Wednesday, September 22, 2010

No U-Turn


Penulisan yang tak ilmiah secara serius bermula sekarang!

Err... maknanya tidak ada langsung pembawaan entry berpaksikan emosi.Huh!Dah boleh tulis dengan akal yang waras sambil dangdut menari nari. Tindakan dipengaruhi emosi luar kawal memang kadang kadang satu perkara yang paling mengannoyinkkan bila di kenang.Damn!

Kehidupan yang hectic berganda sedang bermula yaribba yaribba.Tadi pergi kuliah belajar pun terasa macam naik tepu dan sakit segala sel sel saraf untuk menerima.Penerimaan yang terlalu padat dalam sehari okeh!Kehidupan masterji ni, semakin dah nak sampai ke penghujung semester, semakin rasa macam nak memuntahkan.Sampai dah rasa bila terlalu di pikirkan, sampai tiada cukup masa pun nak di berikan waktu bernafas. Tapi bila tak di pikirkan, balik balik boleh main buka FB ,tulis blog juga kesudahan nya.Apa nak jadi ni?Sila rajin sikit!

Tup tap tup tap, sedar tak sedar, dah 3 bulan masa berlalu dalam arena pembelajaran sambil bekerja.Setakat ni, my life ok dan langsung tidak menggugat jiwa.Rakan-rakan secourse Pendidikan Sains yang seramai 16 orang tu pun dah makin hari makin close kitaorang bersama.Tadi siap akak-akak tu belanja saya laksa.Kak Qis rajin masak.Tadi siap bawa caramel dan makan kek sama sama lepas tutorial sementara nak tunggu kuliah.Belajar adalah satu perkara yang depressed and not depressed.

Sekarang life saya kembali kepada kehidupan normal. Dah menghadapi kehidupan pengukuran panjang jambatan setiap minggu.Jika susah pun saya kena telan. Yang senang , saya akan dangdutkan. Bukan senang nak senang. Jangan ingat juga memasterji kan diri ni adalah satu perkara yang fun macam pergi fun fair. Jiwa saya pernah juga tumpas dengan kehidupan masterji ni, tapi walau sebaldi air mata yang mengalir , saya kena kental demi sekeping skroll yang bermakna! Itu lumrah kehidupan yang saya wajib akur atas pilihan. Setiap pilihan dan aturan kehidupan yang saya lakukan semua atas kerelaan hati tanpa paksa yang sudah melalui proses penapisan fikiran yang berganda.

" No U-Turn"

2 comments:

ASaDa RyutaRo said...

hohoho.. saya pun sudah lama x menconteng kat sini. ngeee =P

blog sendiri pun dah lebih seminggu bersawang..

sebelum apa2.. Selamat hari Raya. hahaha.. baru skrg nk wish =P

selamat berjuang dalam masterji.. ngee~~

LUVLYDIYANA said...

asada taro rororota! :P

bizi raya la tu..dam dam dum bunyi mercun.siap buat wish raya ni, macam boleh cut n paste masuk salam perantau je....ok, thanks asada.semoga berjaya di rantau orang! ^_^

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI