Monday, October 11, 2010

Tragis




~Berapa ramai lagi yang perlu meninggal dalam keadaan macam ni?~

Phew...PMR dah habis.Boleh joget dangdut sekarang.Students dan pengawas PMR sama ja perasaan nya bila tamat peperiksaan diakhiri dengan paper Bahasa Cina Kertas 2.Saya jaga sekolah cina loh.Untuk 6 tahun akan datang, 2016 , Penilaian Berasaskan Sekolah menjadi sandaran kecemerlangan.Harap memberi manfaat bukan saja untuk generasi akan datang, tapi dalam tugas guru sendiri.Itu jangan di abaikan.Saya cikgu hokeh!

Saya nak cerita tentang LORI.Eceh.Tadi elok-elok cerita PMR, sekarang sudah masuk bab lori.Ya, memang haku heram nak mati dengan lori.Bukan saja hari ni.Tapi daah lama dah.......

Saya memang pengguna setia PLUS highway setiap minggu.Seminggu dua kali drive malam balik dari kuliah, itu dah jadi lumrah.Tengok perlumbaan formula one antara bas dan lori pun dah naik mual.Makin malam.Makin laju.Bila saya tengok macam tu, nak je sambil bawa kereta kecil comel nak shout cakap " Hey YOU!!"

Dah la bawa laju, memang asyik tamak nak duduk lorong kanan je la kan.Sampai kereta kecik comel ni pun, nak tak nak kena jugak bagi laluan.Lain la kereta kecik comel ni tetiba berubah jadi BMW , memang siap haku race sama lah nak tengok siapa lagi terror la kau.Hahahaha.*Sengal* Memang tak belajar konsep inertia betul la!

Semalam , balik dari mengawas exam pun sama.Masih bermasalah dengan lori.Bukan di highway pun, perangai pemandu lori pun tetap sama.Mensengalkan.Bawa laju laju siap nak bagi high beam.Padahal kalau saya ketepi sekalipun, ada 3 lagi kereta depan saya nak kena dia bagi high beam.Dah la kawasan pekan okeh.Bawa memang $#%@^@$ lah.Siap nak rapat rapat lagi.Kalau kereta ni boleh bertukar menjadi robot savvy, memang saya dah bagi kuasa gaban sama lori tu semalam.

Dah tengok kejadian accident di Pedas?Ngeri kan.Ajal dan maut memang di tangan tuhan.Tapi kalau semua tak mengamalkan sikap penting diri, mungkin mati dalam keadaan terhimpit kereta macam tu dapat di elakkan.Cara pemanduan kadang kadang mencerminkan sikap peribadi pemandu sebenarnya.

Sekarang, sila bagitahu, dah berapa banyak anda punya saman? Awwwww!


p/s : semoga saya sentiasa di lindungi sepanjang perjalanan mencari ilmu.

"Ya Allah, engkau akhiri lah hidup aku dengan keadaan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup aku dalam keadaan suul khotimah"

Ameeen.....

No comments:

PHD IS A LONELY JOURNEY