Wednesday, January 26, 2011

Saya Update Kerana Hujan

Hujan oh Hujan kenapa engkau turun?

Kerana hujan saya tak jadi nak g tengok students training hoki...
Kerana hujan saya update blog
Kerana blog tak jadi tidur ( ? )

Dunia bagaikan bergolak sekarang.Bergolak dengan semua kerja yang tak pernah susut nilai.Asal meeting mesti bertambah kerja.Pergi meeting mesti dapat kerja baru.Lumrah kehidupan cikgu.Siapa yang maw jadi cikgu kerana kelapangan kerja.Meh nak haip sama dia!

# 1
Tahun ni saya mengajar sesi pagi.Pagi pagi kalau dah terlajak sampai jam 7.15 baru nak keluar rumah,mesti dah mula kelam kabut di jalan raya.Asal lampu merah mesti terasa stress sepanjang perjalanan.Sebab risau tak cukup nak sampai sekolah sebelum 7.30.Lori pulak macam dengki sungguh dekat saya pagi pagi.Time tu jugak la nak buat perarakan beramai ramai naik lori.Macam tade waktu lain nak bergerak.Padahal jarak rumah ke sekolah kalau tanpa gangguan makhluk giant tu, 5 minit dah sampai dengan pemanduan kereta bertaraf santai.See?Betapa banyak nya masa terbuang di jalan raya dengan gangguan.Pemandu seBagan Serai,mulakanlah hari anda seawal jam 8 hokeh.Awal dari tu cikgu yang tak berapa nak betul jam dia maw sewa jalan untuk haku sorang ja.Cess....melampau kau!Kahkahkah

# 2
Tahun ni saya dapat ajar subject feberet sampai mati i like!Fizik muah muah!!.Memang itukan cita cita sejak mendaftar jadi mahasismuda di UKM dulu.Nak jadi cikgu fizik.Nak jadi cikgu fizik.Nak jadi cikgu fizik.Padahal dulu masa zaman sekolah, dekat kad 001 saya tak pernah terpikir pun nak letak cikgu fizik sebagai cita cita.Masa merubah segalanya.Eceh.Tapi tahun ni terus menerus jadi Ketua Panitia Fizik.Pheww...semput den!

#3
Pembelajaran masterji pun semakin menyengat.Semester ni dah mula start buat research proposal.1 presentation dah lepas 2 minggu lepas.Esok ada presentation research proposal.Tapi yang best sebab still kelas dengan Prof Dr Nurulazam.Fun sangat!Sampai nak wish Prof jadi supervisor saya untuk tesis di masa depan kelak.Sedar tak sedar dah hampir 2 semester saya berjuang dalam program kesarjanaan ni.Time flies.Semoga semua habis cepat dan lancar.Syukur ya Allah kerana selama satu semester pengajian masih tidak tumpas mahupun tewas.Kuatkan semangatku ya Rabb!

#4
Cerita Tiramisu best.Tiap hari saya layan hokeh.Lyana tu comel macam barbie doll mak kata.Saya kata gaya dia manja.Tapi comel.Sukaaaaaaaa.Hani dah tak boleh nak layan dah.Asyik termiss sebab kelas.Zai promote untuk tengok online je.Tapi memang tak terdaya lagi nak tengok online sacar siri.Perempuan Berkalung Surban pun saya tengok tak habis dekat youtube.Yeppp...saya peminat cerita cerita Indonesi macam Ayat Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih.Wallaweh.Memang suka babe!!

Eh ada lagi!Cerita Ustaz Amirul pun best.Sebab saya suka Ashraf Muslim kot.Huahuahuahua.

#5
Setakat ni untuk kali ini.Jumpa lagi kali pada waktu hujan ( ? ). Dah lama tak update blog buat saya rasa kekok nak menulis.Tapi sekali dah menulis macam non stop pulak saya rasa.Memang magika tulisan tangan btol!

Sebelum bersurai ( dey ucapan apakah ni? ) , ............nak kurusssss seperti di usia 24... :)


Ok, bye!




No comments:

PHD IS A LONELY JOURNEY