Saturday, October 2, 2010

Si Matahari


Tempel gambar dolu-dolu : Si Matahari 23

Sabtu yang tenang.Harmoni sungguh.Macam sedang duduk di taman dalam ketenangan.Kan best.Berangan sungguh!

Ini gambar 2 tahun yang lalu.Time semua masih lagi bergelar gadis gadis.Time semua masih lagi pergi kuliah lambat, lepas tu masuk ke dewan kuliah secara mengendap askar.Korang ingat lecturer tak nampak!Haha.Time nak buat assignment pun boleh buat rujukan internet ja semua.Library?Boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali nak singgah dalam tempoh 4 tahun.Enjoy.

Sekarang?Nak buat assigment pun jenuh kena buat segala journal review bagai.Terkangkang kangkang lah mata nak baca semua fakta tanpa membabi buta.Masterji ni tak susah.Tapi menuntut kerajinan yang tinggi.Baca!Baca!Baca!dan baca!

Minggu stressful gilanakmati cepat lah berakhir.Tarikh akhir nak submit semua assignment 15/10.Macam mana pun, nak tak nak kena jugak lupakan tuntutan duniawi.Eceh.Tulis blog dengan buka FB pun kata tuntutan.*Tetiba*

Stress dengan kerja tu, tak payah la nak cakap.Kalau di Malaysia ni isu bidang tugas guru pun tak habis habis nak didebatkan, macam tu lah korang akan tahu yang sukatan pelajaran saya tak habis habis lagi sedangkan lagi 2 minggu nak final exam.Memang nak mampus dot com betul.Takut!Hutang dunia dengan students.Tengok students pun macam dah hilang ingatan terhadap segala benda yang di ajar tu pun buat saya naik semput.Uwaaaaa!!!*Tarik nafas.Tarik nafas.*

Saya tak sabar nak cuti.Cuti nanti tetiba terasa nak masuk kelas menjahit.Saya nak jahit baju kurung sendiri.Tapi tak tahulah ada masa ke tak buat masa sekarang.Tak apa, yang penting belajar.Saya tak pandai menjahit.Paling terbaik, jahit butang asalkan tak tanggal.Apa teknik yang di pakai, kita hentam.Tapi memang terasa nak menjahit.Baju kurung bukanlah satu lagi kehendak malah satu tuntutan kerjaya.Sekarang saya suka nak pakai baju kurung.Terasa macam si gadis melayu terakhir gituww.Munntahahahahaha.

Urm, entry ni agak boringkan.Luahan rasa seorang adik manis yang tengah stress di kala senja.Esok saya nak pergi berfoya.Terapi minda.Yahooooodotcom.






No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI