Thursday, October 7, 2010

Menulis ke membebel?

Membebel jap...

Tetiba terasa blog ni macam bukan lagi hitam itu keunggulan.Eceh.Sebab tetiba terasa header blog tak chantek.Tetiba je la, jangan pulak nak sangka saya nak pi tukar header blog selagi tiada masa senggang.Biasalah, hati manusia ni fleksibel.Hari ni tak suka.Esok lusa nak tukar belum tentu lagi.

Ini bukan perasaan tetiba.Tapi memang niat sejak dulu.Mencadangkan diri nak beli domain untuk blog.[ yeke benda ni domain?saya jahil sket ni].Tapi sampai sekarang tak berusaha.Hidup tak berusaha, melepas la kan.Peluang dah ada.Tapi engkau lepaskan.Esok lusa kalau naik harga, kerugian pulak.Rugi tak? Rugi tak?

Membebel lagi...

Luka berdarah di balut kembali.Eceh.Sudah pandai sekarang maw pujuk pujuk hati sendiri.Yela, jika bukan saya nak sayangkan diri sendiri, siapa lagi?Kesedihan bukan untuk di pikirkan.Tapi untuk mencari satu kekuatan.Harus sentiasa berbaik sangka dengan segala keadaan.Yang pasti, ada kebahagiaan di hujung sinar.Harap segala kemusykilan akan terjawab dengan satu jawapan yang pasti.Membuat keputusan berdasarkan teori dan emosi, memang akan memakan diri.Mungkin di satu sudut saya silap, tapi tak semua kesilapan tu adalah satu kesalahan.Harap ber'respon'lah walaupun seperti sukar.Hanya dengan musyawarah segala persoalan akan terjawab.Itu harapan.Untuk tercapai mencari penyelesaian, belum pasti.

Membebel lagi....

Lecturer yang baik hati dah mengextendkan tarikh penghantaran assignment.Maka dengan ini, saya dah boleh dangdut secara suka hati.Minggu lalu struggle bagai nak mati buat assignment bagaikan tiada hari hari, minggu ni dah terasa boleh bernafas sekali.Kadang kadang buat kerja di akhir waktu, memang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kan!

Membebel lagi...

Minggu ni dengan gigih pergi menjadi pengawas peperiksaan PMR.Pengalaman pertama.Mengantuk.Haha.Mana ada orang pergi jaga exam macam pergi dangdut.Semua mengantuk kan.Tapi bila dah tengok soalan, macam nak cuba jawab soalan exam lagi sekali je.Konfem straight A ah.ceh.

Membebel lagi....

Maher Zain di Malaysia kan.Can't wait.Saya pergi weh!So,mana mana blogger yang pergi, we can meet there.Katanya tiket pun dah sold out.Wow.Hot letup letup ni.Harap best.Urm, teater muzikal haritu, best separuh jalan je kot....

Membebel lagi...

Ok dah.Tak payah.Nak kena semayang.Baca koran.Hari Khamis malam Jumaat kan......

"Dengan mengingati Allah, hati menjadi senang"




No comments:

PHD IS A LONELY JOURNEY