25


~Gambar tiada kaitan.Sumbangan Google.I LOVE FLOWERSSSSSS~

Hey Hey You You....ok, dah berkurun sangat tak hapdate blog.Perasaan dia macam chipsmore.Sekejap nak sekejap taknak.Last last terus sentap sorang sorang macam nak delete blog terus.Biasalah, kalau diri terumbang ambing di lautan gelora gituww bukan setakat blog, status FB pun aku rasa tak menarik dah.

Hey, saya dah 25 okeh.Sekarang dah boleh menunjukkan ciri ciri wanita kedewasaan.Benda yang dulu tak jadi kepentingan pun kau dah anggap penting.Khatamkan katalog Akojaya kat sekolah tiap hari pun kau rasa menarik, lepas tu terus berangan nak ada ber set set pinggan mangkuk, periuk kuali belanga ,jika ada sebuah rumah sendiri kelak.Lepas tu akan pikir pulak nak beli rumah.Meleret pulak nak pikir design rumah macam pulak yang nak.See?Sekarang banyak benda yang dulu tak penting, sekarang dah jadi sangat penting.Ciri ciri 25 tahun yang mendewasakan.Terima kasih lah atas semua ucapan meningkatkan traffic di wall FB.Yang sempat di balas, balas lah.Yang tak sempat, harap maaflah.

25 tahun yang mendewasakan.Kadang kadang tak semua kejadian di hari kejadian adalah manis manis belaka.Dan kita pun tak tahu bila dugaan tu nak datang.Semasa 25 tahun, selepas 25 tahun atau sebelum 25 tahun kehidupan.Tidak tahu.Pengalaman di hari kehidupan 25 tahun saya kali ini, ya ampun, sangat mendebarkan.Boleh gugur jantung paru paru limpa dan hati semua ah.

#1
Malam kehidupan 25 tahun, mak saya di masukkan ke wad.1st time in my life mak masuk wad dan macam mana nak kontrol perasaan jiwa raga tu hanya tuhan saja yang tahu.Dan di usia 25 tahun lah , buat pertama kali dalam kehidupan saya tidur di hospital, berkawan dengan nurse, dengan doktor je tak sempat nak tegur masih bujang atau tak.Hahaha.Mak di masukkan ke hospital sebab demam plus doktor syak paru paru berkuman.Membahayakan.4 hari di hospital memang satu pengalaman kehidupan yang paling berharga.Dengan nak study untuk exam lagi, terhujung hayang betul kehidupan selama 4 hari.Ya Allah, akalku terhad, ilmuku dangkal.Kita tak sentiasa akan senang, dan tak sentiasa akan susah.Sekali sekala Allah akan uji.Jika di datangkan ujian, maka bertabahlah.Terima kasih buat kawan kawan yang caring bermesej selalu bertanyakan khabar.Kak Bani, Kak Pah,Kak Miza,Kak Shimah,Kecik,Shimah,Niza.Bangun dan jatuh saya pun atas semangat kawan-kawan.Cahaya dalam kegelapan.Eceh.

Alhamdulillah,mak sekarang dah sihat.Dah boleh berjoget setempat.Nak menari shuffle tak boleh lah lagi sebab akan masih bisa mendatangkan kepenatan.Nak kerja tak boleh lagi la sebab kesihatan masih lagi perlu di stabilkan.Yang penting sihat.Syukur sangat!

~phew...dah boleh tarik nafas lega~

#2
Saya dah di panggil untuk taklimat induksi.Yeay.Temph berkursus selama 3 hari sewaktu cuti sekolah nanti.Tempat di Pulau Pangkor.Tapi tahun ni modul untuk induksi dah bertukar.Kena pi study dulu kat rumah, then bagi kursus 3 hari terus jawab exam.Bukan lagi macam tahun sbeelum ni yang pergi kursus sampai 14 hari n terus exam.Jimat kos.Sekarang semua orang pikir nak jimat.Kain nak pakai pun semua nak jimat.Haiyooh.

#3
Kerja kat sekolah banyak nak mati.Nak exam lagi.Nak buat assignment induksi lagi.Rasa nak pengsan.Mak aii..busy.busy.busy.Bila nak kawen camni?haiyohh.Haha.

Ok, badan penat.Otak tenat.Perlu tido sekarang.Esok banyak lagi kerja yang perlu di selesaikan.See?bila dah cakap bab keja, mood nak tulis blog pun jadi swing.lagi 30 tahun nak keja weyyy!

#4
Esok result UPSR adik Fatin keluar.Dia dah cuak cuak tu.Last last effect kat aku sama, bila pikir exam 15hb ni satu habuk pun tak baca.Ceh!



Comments

queenlyana said…
eyh mak ko sakit ke beb...?
Ishh harap2 dah okey laa.
Get well soon aunty !

*** eceh, dah ada tanda-tanda nak berumah bertangga bertingkap ka weh. Rojer beb jangan tak rojer aku. hehe

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar