One Step Closer


~kerja haku berlambak macam ni!~

Saya dah nak hampir habis semester 1, pengajian sarjana.Tak sabar hokeh.Dalam kepala macam dah karang 30 muka surat percutian idaman di bulan Disember kelak.Gile ah memang tak sabar.Sebab in my head sekarang bukan perlu nak pikir tentang masalah assignment yang mengkillerkan jiwa saja, tentang kerja yang semakin menimpa nimpa macam sakit otak nak pikir pun ada.Masalah hati?Tu tak campur lagi......Memang ah.Patut sakit otak!

Tapi ini memang cabaran dunia.Untuk berjaya, engkau bukan boleh stop goyang kaki berpuas hati pada setiap apa yang datang.Eh, nabi pun pesan suruh usaha setiap masa!

Sihat sebelum sakit....
Muda sebelum tuda...

[ boleh rujuk lagu Raihan ]

Masterji adalah senang.Benar.Tapi menuntut kesungguhan dan kerajinan.Kena rajin pergi kuliah, kena rajin pergi tutorial, kena rajin pergi library, kena rajin baca jurnal [ damn ah! , kena rajin berhubung baik sama lecturer, kena rajin berdiskusi,kena rajin solat!Eh..tu tanggungjawab.Maw masuk neraka tak solat?Hahaha.....Tak sama macam 1st degree dulu.Engkau tak rajin pun tak apa.Tak pergi library dalam tempoh 4 tahun, bukan lah satu perasaan yang bersalah sangat.Tapi time masterji ni, kalau anda tak pergi library, kalau anda tak rajin nak berdiskusi.Memang ada something wrong kat situ.Tapi bila dah nak habis satu sem ni, baru lah saya berperasaan pergi library tu adalah satu perasaan yang menseronokkan.Suka tengok bila ramai orang pergi library , rajin membaca.Eh,kan saya wish sebuah pusat bacaan di rumah saya buat bacaan anak anak kelak!

Minggu minggu exam semakin hampir.Semakin hampir ke minggu exam, semakin membara lah semangat saya tak sabar nak habis dengan segala cabaran bermasterji ni.Bernawaitu untuk meneruskan perjuangan PHD selepas ini.Harap-harap bergelar Dr Anis Diyana before 35.I wish.Itu impian dan harapan.Tentang masa depan.Allah akan tentukan.Jika tak dapat, jangan bersorak durjana.Tapi percayalah setiap aturan di dunia, adalah yang terbaik untuk kita.

Kahwin?Before terlambat.....Haha..tu pun nak wish.Siapa tamaw kawen oi!Tapi dah tak ada jodoh lagi.Takkan maw marah sama tuhan?


Comments

my note said…
anis.. all the best for u.., wani doakan cita-cita anis tercapai... amin

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar