Thursday, December 30, 2010

Welcome 2011

Ini entry terakhir di tahun genap.Kira penutup blog untuk tahun ini.Blog memang tak akan di tutup lah even blog ni dah macam hidup segan tutup tak mahu dah aku nampak.

Aku taknak buat review 2010 ke hapa.2010 bagi aku bukan lah seindah rasa.Ada perkara baik yang di tempuh, ada perkara buruk juga yang datang.Adat kehidupan lah.Yang baik akan berselang seli kan dengan keburukan.Tak semua dalam dunia ni indah belako!

Task 2011 dah banyak yang menanti.Yang aku harapkan dapt selesaikan semua tugas sambil menjadi wanita anggun.Sebab sekarang aku rasa eyebag dah makin membunuh.Then jerawat makin banyak nak tumbuh.Giler ah aku tension!

2011...aku harap dengan bertambahnya tugas untuk aku kat sekolah, dengan bertambah nya kerja aku yang dah kena bersiap buat research proposal , aku harap aku tak lupa satu perkara penting untuk aku that is KAWEN!


Welcome 2011.. .:)

Monday, December 6, 2010

Hijrah : Semoga Aku Cemerlang

Ya Rabb.....

Semoga aku menjadi lebih CEMERLANG sebagai

HambaMU, dalam meniti jalan ke kehidupan yang lebih abadi. Semoga aku terpilih menjadi hamba yang dipilih untuk menikmati nikmat dan indahnya syurgaMu meskipun tidak layak untuk aku kesana.Pandulah aku agar aku sentiasa tidak tergelincir dari jalan menuju keredhaanMu. Ingatkanlah aku jika aku lalai. Sedarkan aku jika aku cuai.Istaqamahkan lah hati hati ku dalam bermujahadah ke jalan Mu.Semoga aku CEMERLANG...


Anak. Tidak leka atas segala suruhan dan tanggungjawab yang di amanahkan.Semoga aku lebih membahagiakan mereka selagi hayat ada.Semoga aku CEMERLANG...


Guru.Agar aku sentiasa bersungguh dalam tugas.Tiada curiga dan tiada leka.Semoga aku lebih telus dalam mendidik anak murid ku.Tahun baru ini akan mendatangkan 1001 perubahan dalam tugas mendidik.Engkau titipkanlah kesabaran dalam setiap dugaan yang mendatang.Engkau jadikanlah setiap bait bait perkataan yang keluar dari mulutku di fahami dan diteladani oleh anak muridku.Semoga aku CEMERLANG.Agar mereka turut CEMERLANG.Kerana KECEMERLANGAN mereka adalah sebahagian dari KECEMERLANGANKU.KEJAYAAN mereka adalah sebahagian dari KEJAYAANKU.Ya Rabb...bimbinglah aku, dalam menjalankan amanah yang engkau berikan.Semoga aku CEMERLANG....



Pelajar.Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan pembelajaran.Semoga aku tidak sia siakan setiap masa yang ada dalam mengejar kejayaan.Semoga aku menjadi lebih rajin untuk membaca segala jenis Jurnal, Artikel Ilmiah dan segala jenis bahan bacaan untuk kecemerlangan pembelajaran.Bantu aku Ya Rabb.....Semoga aku CEMERLANG....



SALAM MAAL HIJRAH 1432H




REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI