Monday, August 30, 2010

Ini Cerita Tak Baik

Ini cerita tak baik sebab saya rasa jika di bongkarkan secara menyeluruh kisah ni, pasti saya akan naik court di sekolah lagi.Paling tidak tidak,orang nak hantar surat layang atas meja saya lagi.Paling tidak pun macam nak mula anggap saya lah si pengkuang hajau itu.Paling tidak pun, ada yang nak bermasam muka.Biarlah.Ramalan masing masing.

Makanya entry ini adalah beralas sikit.Saya tak menceritakan tentang siapa siapa.Tapi menceritakan tentang hak asasi yang telah di ceroboh yang saya rasa agak lama saya pendam kan tapi bila nak luahkan ianya pasti akan menyinggung hati perasaan orang tapi perasaan haku siapa nak jaga?

Meja kerja adalah cantik.Pertama sebab saya memang suka kepada kecantikan.Bagi lah apa saja segala jenis benda yang cantik, mesti saya obses nak bawa balik.Sebab saya adalah cantik.Err..tak.Itu bukan.Eh, tapi macam lumrahlah kan.Semua orang suka pada kecantikan.Yang laki pun asal tengok muka cantik je,nak buat stok bini. Yang cantik sikit sikit ni, patutlah tak kawen-kawen lagi.Eh?Waka waka eh eh.

Meja kerja adalah kemas.Sebabnya memang saya tak boleh buat kerja dalam keadaan berselerak dan semak.Jadi unsur kekemasan adalah tidak terlibat sama sekali dengan faktor nak menang Pertandingan Meja Tercantik Peringkat Sekolah.Ini kepuasan peribadi.Kalau semak, saya stress.Itu perangai peribadi.

Tapi, bukan atas sebab dua faktor di atas yang kita perlu tengok untuk saya bersikap rasa jelak kebelakangan ni.Tapi, saya mudahlah berasa tak senang hati bila time saya nak buat kerja, ada yang nak menumpang kasih untuk bergurau senda di meja saya.Alah, nak sembang pergi la meja lain boleh tak?Itu meja aku.Kau pun ada meja.Isk, macam mana nak cakap ni.Tapi serius weh aku tak suka macam ni,Rasa nak pergi request bilik pengetua yang kosong tu untuk aku ja.Hahaha.

Ok, sekarang macam mana nak cakap dengan nada sopan supaya tak ada yang terkilan....?

"Cik Adik manis manis, boleh tak blah dari meja saya sebab kalau time petang petang ni, cik anis yang lagi lagi manis ni of coz la nak duduk meja dia!"

1 comment:

Sophie Al-yahya said...

hurm...kena terus terang ni.cakap aje cikgu nak guna meja dan perlukan privasi.huhu.boleh ke?

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI