Nuetral

~saya rindu rakan-rakan.SEMUANYA!!~

Hari Isnin yang ceria

Sekarang kita ketepikan semua masalah hati.Saya rasa itu adalah perkara yang jatuh ke nombor 10 untuk dipikirkan.Baju raya liplapliplap saya pun tak ada lagi.Itu lebih penting sempena Hari Raya bukan?Ya, saya sedang berusaha lah!2, 3 hari ni hidup dalam keadaan terkenang kenang buat kan satu assignment harem apa pun tak buat.Aisayman betul la kan!

It's tough when someone starts to ignore u, but it's even tougher to pretend that u dont mind

Dear Yonna : kalau ko baca ni, ko akan sedar aku kutip kat mana.Ewah!

Tapi biasalah, adat kehidupan memang macam ni.Ada jatuh bangun nya.Dan di nilai bukan dari seteruk mana kita jatuh, tapi sekuat mana kita bangun dari kejatuhan.

*************************************

Oh my!Dah sampai ke arena 10 malam terakhir kan?Sekejap sangat rasa Ramadhan.Pagi tadi dengar Tanyalah Ustaz tentang Fadilat Malam Lailatul Qadar, subhanallah....memang Allah tu Maha Penyayang kan.Apa lagi.This is the time.Jom buat pecutan saujana!

Ok , sekian saja tazkirah pagiEwah.Ewah......

**************************************

Saya macam tengah melalui satu fasa pembahagian masa yang kena bijak sekali untuk sebulan ini.Tup tap tup tap.Hujung bulan 10 nanti saya dah nak final year di semester pertama.Takut dan cuak jugak.Assigment lagi 3 dalam que tak siap.Tapi sekarang saya kuat tidur.Menci ah.Sebab tu saya tak suka bermasalah hati.Buat saya kuat tidur!Lepas tu assignment tak siap.Suka tak?Suka tak?Suka tak?TAKKKKK!!!!

**************************************

Raya tahun ni saya dah buat projek peribadi untuk ingatan rakan - rakan di kejauhan.Jauh Di Mata dekat Dihati.

*************************************

Ok, dah boleh bersurai.Angkat beg boleh pergi sekolah.



Comments

maiyah said…
salam.. sudi le kiranya terima kad raya dr sy.. makasih

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar