Saturday, August 14, 2010

Jalan Kehadapan

Kehidupan saya sekarang macam ni lah, buat tutorial, baca nota kuliah,buat assemen.Tapi tadi cadang nak cuba buat assemen tapi macam tak cukup maklumat lagi.Saya perlu berumah di Hamzah Sendut!Nama komersial untuk library USM.Cadang pagi tadi maw pergi sama-sama dengan Mahirah n Kak Ida.Tapi cancel last minutes sebab dua dua pun ada hal di saat akhir.Takpa lah, next week kita pergi.Tak cukup sehari, esok lusa kita berkhemah di sana!Cess, nak pergi library pun susah.Dah bercadang nak berkhemah.Tapi rutin part time students macam ni kot.Sebab tu part time students tak payah study struggle-struggle.Siapa kata ni?Siapa kata?Siapa kata?Hahahaha.

Dah habis buat tutorial.Saya buat blog.Tugasan kehidupan.

Pejam celik pejam celik, saya dah sebulan melangsungkan kehidupan sebagai pelajar.Time flies.Kehidupan macam ni lah.Sekejap ja dah nak habis satu sem, kejap ja dah nak kahwin.Kejap jap dah nak dapat anak.Errr...tapi tu bukan saya lah.Saya masih muda maw kahwin.Sekarang saya baru 24.Ikut perkiraan sebenar.Nanti bulan 11 baru genap 25.Masih muda bukan?Agagagagaga.

Kehidupan saya di meter kesibukan sekarang.Tapi saya suka.Kehidupan saya padat.Tapi saya suka.Kehidupan saya kadang kadang sampai tertangguh tangguh semua kerja.Tapi saya suka.Saya suka.Sumpah tak tipu.Saya suka.Kehidupan yang sibuk kadang-kadang memaksa diri untuk tidak memikirkan benda yang bukan bukan melayan perasaan.What the hell la kan kalau setakat aku nak memerah kepala hotak memikirkan mendalam permasalahan bila nak cuci kereta.Bila nak cuci kereta.Sedangkan banyak lagi perkara berkepentingan perlu aku pikir sekarang.Dan semua darjah kesibukan saya ini, saya suka sebab saya tahu apa yang saya buat sekarang buka sekadar syiok syiok membuang masa.Saya yang pilih sendiri dan usahakan sendiri sampai terpilih menjadi siswazah USM.Bila dah berada dalam landasan ni, saya wajib wajib dan wajib go on sampai jangan pandang belakang lagi.Susah tapi akan senang.Tiap tiap kesukaran akan di susuli kesenangan.Itu janji tuhan.Kita wajib percaya!


Pheww...
Baiklah.Sudah pukul 4.Saya perlu bersurai.Nak masuk gelanggang kedapuran.Dah waktu cuti ni nak tolong mak lah di gelanggang kedapuran.Selalu time weekdays, balik sekolah dah tak perlu risau dah tentang makanan....hari ni saya maw membantu.Mak , kalau kakak tolong sediakan perut saja boleh?Agagagaga!


1 comment:

Azwandy Bin Muhamad said...

Salam...
Cikgu anis, nak kawen dah ke?
Jemput sy x?hehe...

PHD IS A LONELY JOURNEY