Maher Zain Save The Soul Showcase

Ok, sekarang nak tulis entry Maher Zain Save The Soul Showcase In Shah Alam.Kejadian berlaku minggu lepas. Masih belum basi. Maher Zain menjadi idaman masa kini. Idaman?Hohoho.

Saya pergi pada hari Jumaat. Showcase di buat 2 hari bermula Khamis.1st day tak dapat la nak pergi. Kang Penolong Kanan tunggu depan dewan kang keluarkan saman sebab ponteng kerja. Kalau Shah Alam tu macam depan rumah, tak kesah la kan.

Saya pergi bersama rakan rakan persekolahan. 6 orang termasuk saya.Wah, meriah!Sebenarnya dari urusan tiket sampai ke pangangkutan sampai la ke penginapan, semua diaorang yang uruskan. Saya hanya menumpang tuah.Eceh.Kalau dah jodoh nak berjumpa Maher Zain tu apalah nak di katakan.Yang susah pun Allah permudahkan.Ah, geletis mak!

Konsert berjalan lancar. Takde la kau tengok perempuan terkinja kinja say phewitt phewitt macam Konsert Paramore sana. Konsert Maher Zain kot.Nak kena lempang bukan perangai yang bukan bukan.kang keluar I Luv Islam gambar kau muka depan.Hohoho.

Pengacara majlis Wardina Saffiyah dan Farah Deeba. Woow wii. Sumpah teruja.Wardina kot.I adore her!Dalam hati rasa nak jerit. I Love You Wardina. Ok fine.Kena sedar diri, kita di Konsert Maher Zain kot bukan Paramore.Tapi sukalah.Pengsan!

Majlis di mulakan dengan nyanyian dari In team. Ni dah kali ke 3 saya tengok In team secara live.Kali pertama time zaman sekolah muda remaja. Ada majlis penutup minggu Agama Islam kat sekolah, then jemput in team buat acara penutup. Time tu in team tengah femes dengan lagu jiwang jiwang.2nd time waktu di zaman Matrik dulu.Buat kat Dewan Millenium Kepala Batas tak silap.Hazamin still tak berubah dari dulu sampai sekarang. Syahril masih cute.

Next singer.Aisyah.Dia nyanyi dua buah lagu.Satu tajuk anak.Satu lagi entah dah lupa la pulak.Agagagaga.Tapi suara dia mak aiii.Saya rasa tak pakai mic pun dah dengar satu dewan.Memang kuat ah.Ni mesti dulu time zaman zaman sekolah jadi pengawas sekolah.Senang cikgu suurh buat pengumuman.Err..saya agak jela.Sebab dulu saya pengawas kerja buat pengumuman ja.

Next and next,Saat di tunggu.Taraaa.Maher Zain Live in Malaysia.Weet weet.Suara dia masya Allah nyum nyum merdunya!Sampai dengar pun terbuai buai.Kalau di hayati lirik lagu memang boleh mendatangkan keinsafan.Subhanallah.Memang mengasyikkan.Lagu last di nyanyi lagu Insha Allah yang paling best saya rasa.Plus siap ajak kanak kanak nyanyi sama. Kagum kan.Budak budak kecik dah boleh hafal satu lagu Maher Zain lengkap! Dari hafal lagu Justin di bibir sana.Lama lama pun smeua nak jadi macam Justin, pening kepala cikgu aish.Kalau nak jadi Maher Zain senang la nak kawal lagi.Ni benda yang bukan bukan itula benda yang nak jadi.

Habis konsert pukul 10.30.Puas hati.Tapi insha Allah Maher Zain nak datang lagi.Bulan 2 tahun depan.Nak pi!Nak pi!Nak pi!Sambil hentak hentak kaki.So, mulakan dari sekarang untuk berebut tiket.1,2,3 BERSEDIA!



~orang ta dapat, poster pun jadilah~



~maher zain~


~Wardina!!~


Insha Allah..Insha Allah..Insha Allah...You Find Your Way..

Comments

Fadzlin said…
ish3,menarik,tertarik!er tertarik kt stage bole?:D

bestnye anis dpt g concert tu..k.lin xdapek la.mmg dkt je s.alam tu,tp since ada adam terpaksa la kn mengenselkan niat tu.hii

so napa dh lama x updet blog?bz ek?xpela,free2 tgkla blog k.lin ye..hohoh

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar