Iftar Ramadhan 2010


Semalam Iftar pertama secara jemaah bersama rakan rakan persekolahan.Wah, rakan persekolahan gituw.Sejak kecik sehingga dewasa, macam tak boleh nak lari dari sekolah kan?

Majlis di adakan di Hotel Sunway,Seberang Jaya.Majlis di meriahkan oleh Kak Bani,Niza,Kak Miza,Shima dan Zai yang Kecik.Pemeriah majlis ini lah untuk meja kitaorang.Yang lain-lain tu adalah orang ramai.Tapi mana kenal!

Actually, ingat plan nak berbuka ni nak buat hujung-hujung Ramadhan kelak.Habis berbuka boleh buat shopping raya.Ya rebba Ya rebba.Tapi since hotel ni tengah buat promotion half price sampai semalam ja, so kitaorang decide buat majlis berbuka beramai ramai awal pun tak pa.Yang penting, bleh makan secara jemaah.Itu yang best!

Makanan ok.SUPER banyak!Nama pun buffet kan.Orang pun boleh makan dengan SUPER banyak.Dari segala jenis makanan seafood, makanan darat, manisan, puding-puding, kuih-muih, satay, rendang dan lemang, makanan kampung, makanan tak kampung, ABC, aiskrim, semua adalah.Boleh pilih nak makan semua.Jika perut masih tak tenat.Saya makan pun banyak.Kak Bani makan pun banyak.Niza makan banyak.Kak Miza makan banyak.Shima pun.Kecuali kecik makan sikit no!Patut la kau kecik!Agagagaga..

Tapi satu benda yang tak best, surau dia.SUPER kecik.Kalau nak ambil air semayang pun kena kongsi tempat dengan lelaki.Tapi nasib baik kitaorang pergi semayang awal, so tak payah la nak berebut sangat dengan tempat dan nak ambil air semayang.Kalau semayang last-last minutes, macam mana la agaknya.Boleh ke nak semayang dalam tempat yang kecik dan bershare macam tu.Macam satu bilik hotel yang di belah dua.Tapi time saya,Kak Bani,Kak Miza dan Niza semayang tu, datang 3 orang makcik nak semayang sekali.Tu pun dah buat tempat tu sesak dah.See?Hotel besar bertingkat tingkat.Tapi kena sembahyang bersendat sendat.T_____T

Habis makan kami pulang.Tak lewat lewatkan sebab Kak Miza dah kecoh sejak dari awal nak tengok Arsengal.Game semalam.Tapi tak dapat nak tengok kan.Sebab balik lewat jugak!.Singgah kejap dekat Juru Autocity sebab nak tempah Audi.Ok,Berangan!Kami tak beli Audi,kami hanya beli McD.Belikan GCB untuk Kak Pah yang tak maw ikut sebab nak buat soalan sastera trial STPM.Guru Cemerlang ni!

Hari semalam best.Makan banyak boleh hilangkan stress.Cubalah!


Comments

Popular posts from this blog

Info Buat Cikgu Yang Nak Sambung Belajar FREE

Entry Yang Terlambat

Jalan Jalan Di Bandar Muar