate blog menjunam.Sejak berada di ambang 26 tahun, benda ni bukanlah aku hadap sangat.Sedangkan dulu ketika berusia 21 tahun, menjadikan punca rezeki dari hasil blog adalah cita cita.#mengarut engkau!
Pergh..sungguh cepat masa berlalu.Tak terkejar kejar kan.Kalau dulu blog berkaler hitam, sekarang dah terang menderang.Sampai tak tersedar kadang kadang dah bakal berusia 26 tahun.Sebab setiap hari terasa seperti 18.Oh my!
Sekarang di hati ada sedikit rasa terluka.Hati suci jangan disangka tiada luka.Ah siyes sakit hati.Kalau asyik kerja di maki maki.Macam hati aku takde perasaan.Macam hati aku kebal la sangat. Macam hati aku pinjam hati hulk.Macam hati aku keras macam batu.
Sabar aku ada batasnya. Jangan sampai terjadi Anis yang Bukan Anis. Try kalau ta percaya.Sebab takde siapa lagi yang pernah tengok aku marah orang dengan BERPERASAAN kan. Sekian.