Thursday, September 2, 2010

Trivia Puasa dan Raya [ Note : Sehingga Hari Ini ]

Ini macam entry in advance.Puasa belum habis , dah cepat betul nak buat trivia.Err...buat segala benda in advance.Itu hobi.Macam menari nari.Eh,itu bukan hobi.Tidak pandai menari , tak payah lah nak di salahkan lantai tinggi rendah.Merepek dah!

  1. Puasa tinggal seminggu.Saya masih tak ada baju raya lagi.Hebat kan?Ingat senang nak cari baju raya lip lap lip lap?Saya dah bulat nekad.Tak dapat baju lip lap lip lap tu, lepas raya pun tak kesah saya nak beli.Sebab saya dah adore satu design yang saya macam agak suka.Design macam mana?Haha.Itu biarlah menjadi rahsia taman hati.Tapi yang pasti, bukan macam baju kerja hari hari.Tak dapat baju tu, baju sedesign baju kerjaan pun saya akan isytihar sebagai baju perayaan.Over mak cik!
  2. Duit raya tak tukar lagi.Tiap hari pergi bank, tiap hari penuh.Tunggu lah minggu depan.I kan dah bercuti.Tiap hari nak berkampung depan bank pun boleh.Tapi macam tahun lepas, lambat sangat nak tukar duit raya, last last nak tukar duit seringgit semua dah habis.Last last lagi, bila students datang umah, semua saraan dari ayah sendirian berhad.Duit saya?Simpan ar.Selamat!Agagagaga :P
  3. Tahun ni mengikut survey , macam nak ramai ja students datang rumah.Tapi tahun ni jugak la yang saya malas nak buat kuih raya.Kalau tak, tiap tahun beria.Shortbread haku pun tak buat lagi weh.
  4. Dah tinggal puasa 7 hari tahun ni.Eh!8 hari.Termasuk hari di bolehkan puasa tapi burn.Wallaweh.T______T
  5. Sangat suka cerita Geng Surau, Para Pencari Tuhan , Jejak Rasul dengan Syurgamu Ramadhan time bulan puasa ni. Syurgamu Ramadhan paling best.Sampai mak kalau termiss pun siap request nak tengok online. "Kak Ngah, sebab ko ajar mak hari tu tengok online la , mak asyik request sampai sekarang tau!".Tu cerita tak pernah miss.Even Cinta Kirana pun tak boleh lawan babe.Eh, saya tak berapa nak tengok sangat cerita tu sebab Galang dah meninggal.Aduyai.Boringlah orang hensem takde dalam cerita.
  6. Jam tangan tetiba rosak semalam.Sekarang kena masuk list raya untuk beli jam tangan.Sedih!Tu jamtangan sentimental value taw!
Ok, till then.Tetiba rasa nak stop menulis.Aci aci tutup pintu boleh tak?

4 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hahaha.. dahsyat dia punya impian nak baju lip lap lip lap tu ea.. hahaha..

klu time minggu last2 ni rsanya org tetap ramai jugak. hahaha.. ntah2 x sempat menukar duit.. huhu..

student ramai dtg tu best. mana tau ada yg bawak abang hensem utk d kenalkan. hihi =P

apa pun.. Selamat Hari Raya cikgu~~ =P

~SukEMakAn~ said...

waaaaaaa....
besnye baju liplapliplap!
semoga tejumpa nati!
hehe~
selamat ari raye!
=)

LUVLYDIYANA said...

asada :
kalau dapat abang hensem nagn baju lip lap lip lap, lagi best.dapat pakej!!hehe

~selamat hari raya~

LUVLYDIYANA said...

suke makan :

~selamat hari raya~

PHD IS A LONELY JOURNEY