Saturday, October 23, 2010

Maher Zain Save The Soul Showcase

Ok, sekarang nak tulis entry Maher Zain Save The Soul Showcase In Shah Alam.Kejadian berlaku minggu lepas. Masih belum basi. Maher Zain menjadi idaman masa kini. Idaman?Hohoho.

Saya pergi pada hari Jumaat. Showcase di buat 2 hari bermula Khamis.1st day tak dapat la nak pergi. Kang Penolong Kanan tunggu depan dewan kang keluarkan saman sebab ponteng kerja. Kalau Shah Alam tu macam depan rumah, tak kesah la kan.

Saya pergi bersama rakan rakan persekolahan. 6 orang termasuk saya.Wah, meriah!Sebenarnya dari urusan tiket sampai ke pangangkutan sampai la ke penginapan, semua diaorang yang uruskan. Saya hanya menumpang tuah.Eceh.Kalau dah jodoh nak berjumpa Maher Zain tu apalah nak di katakan.Yang susah pun Allah permudahkan.Ah, geletis mak!

Konsert berjalan lancar. Takde la kau tengok perempuan terkinja kinja say phewitt phewitt macam Konsert Paramore sana. Konsert Maher Zain kot.Nak kena lempang bukan perangai yang bukan bukan.kang keluar I Luv Islam gambar kau muka depan.Hohoho.

Pengacara majlis Wardina Saffiyah dan Farah Deeba. Woow wii. Sumpah teruja.Wardina kot.I adore her!Dalam hati rasa nak jerit. I Love You Wardina. Ok fine.Kena sedar diri, kita di Konsert Maher Zain kot bukan Paramore.Tapi sukalah.Pengsan!

Majlis di mulakan dengan nyanyian dari In team. Ni dah kali ke 3 saya tengok In team secara live.Kali pertama time zaman sekolah muda remaja. Ada majlis penutup minggu Agama Islam kat sekolah, then jemput in team buat acara penutup. Time tu in team tengah femes dengan lagu jiwang jiwang.2nd time waktu di zaman Matrik dulu.Buat kat Dewan Millenium Kepala Batas tak silap.Hazamin still tak berubah dari dulu sampai sekarang. Syahril masih cute.

Next singer.Aisyah.Dia nyanyi dua buah lagu.Satu tajuk anak.Satu lagi entah dah lupa la pulak.Agagagaga.Tapi suara dia mak aiii.Saya rasa tak pakai mic pun dah dengar satu dewan.Memang kuat ah.Ni mesti dulu time zaman zaman sekolah jadi pengawas sekolah.Senang cikgu suurh buat pengumuman.Err..saya agak jela.Sebab dulu saya pengawas kerja buat pengumuman ja.

Next and next,Saat di tunggu.Taraaa.Maher Zain Live in Malaysia.Weet weet.Suara dia masya Allah nyum nyum merdunya!Sampai dengar pun terbuai buai.Kalau di hayati lirik lagu memang boleh mendatangkan keinsafan.Subhanallah.Memang mengasyikkan.Lagu last di nyanyi lagu Insha Allah yang paling best saya rasa.Plus siap ajak kanak kanak nyanyi sama. Kagum kan.Budak budak kecik dah boleh hafal satu lagu Maher Zain lengkap! Dari hafal lagu Justin di bibir sana.Lama lama pun smeua nak jadi macam Justin, pening kepala cikgu aish.Kalau nak jadi Maher Zain senang la nak kawal lagi.Ni benda yang bukan bukan itula benda yang nak jadi.

Habis konsert pukul 10.30.Puas hati.Tapi insha Allah Maher Zain nak datang lagi.Bulan 2 tahun depan.Nak pi!Nak pi!Nak pi!Sambil hentak hentak kaki.So, mulakan dari sekarang untuk berebut tiket.1,2,3 BERSEDIA!



~orang ta dapat, poster pun jadilah~



~maher zain~


~Wardina!!~


Insha Allah..Insha Allah..Insha Allah...You Find Your Way..

Friday, October 22, 2010

Anis Diyana Binti Halim

~semoga mendapat ketenangan hati~

*SENTAP*

Petang tadi, time menjaga exam yang memang mengantok wi mandi dalam kolam, jiwa tiba tiba sentap. Berita kematian ayah Shima, rakan setugas di sekolah yang memang close together together sejak 2 tahun di postingkan bersama di jemput Allah ke rahmatullah.

Innalillahi wainna ilahirajiun [ dari Allah kita datang, dan kepadaNya juga kita kembali ]

Saya, jika menerima berita kematian memang akan mensentapkan jiwa.Ajal dan maut adalah rehsia tuhan yang kita tak tahu bila.Mungkin esok atau lusa. Mungkin di usia muda atau tua. Sering termuhasabah.Cukupkah amalan untuk di bawa ke sana. Dan jika saya yang pergi dulu kelak, biarlah saya pergi dalam keadaan yang redha. Tiada dendam di hati untuk di iring bersama. Sebab dalam tiap tiap hari yang mendatang, saya tahu ada yang suka, ada yang murka.Kita tak akan boleh nak puaskan hati semua orang. Tapi kadang kadang, yang bersarang di fikiran, kenapa bila saya cuba berbaik dengan orang, hati saya pulak yang di sakitkan.Sedih!

~Semoga arwah tenang di sana, semoga di panjangkan umur kedua ibu bapa ku, umur ku dan umur adik beradik ku yang 5!~

*BEBEL*

Makin hari makin terasa menyampah dengan students yang berperangai bukan bukan.Kalau saya di beri kuasa power rangers biru double 5, nak je bagi fire.Tumbuk lumat lumat buat ikan sardin letak dalam tin.Memang mensampahkan, menjengkelkan yang sampai saya rasa nak tengok muka pun tak lalu dah. Wujud di zaman kelahiran mana ntah yang boleh sangat mengkurang hajar kan macam tu. Time jawab exam, buat bising, bila cikgu tengok siap boleh cakap...

" Apa tengok tengok?"

Hello....nasib baik badan ko besar je cikgu yang tengok tengok ni tak lempang.Buat sakit tangan kan.Tapi memang saya menyampah ah.Bukan sekali ni je kisah yang boleh menggugat iman.Dah banyak dah.Tuhan je yang tahu betapa banyak saya bersabar dengan perangai sampah sampah macam ni.Huh!

~Cerita Ahmad Durrah best jugak!


Baiklah.Maw chow chin chaw sekarang.Err...nak buat agar agar buah ni.Esok ada LADAP di sekolah then terus nak buat pot luck. Menu paling malas dan simple, agar agar buah la jawabnya.Haha.Erk,tapi sejak bermasterji, saya memang dah lama tak bertanya khabar nasib di dapur.Entah masih ada gas atau tidak.Hahaha.Alah, memang simple.Tapi mendebarkan tau tak.kalau tak manis manis seperti tukang masak macam mana? :P


~Nice kan letak tajuk nama sendiri? :P ~

Wednesday, October 20, 2010

20102010 : A Day to Remember

Hari ni pulang kuliah macam nak tampar tampar tepuk tepuk muka.Macam tak percaya.Sudah ke penghujung kuliah sudah akhirnya. Sudah boleh menarik nafas lega tak payah buat tutorial dah untuk subjek statistik yang mengkillerkan jiwa.Tinggal beberapa hari akan menamatkan semester 1 sebagai pelajar masterji di USM terchenta.Eceh.Semakin hari semakin banyak menanam perasaan kasih sayang sama USM.Tak kenal maka tak cinta.

Pesanan Penaja : Jangan mudah melafazkan bicara manis menghayut jiwa.Jika hanya berniat untuk menguji.Nanti akan ada yang terasa hati.*PASTI* . Tak mengapalah.Hidup adalah sebuah perjalanan yang banyak memberikan pengajaran.Ujian adalah tanda kasih sayang Allah.Harus belajar untuk redha.*MESTI!!*

Pesanan Dr Chew : Pelajar yang banyak merungut, adalah pelajar yang skor.U're sooo CUTE Dr!*Tetiba*

Pesanan Dr Norizan : Study untuk exam atau kita akan jumpa lagi di semester depan lagi*Menggerunkan!*


Dr Norizan : Berceloteh. Di hadapan adalah Ka Heng. Satu satunya rakan secourse yang bukan wanita.Bolehlah ngorat.*Tetiba*
Rakan sekuliah : Kak Fid n Mary.


Rakan sekuliah : Heah and Ong. Abang Asrul macam siap ready nak tangkap gambar. Kak Mila di hujung.From Kuala With Love.

Tools for lecture.Kotak pensil Mickey bersama nota kuliah bersama Majalah Solusi * Erk?*
Aktiviti macam ni, kita akan kenang sampai syorga.Masterji bukan hanya suka suka.Ianya amat mencabar fizikal dan mental.Akan menjadikan hidup sekejap tenang sekejap huru hara.Should be STRONG!
PLG 536 : Kelas Dr Nurulazam, masih berjalan untuk next week. Last week punya lecture. Untuk yang kelas statistik, dah boleh bukak buku, buat revision dan BACA!

My exam :

PLG 500 : 8/11/2010

PLG 536 : 15/11/2010

BERUSAHA !!!

Sunday, October 17, 2010

Kepada hati

Kepada hati yang tidak tenang, bertenanglah
Kepada hati yang sedang gundah, damailah
Kepada hati yang sedang berduka , senyumlah
Kepada hati yang sedang gelora , bergembiralah

Ubatkan hati dengan 5 perkara. Kasih sayang Allah melebihi segalanya. Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.

Every time you feel like you cannot go,
You feel so lost that you're so alone
All you see is night
All darkness all around
You feel so helpless you cant see which way to go
Dont despair and never loose hope
Coz Allah is always by your side ~Insha Allah : Maher Zain~


"Semoga di jauhkan segala prasangka manusia terhadap ku"


Monday, October 11, 2010

Tragis




~Berapa ramai lagi yang perlu meninggal dalam keadaan macam ni?~

Phew...PMR dah habis.Boleh joget dangdut sekarang.Students dan pengawas PMR sama ja perasaan nya bila tamat peperiksaan diakhiri dengan paper Bahasa Cina Kertas 2.Saya jaga sekolah cina loh.Untuk 6 tahun akan datang, 2016 , Penilaian Berasaskan Sekolah menjadi sandaran kecemerlangan.Harap memberi manfaat bukan saja untuk generasi akan datang, tapi dalam tugas guru sendiri.Itu jangan di abaikan.Saya cikgu hokeh!

Saya nak cerita tentang LORI.Eceh.Tadi elok-elok cerita PMR, sekarang sudah masuk bab lori.Ya, memang haku heram nak mati dengan lori.Bukan saja hari ni.Tapi daah lama dah.......

Saya memang pengguna setia PLUS highway setiap minggu.Seminggu dua kali drive malam balik dari kuliah, itu dah jadi lumrah.Tengok perlumbaan formula one antara bas dan lori pun dah naik mual.Makin malam.Makin laju.Bila saya tengok macam tu, nak je sambil bawa kereta kecil comel nak shout cakap " Hey YOU!!"

Dah la bawa laju, memang asyik tamak nak duduk lorong kanan je la kan.Sampai kereta kecik comel ni pun, nak tak nak kena jugak bagi laluan.Lain la kereta kecik comel ni tetiba berubah jadi BMW , memang siap haku race sama lah nak tengok siapa lagi terror la kau.Hahahaha.*Sengal* Memang tak belajar konsep inertia betul la!

Semalam , balik dari mengawas exam pun sama.Masih bermasalah dengan lori.Bukan di highway pun, perangai pemandu lori pun tetap sama.Mensengalkan.Bawa laju laju siap nak bagi high beam.Padahal kalau saya ketepi sekalipun, ada 3 lagi kereta depan saya nak kena dia bagi high beam.Dah la kawasan pekan okeh.Bawa memang $#%@^@$ lah.Siap nak rapat rapat lagi.Kalau kereta ni boleh bertukar menjadi robot savvy, memang saya dah bagi kuasa gaban sama lori tu semalam.

Dah tengok kejadian accident di Pedas?Ngeri kan.Ajal dan maut memang di tangan tuhan.Tapi kalau semua tak mengamalkan sikap penting diri, mungkin mati dalam keadaan terhimpit kereta macam tu dapat di elakkan.Cara pemanduan kadang kadang mencerminkan sikap peribadi pemandu sebenarnya.

Sekarang, sila bagitahu, dah berapa banyak anda punya saman? Awwwww!


p/s : semoga saya sentiasa di lindungi sepanjang perjalanan mencari ilmu.

"Ya Allah, engkau akhiri lah hidup aku dengan keadaan husnul khotimah dan janganlah engkau akhiri hidup aku dalam keadaan suul khotimah"

Ameeen.....

Saturday, October 9, 2010

Movie That I Miss : Teringin Nak tengok




Saya sibuk dengan segala kejadahan sehingga penghujung bulan 11 ni.Memang dah habis la kan nak tengok semua movie ni.Ok,kita cari cd!Perasaan : kita simpan dalam hati.T____T

One Step Closer


~kerja haku berlambak macam ni!~

Saya dah nak hampir habis semester 1, pengajian sarjana.Tak sabar hokeh.Dalam kepala macam dah karang 30 muka surat percutian idaman di bulan Disember kelak.Gile ah memang tak sabar.Sebab in my head sekarang bukan perlu nak pikir tentang masalah assignment yang mengkillerkan jiwa saja, tentang kerja yang semakin menimpa nimpa macam sakit otak nak pikir pun ada.Masalah hati?Tu tak campur lagi......Memang ah.Patut sakit otak!

Tapi ini memang cabaran dunia.Untuk berjaya, engkau bukan boleh stop goyang kaki berpuas hati pada setiap apa yang datang.Eh, nabi pun pesan suruh usaha setiap masa!

Sihat sebelum sakit....
Muda sebelum tuda...

[ boleh rujuk lagu Raihan ]

Masterji adalah senang.Benar.Tapi menuntut kesungguhan dan kerajinan.Kena rajin pergi kuliah, kena rajin pergi tutorial, kena rajin pergi library, kena rajin baca jurnal [ damn ah! , kena rajin berhubung baik sama lecturer, kena rajin berdiskusi,kena rajin solat!Eh..tu tanggungjawab.Maw masuk neraka tak solat?Hahaha.....Tak sama macam 1st degree dulu.Engkau tak rajin pun tak apa.Tak pergi library dalam tempoh 4 tahun, bukan lah satu perasaan yang bersalah sangat.Tapi time masterji ni, kalau anda tak pergi library, kalau anda tak rajin nak berdiskusi.Memang ada something wrong kat situ.Tapi bila dah nak habis satu sem ni, baru lah saya berperasaan pergi library tu adalah satu perasaan yang menseronokkan.Suka tengok bila ramai orang pergi library , rajin membaca.Eh,kan saya wish sebuah pusat bacaan di rumah saya buat bacaan anak anak kelak!

Minggu minggu exam semakin hampir.Semakin hampir ke minggu exam, semakin membara lah semangat saya tak sabar nak habis dengan segala cabaran bermasterji ni.Bernawaitu untuk meneruskan perjuangan PHD selepas ini.Harap-harap bergelar Dr Anis Diyana before 35.I wish.Itu impian dan harapan.Tentang masa depan.Allah akan tentukan.Jika tak dapat, jangan bersorak durjana.Tapi percayalah setiap aturan di dunia, adalah yang terbaik untuk kita.

Kahwin?Before terlambat.....Haha..tu pun nak wish.Siapa tamaw kawen oi!Tapi dah tak ada jodoh lagi.Takkan maw marah sama tuhan?


Thursday, October 7, 2010

Menulis ke membebel?

Membebel jap...

Tetiba terasa blog ni macam bukan lagi hitam itu keunggulan.Eceh.Sebab tetiba terasa header blog tak chantek.Tetiba je la, jangan pulak nak sangka saya nak pi tukar header blog selagi tiada masa senggang.Biasalah, hati manusia ni fleksibel.Hari ni tak suka.Esok lusa nak tukar belum tentu lagi.

Ini bukan perasaan tetiba.Tapi memang niat sejak dulu.Mencadangkan diri nak beli domain untuk blog.[ yeke benda ni domain?saya jahil sket ni].Tapi sampai sekarang tak berusaha.Hidup tak berusaha, melepas la kan.Peluang dah ada.Tapi engkau lepaskan.Esok lusa kalau naik harga, kerugian pulak.Rugi tak? Rugi tak?

Membebel lagi...

Luka berdarah di balut kembali.Eceh.Sudah pandai sekarang maw pujuk pujuk hati sendiri.Yela, jika bukan saya nak sayangkan diri sendiri, siapa lagi?Kesedihan bukan untuk di pikirkan.Tapi untuk mencari satu kekuatan.Harus sentiasa berbaik sangka dengan segala keadaan.Yang pasti, ada kebahagiaan di hujung sinar.Harap segala kemusykilan akan terjawab dengan satu jawapan yang pasti.Membuat keputusan berdasarkan teori dan emosi, memang akan memakan diri.Mungkin di satu sudut saya silap, tapi tak semua kesilapan tu adalah satu kesalahan.Harap ber'respon'lah walaupun seperti sukar.Hanya dengan musyawarah segala persoalan akan terjawab.Itu harapan.Untuk tercapai mencari penyelesaian, belum pasti.

Membebel lagi....

Lecturer yang baik hati dah mengextendkan tarikh penghantaran assignment.Maka dengan ini, saya dah boleh dangdut secara suka hati.Minggu lalu struggle bagai nak mati buat assignment bagaikan tiada hari hari, minggu ni dah terasa boleh bernafas sekali.Kadang kadang buat kerja di akhir waktu, memang boleh mendatangkan hasil yang lumayan kan!

Membebel lagi...

Minggu ni dengan gigih pergi menjadi pengawas peperiksaan PMR.Pengalaman pertama.Mengantuk.Haha.Mana ada orang pergi jaga exam macam pergi dangdut.Semua mengantuk kan.Tapi bila dah tengok soalan, macam nak cuba jawab soalan exam lagi sekali je.Konfem straight A ah.ceh.

Membebel lagi....

Maher Zain di Malaysia kan.Can't wait.Saya pergi weh!So,mana mana blogger yang pergi, we can meet there.Katanya tiket pun dah sold out.Wow.Hot letup letup ni.Harap best.Urm, teater muzikal haritu, best separuh jalan je kot....

Membebel lagi...

Ok dah.Tak payah.Nak kena semayang.Baca koran.Hari Khamis malam Jumaat kan......

"Dengan mengingati Allah, hati menjadi senang"




Monday, October 4, 2010

Teater : Again!


3/10/2010
Teater Muzikal Mahathir....

Selingan rasa :

Allah loves me and want what the best for me.Dont despair and loose hope.Aja Aja Fighting!Everything happen in ur life its gonna be a 'hikmah'.Tak semua benda yang kita suka, kita akan dapat.Sabar dan terus bersabar lah.Segala nya adalah rahsia Allah.Tiap tiap segala kesusahan hati insho Allah akan di akhiri kesenangan.Allah Maha Penyayang.Semoga semua ini berakhir cepat.
T_______T


Saturday, October 2, 2010

Si Matahari


Tempel gambar dolu-dolu : Si Matahari 23

Sabtu yang tenang.Harmoni sungguh.Macam sedang duduk di taman dalam ketenangan.Kan best.Berangan sungguh!

Ini gambar 2 tahun yang lalu.Time semua masih lagi bergelar gadis gadis.Time semua masih lagi pergi kuliah lambat, lepas tu masuk ke dewan kuliah secara mengendap askar.Korang ingat lecturer tak nampak!Haha.Time nak buat assignment pun boleh buat rujukan internet ja semua.Library?Boleh kira dengan sebelah tangan berapa kali nak singgah dalam tempoh 4 tahun.Enjoy.

Sekarang?Nak buat assigment pun jenuh kena buat segala journal review bagai.Terkangkang kangkang lah mata nak baca semua fakta tanpa membabi buta.Masterji ni tak susah.Tapi menuntut kerajinan yang tinggi.Baca!Baca!Baca!dan baca!

Minggu stressful gilanakmati cepat lah berakhir.Tarikh akhir nak submit semua assignment 15/10.Macam mana pun, nak tak nak kena jugak lupakan tuntutan duniawi.Eceh.Tulis blog dengan buka FB pun kata tuntutan.*Tetiba*

Stress dengan kerja tu, tak payah la nak cakap.Kalau di Malaysia ni isu bidang tugas guru pun tak habis habis nak didebatkan, macam tu lah korang akan tahu yang sukatan pelajaran saya tak habis habis lagi sedangkan lagi 2 minggu nak final exam.Memang nak mampus dot com betul.Takut!Hutang dunia dengan students.Tengok students pun macam dah hilang ingatan terhadap segala benda yang di ajar tu pun buat saya naik semput.Uwaaaaa!!!*Tarik nafas.Tarik nafas.*

Saya tak sabar nak cuti.Cuti nanti tetiba terasa nak masuk kelas menjahit.Saya nak jahit baju kurung sendiri.Tapi tak tahulah ada masa ke tak buat masa sekarang.Tak apa, yang penting belajar.Saya tak pandai menjahit.Paling terbaik, jahit butang asalkan tak tanggal.Apa teknik yang di pakai, kita hentam.Tapi memang terasa nak menjahit.Baju kurung bukanlah satu lagi kehendak malah satu tuntutan kerjaya.Sekarang saya suka nak pakai baju kurung.Terasa macam si gadis melayu terakhir gituww.Munntahahahahaha.

Urm, entry ni agak boringkan.Luahan rasa seorang adik manis yang tengah stress di kala senja.Esok saya nak pergi berfoya.Terapi minda.Yahooooodotcom.






PHD IS A LONELY JOURNEY