Hijrah : Semoga Aku Cemerlang

Ya Rabb.....

Semoga aku menjadi lebih CEMERLANG sebagai

HambaMU, dalam meniti jalan ke kehidupan yang lebih abadi. Semoga aku terpilih menjadi hamba yang dipilih untuk menikmati nikmat dan indahnya syurgaMu meskipun tidak layak untuk aku kesana.Pandulah aku agar aku sentiasa tidak tergelincir dari jalan menuju keredhaanMu. Ingatkanlah aku jika aku lalai. Sedarkan aku jika aku cuai.Istaqamahkan lah hati hati ku dalam bermujahadah ke jalan Mu.Semoga aku CEMERLANG...


Anak. Tidak leka atas segala suruhan dan tanggungjawab yang di amanahkan.Semoga aku lebih membahagiakan mereka selagi hayat ada.Semoga aku CEMERLANG...


Guru.Agar aku sentiasa bersungguh dalam tugas.Tiada curiga dan tiada leka.Semoga aku lebih telus dalam mendidik anak murid ku.Tahun baru ini akan mendatangkan 1001 perubahan dalam tugas mendidik.Engkau titipkanlah kesabaran dalam setiap dugaan yang mendatang.Engkau jadikanlah setiap bait bait perkataan yang keluar dari mulutku di fahami dan diteladani oleh anak muridku.Semoga aku CEMERLANG.Agar mereka turut CEMERLANG.Kerana KECEMERLANGAN mereka adalah sebahagian dari KECEMERLANGANKU.KEJAYAAN mereka adalah sebahagian dari KEJAYAANKU.Ya Rabb...bimbinglah aku, dalam menjalankan amanah yang engkau berikan.Semoga aku CEMERLANG....



Pelajar.Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pembelajaran.Semoga aku tidak sia siakan setiap masa yang ada dalam mengejar kejayaan.Semoga aku menjadi lebih rajin untuk membaca segala jenis Jurnal, Artikel Ilmiah dan segala jenis bahan bacaan untuk kecemerlangan pembelajaran.Bantu aku Ya Rabb.....Semoga aku CEMERLANG....



SALAM MAAL HIJRAH 1432H




Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar