Laporan Puasa 1

AMARAN : Entry ini tiada unsur adegan penggambaran.Tiada aktiviti penggambaran di lakukan ketika nafsu yang tinggi terhadap makanan.Sekian.

Hari pertama di bulan puasa.Alhamdulillah, berjaya juga saya selesai kan sehari puasa dengan jayanya walaupun tengahari tadi tiba-tiba terniat nak minum Nestle Yogurt Drink perisa Strawberi.Urm, sedapnya di minum di waktu sejuk.Nafsu bulan puasa memang bukan-bukan.Benda yang kadang-kadang tak bernafsu nak makan pun jadi terliur liur.Tengok air masak dalam tupperware students pun rasa sedap.Nafsu.Nafsu.

Pengkuliahan berjalan seperti biasa di bulan puasa.Tiada alasan.Nabi pun pergi berperang time puasa.Jangan tiba tiba nak kata menyeberangi Jambatan Pulau Pinang itu mendatangkan kemudaratan untuk melakukan aktiviti pembelajaran.Tersesat mazhab agaknya kalau ada yang bilang macam ni.Kalau lah....

Kelas tutorial tamat pukul 7.Yang beragama islam, semua bergegas cepat keluar dari kelas.Sekejap ja dah ghaib.Memang tak sabar nak makan.Saya, Kak Su, Kak Qis, Kak Ida, Kak Sumi pergi cari port makan luar USM.Memang banyak kedai makan.Tak perlu risau.Kak Fi ngan Kak Lin kata nak join tapi buat keputusan terakhir menjadikan Pizza Hut sebagai pilihan.Tak jadi join lah.

Saya order Nasi Goreng TomYam.Sederhana sedap.Not recommended.Tak sesuai selera berbuka kot.

Selesai berbuka, kena cepat cepat pergi sembahyang.Pengkuliahan seterusnya bermula pukul 8.30.Kena pantas dan tangkas.Sembahyang di masjid USM.Tengok ramai yang berimarah kan masjid di bulan puasa.Saya jadi suka.Rasa nak join sama.Syook tengok students-students ni rajin semua nya baca koran di bulan puasa.Bagus dik bagus!

Yang syook juga, ramai arabian di bumi USM.Tengok anak anak diaorang comel berlari lari depan masjid, rasa syook dan nak culik jap pinjam buat main.Dulu time belajar di UKM, saya tak nampak pulak orang arab seramai macam ni.Yang ramai warga Indon.Mungkin UKM terkenal di Indonesia berbanding di bumi Arab sana kot....

Minggu depan, akak - akak sekuliah bercadang nak berkelah.Masak dan makan bersama.Wow.Ini boleh mendatangkan rejeki di bulan puasa.Menu dengar dengar adalah Nasi kerabu.Yess!!saya suka.Ni la salah satu kelebihan berkuliah bersama rakan dewasa.Makan free.Eh?hehehehe.Harap harap jadi.Saya mungkin menghidangkan perut ja.Agagagagagaga.

Berkuliah di bulan puasa.Memang mendatangkan kemengantukan dan keletihan yang abnormal.Tapi yang penting, kena berusaha!Jangan rapuh di bulan puasa..!Chaiyok anis Chaiyok!




Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar