Posts

Showing posts from November, 2010

My Best Fren Wedding : Simaa

Hujung minggu bermula.Yabedabendul.Eh, bendul pulak katanya. Hujung minggu adalah hari untuk kawen.Sempena musim cuti ni lah.Untuk minggu ni, minggu depan dan minggu minggu seterusnya adalah minggu hari perkahwinan rakan rakan.

Minggu ini adalah minggu perkahwinan rakan terBAIK.Tahniah buat Simaa.Rakan baik sejak zaman kecil sehingga dewasa dah bergelar puan hari ini.Tahniah my dear.Anda comel sekali dan masih cute sejak dari dulu sehingga kini.Masa dah memang dah macam kilat sekarang.Terasa baru semalam kita naik basikal pergi fardhu ain sama-sama, jaga bas depan rumah sama-sama,main batu seremban, tolong cikgu Rosli kat bilik KH sama sama, kutip duit raya keliling kampung sama - sama sekarang tup tup dah jadi bini orang.Sentap sekejap bila kak ida pun cakap benda yang sama tadi.

"Teringat korang datang rumah sini main time kecik kecik ye..sekarang dah kawen". Phew....masa memang menuntut perubahan sekarang.Satu persatu teman TERBAIK pun dah selamat mengakhiri zaman bujang.M…

25

Image
~Gambar tiada kaitan.Sumbangan Google.I LOVE FLOWERSSSSSS~
Hey Hey You You....ok, dah berkurun sangat tak hapdate blog.Perasaan dia macam chipsmore.Sekejap nak sekejap taknak.Last last terus sentap sorang sorang macam nak delete blog terus.Biasalah, kalau diri terumbang ambing di lautan gelora gituww bukan setakat blog, status FB pun aku rasa tak menarik dah.

Hey, saya dah 25 okeh.Sekarang dah boleh menunjukkan ciri ciri wanita kedewasaan.Benda yang dulu tak jadi kepentingan pun kau dah anggap penting.Khatamkan katalog Akojaya kat sekolah tiap hari pun kau rasa menarik, lepas tu terus berangan nak ada ber set set pinggan mangkuk, periuk kuali belanga ,jika ada sebuah rumah sendiri kelak.Lepas tu akan pikir pulak nak beli rumah.Meleret pulak nak pikir design rumah macam pulak yang nak.See?Sekarang banyak benda yang dulu tak penting, sekarang dah jadi sangat penting.Ciri ciri 25 tahun yang mendewasakan.Terima kasih lah atas semua ucapan meningkatkan traffic di wall FB.Yang sempat di bal…