Thursday, August 19, 2010

Update!

Alhamdulillah, sekarang dah masuk puasa ke 9.Sehari tak pernah miss lagi.Terawikh dah miss 2 hari.Faktor utama.Kepenatan.Nak buat secara sendirian pun badan terasa sengal.Selalu macam ni bila saya balik dari USM, drive secara tanpa hentilah.Dengan puasa lagi, dengan mengajar lagi, dengan kelas lagi.Ok, its sound alasan.T_T

Eh, sebenarnya tiada apa - apa dengan aktiviti memprivacy kan wall sendiri.Hanya untuk melatih diri supaya tak rasakan FB tu terlalu berkepentingan sangat.Lepas tu terpikir pikir nak cek notifications yang banyak macam sampah.Lepas tu terjenguk jenguk gambar orang.Lepas tu gi intai intai wall orang.Lepas tu kesudahan nya keja aku?Macam sampah lah jugakkan.Memang menyampah.Sekarang, lepas dah 2, 3 hari berkeadaan hidup tanpa notifications, aku rasa hidup tak semakin mendadahkan sangat lah.Saya sepatutnya berasa dadah dengan semua academic artical yang kena baca nih kan?Sepatutnya lah.Tapi slumber yaya memang perangai students part time kot.Ke saya je?Huahuahuahua

Assignment?Ok.Bagi sem ni saya ambil dua subjek.Itu bilangan minima kena amik dalam satu sem.Nak amik 3 or 4 ke pun boleh.Tapi larat ke kau?Dengan kerja sekolah lagi.Bawa-bawa lah muhasabah balik.Sila belajar dengan tenang.

Untuk course Statistik dan Penaakulan.Dah dapat 1 projek berkumpulan semalam.Kursus ini adalah sebagai asas persediaan untuk buat penyelidikan kelak.Gegaran untuk tekanan bagi kursus ni dah mula nak rasa sikit sikit dah.Dan sekarang boleh la nak cakap yang tesis time saya buat final year di undergraduate dulu adalah senang macam makan kacang.Tapi dulu punyalah terasa debaran nak buat.Siap takut nak gagal.Untuk research yang bermasterji ni, belum lagi buat proposal, baru je belajar asas, dah mula terasa debaran.Tapi belajar ni bukanlah satu ketaktan yang nak di takutkan sangat.Cuma saya berharap saya dapat habis dalam tempoh dua tahun tak maw lebih.Harap-haraplah!

Untuk kursus Sains, Teknologi dan Pendidikan, saya ada 3 projek yang sedang menanti.Dua by group dan satu by individual.Belajar dalam arena kemasteran ini, macam ni lah, anda takkan buat kerja secara individu.Banyak melibatkan aktiviti secara jemaah.Sebab itulah, the most valuable thing yang saya belajar ketika dalam proses bermasterji adalah bersilaturahimi!Ianya indah sebab kau akan jadi rapat tanpa semena mena dengan segala ahli kumpulan anda!

Tik tok tik tok.Dah hampir 10 hari dah berpuasa.Jangan lupa tingkatkan amalan selagi stok umur masih ada.Baju raya?Saya tiada lagi.Selalu akan beli last minutes ja.Lagipun, sejak terasa dewasa, baju raya bagi saya bukan perkara yang berkepentingan sangat.Bulan lepas pun saya dah beli baju baru.Dua minggu lepas pun saya beli baju baru lagi yang tiada berkepentingan untuk raya.Nanti minggu depan gaji, boleh beli lagi baju yang secara rasmi nya akan jadi baju raya.Tiada sebarang masalah kan untuk baju!Sebab kerja cikgu ni memang akan buat kau rajin beli baju.Pergi sekolah macam nak buat fashion show!

Baiklah.Cukuplah untuk setakat ini.Rujuk balik perenggan ke 4 dan ke 5 di atas.Ada yang lebih berkepentingan sedang menanti.Calo!

1 comment:

fndrocka said...

kau lagi rajin tarawih dari aku.huhu.

macm menarik je cara kau kurangkan kedadahann fesbuk..

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI