Thursday, September 16, 2010

Syawal Kali Ini

Hello hello......

Blog ni macam dah lama terabai.Mood berblogging bagaikan cincau di potong cincai.Pasrah terhadap perilaku tuan yang kadang kadang menganehkan.Kejap dia rasa berblogging adalah satu perkara terbaik yang wajib di lakukan dan kadang kadang ini adalah perkara yang paling susah nak ditulis untuk meluahkan.Aneh bukan?

Hello hello....

Syawal anda bagaimana?Disini tiada ucapan Salam Perantau ambil tisu satu kotak lap lap hingusan pasrah dengan segala dosa silam.Tiada.Bukan bermakna suci dari kesalahan.Tapi tak sempat nak mencorat coret entry kemaafan sekeping dua.Perjalanan kehidupan masterji ni memang mencuri masa!Sampai sedar tak sedar, tahun ni sejarah saya tak pi tempah baju raya dan kita beraya dengan baju apa yang ada.Nasib baik sebelum puasa hari tu entah tanpa niat boleh pulak nak buat pembelian baju kurung secara suka suka.Boleh lah di buat pakaian raya.Yahooo!!Saya pun ada baju raya tanpa rasmi taw!

Hello hello....

Syawal kali ini bagi saya perfect.Ada suka ada duka.Ziarah kubur atok : done.Ziarah semua family belah mak dan ayah: done.Ziarah semua rumah rakan rakan sekerjaan yang terbaik : done.Ziarah rumah rakan baik skola rendah dulu : done.Ziarah rumah kawan baik sekolah menengah pun done.Kawan kawan yang datang rumah pun mak aii...berduyun duyun pun semua done.Dapat cousin baru sempena 1 syawal dan the latest news, kehilangan seorang kakak sekerja, Kak Diana yang duduk di sebelah meja saya di bilik guru.Esok nak pergi sekolah, mesti kesedihan tengok meja sebelah dah kosong.T_____T.Macam macam kan?Yang gembira ada.Yang best ada.Syukur atas nikmat Allah yang bertimpa timpa.Syawal yang meriah dan perfect.Dan andai Syawal kali ini adalah Syawal terakhir buat saya, insho Allah saya tak akan rasa ralat lagi sebab semua dah rasa dah.Yang manisnya dan yang pahitnya.

Hello hello....

Kepada yang pernah terasa, atas tindakan mahupun perkataan.Saya memohon ampun maaf.Kita masih di bulan syawal, belum terlambat nak buat pengakuan maaf kan.Hidup ni kalau boleh nak membahagikan semua.Tapi dalam hidup ni tak semua akan bahagia bila dengan kita.

"Andai ku bisa merubah semua...hingga tiada orang terluka.."


Salam Syawal 1431 H

No comments:

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI