Tuesday, September 28, 2010

My Condition : NOW!

Perasaan : Merindui FB!Twitter!Blog tapi di sekat sekat sebab once dah terjebak, macam dah non stop tanpa mempedulikan tuntutan penulisan ilmiah.

Fizikal : Lemau!Minggu yang hectic macam tiada hari untuk esok.T________T

Mental : Padat!

Kehendak hati : Memerlukan notebook baru untuk tuntutan pembelajaran dan kerjaya!Tapi.........

Impian terdekat : Tak sabar nak cuti.Nak rehat!

Impian di kejauhan : Tak sabar nak ambil scroll untuk Ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan pengorbanan!

Aktiviti Penenang Jiwa : Teater Muzikal Mahathir.....Maher Zain..

Kerja In List : Banyak!!!


Bye, Kita bersurai.Esok saya ada pop pop pop pop pop pop kuiz.Boleh tiru.Tak payah risau.Muahahaha.




Wednesday, September 22, 2010

No U-Turn


Penulisan yang tak ilmiah secara serius bermula sekarang!

Err... maknanya tidak ada langsung pembawaan entry berpaksikan emosi.Huh!Dah boleh tulis dengan akal yang waras sambil dangdut menari nari. Tindakan dipengaruhi emosi luar kawal memang kadang kadang satu perkara yang paling mengannoyinkkan bila di kenang.Damn!

Kehidupan yang hectic berganda sedang bermula yaribba yaribba.Tadi pergi kuliah belajar pun terasa macam naik tepu dan sakit segala sel sel saraf untuk menerima.Penerimaan yang terlalu padat dalam sehari okeh!Kehidupan masterji ni, semakin dah nak sampai ke penghujung semester, semakin rasa macam nak memuntahkan.Sampai dah rasa bila terlalu di pikirkan, sampai tiada cukup masa pun nak di berikan waktu bernafas. Tapi bila tak di pikirkan, balik balik boleh main buka FB ,tulis blog juga kesudahan nya.Apa nak jadi ni?Sila rajin sikit!

Tup tap tup tap, sedar tak sedar, dah 3 bulan masa berlalu dalam arena pembelajaran sambil bekerja.Setakat ni, my life ok dan langsung tidak menggugat jiwa.Rakan-rakan secourse Pendidikan Sains yang seramai 16 orang tu pun dah makin hari makin close kitaorang bersama.Tadi siap akak-akak tu belanja saya laksa.Kak Qis rajin masak.Tadi siap bawa caramel dan makan kek sama sama lepas tutorial sementara nak tunggu kuliah.Belajar adalah satu perkara yang depressed and not depressed.

Sekarang life saya kembali kepada kehidupan normal. Dah menghadapi kehidupan pengukuran panjang jambatan setiap minggu.Jika susah pun saya kena telan. Yang senang , saya akan dangdutkan. Bukan senang nak senang. Jangan ingat juga memasterji kan diri ni adalah satu perkara yang fun macam pergi fun fair. Jiwa saya pernah juga tumpas dengan kehidupan masterji ni, tapi walau sebaldi air mata yang mengalir , saya kena kental demi sekeping skroll yang bermakna! Itu lumrah kehidupan yang saya wajib akur atas pilihan. Setiap pilihan dan aturan kehidupan yang saya lakukan semua atas kerelaan hati tanpa paksa yang sudah melalui proses penapisan fikiran yang berganda.

" No U-Turn"

Thursday, September 16, 2010

Syawal Kali Ini

Hello hello......

Blog ni macam dah lama terabai.Mood berblogging bagaikan cincau di potong cincai.Pasrah terhadap perilaku tuan yang kadang kadang menganehkan.Kejap dia rasa berblogging adalah satu perkara terbaik yang wajib di lakukan dan kadang kadang ini adalah perkara yang paling susah nak ditulis untuk meluahkan.Aneh bukan?

Hello hello....

Syawal anda bagaimana?Disini tiada ucapan Salam Perantau ambil tisu satu kotak lap lap hingusan pasrah dengan segala dosa silam.Tiada.Bukan bermakna suci dari kesalahan.Tapi tak sempat nak mencorat coret entry kemaafan sekeping dua.Perjalanan kehidupan masterji ni memang mencuri masa!Sampai sedar tak sedar, tahun ni sejarah saya tak pi tempah baju raya dan kita beraya dengan baju apa yang ada.Nasib baik sebelum puasa hari tu entah tanpa niat boleh pulak nak buat pembelian baju kurung secara suka suka.Boleh lah di buat pakaian raya.Yahooo!!Saya pun ada baju raya tanpa rasmi taw!

Hello hello....

Syawal kali ini bagi saya perfect.Ada suka ada duka.Ziarah kubur atok : done.Ziarah semua family belah mak dan ayah: done.Ziarah semua rumah rakan rakan sekerjaan yang terbaik : done.Ziarah rumah rakan baik skola rendah dulu : done.Ziarah rumah kawan baik sekolah menengah pun done.Kawan kawan yang datang rumah pun mak aii...berduyun duyun pun semua done.Dapat cousin baru sempena 1 syawal dan the latest news, kehilangan seorang kakak sekerja, Kak Diana yang duduk di sebelah meja saya di bilik guru.Esok nak pergi sekolah, mesti kesedihan tengok meja sebelah dah kosong.T_____T.Macam macam kan?Yang gembira ada.Yang best ada.Syukur atas nikmat Allah yang bertimpa timpa.Syawal yang meriah dan perfect.Dan andai Syawal kali ini adalah Syawal terakhir buat saya, insho Allah saya tak akan rasa ralat lagi sebab semua dah rasa dah.Yang manisnya dan yang pahitnya.

Hello hello....

Kepada yang pernah terasa, atas tindakan mahupun perkataan.Saya memohon ampun maaf.Kita masih di bulan syawal, belum terlambat nak buat pengakuan maaf kan.Hidup ni kalau boleh nak membahagikan semua.Tapi dalam hidup ni tak semua akan bahagia bila dengan kita.

"Andai ku bisa merubah semua...hingga tiada orang terluka.."


Salam Syawal 1431 H

Sunday, September 5, 2010


~SIARAN TERGENDALA~

Dah niat banyak kali nak update.Tadi pun rasa nak update.Then, bila terasa perut lapar, fikiran pun entah melayang layang kemana entah.Nampak sangat perasaan tu dipengaruhi perut.Err,jadi lepas ni saya bakal membuat lawatan sosial ke blog blog saja sehingga tangki perut mencecah paras full.Tiada update sehingga perut betul betul kenyang.Macam takde kaitan.Tapi bagi aku, ADA!!

Sebelum bersurai, saya tinggalkan blog dengan perasaan yang bersarang di hati :

Semakin ramai yang memperjudikan nasib islam sekarang kan?Owh, aku sedih!

Thursday, September 2, 2010

Trivia Puasa dan Raya [ Note : Sehingga Hari Ini ]

Ini macam entry in advance.Puasa belum habis , dah cepat betul nak buat trivia.Err...buat segala benda in advance.Itu hobi.Macam menari nari.Eh,itu bukan hobi.Tidak pandai menari , tak payah lah nak di salahkan lantai tinggi rendah.Merepek dah!

  1. Puasa tinggal seminggu.Saya masih tak ada baju raya lagi.Hebat kan?Ingat senang nak cari baju raya lip lap lip lap?Saya dah bulat nekad.Tak dapat baju lip lap lip lap tu, lepas raya pun tak kesah saya nak beli.Sebab saya dah adore satu design yang saya macam agak suka.Design macam mana?Haha.Itu biarlah menjadi rahsia taman hati.Tapi yang pasti, bukan macam baju kerja hari hari.Tak dapat baju tu, baju sedesign baju kerjaan pun saya akan isytihar sebagai baju perayaan.Over mak cik!
  2. Duit raya tak tukar lagi.Tiap hari pergi bank, tiap hari penuh.Tunggu lah minggu depan.I kan dah bercuti.Tiap hari nak berkampung depan bank pun boleh.Tapi macam tahun lepas, lambat sangat nak tukar duit raya, last last nak tukar duit seringgit semua dah habis.Last last lagi, bila students datang umah, semua saraan dari ayah sendirian berhad.Duit saya?Simpan ar.Selamat!Agagagaga :P
  3. Tahun ni mengikut survey , macam nak ramai ja students datang rumah.Tapi tahun ni jugak la yang saya malas nak buat kuih raya.Kalau tak, tiap tahun beria.Shortbread haku pun tak buat lagi weh.
  4. Dah tinggal puasa 7 hari tahun ni.Eh!8 hari.Termasuk hari di bolehkan puasa tapi burn.Wallaweh.T______T
  5. Sangat suka cerita Geng Surau, Para Pencari Tuhan , Jejak Rasul dengan Syurgamu Ramadhan time bulan puasa ni. Syurgamu Ramadhan paling best.Sampai mak kalau termiss pun siap request nak tengok online. "Kak Ngah, sebab ko ajar mak hari tu tengok online la , mak asyik request sampai sekarang tau!".Tu cerita tak pernah miss.Even Cinta Kirana pun tak boleh lawan babe.Eh, saya tak berapa nak tengok sangat cerita tu sebab Galang dah meninggal.Aduyai.Boringlah orang hensem takde dalam cerita.
  6. Jam tangan tetiba rosak semalam.Sekarang kena masuk list raya untuk beli jam tangan.Sedih!Tu jamtangan sentimental value taw!
Ok, till then.Tetiba rasa nak stop menulis.Aci aci tutup pintu boleh tak?

PHD IS A LONELY JOURNEY