Friday, August 20, 2010

Currently Watching.....Sepanjang Ramadhan

JEJAK RASUL 16 - SRI KANDI


Dah siri ke 16 Jejak Rasul.Lama gila.Dan ini saya rasa adalah program tv terbaik sepanjang Ramadhan.Untuk kali ni pulak, kisah tentang srikandi islam.Best.Petang tadi dia cerita tentang Asiyah, isteri Firaun yang di janjikan syurga.Program ni bersiaran untuk setengah jam sahaja.Pukul 6 sampai 6.30.Lepas balik sekolah, boleh la tengok kan.Tapi macam kejap sangat siaran dia.Saya rasa macam perlu di panjangkan ke sejam.Sirah Islam adalah banyak.Srikandi Islam pun banyak.Rasa nak cerita dalam setengah jam darab 30 hari,hanya 15 jam! macam tak puas.Sumaiyah, Zainab, Nailah Al Farafisyah, Rabiatul Adawiyah, Fatimah Azzahra....banyak lah lagi.Tak cukup sebulan nak tahu semua kisah srikandi islam!

GENG SURAU


Cerita ni best.Lawak.Kisah tentang geng surau lah.Cerita yang sempoi,tapi ada unsur positif jugak.Yang penting, lawak buat saya terhibur.Macam - macam la perangai geng surau ni.Tapi walaupun lawak, ada motif yang nak di sampaikan.Suka!Pelakon dia Razak Ahmad.Jadi imam.Dah lama tak tengok dia ni berlakon huh!Crrita ni tayang time buka puasa, 7.30-8.00 dan ada ulangan pukul 9.30-10.00 malam.Balik terawikh 9.30, boleh la tengok kan....

EPILOG SYURGA CINTA

Cerita ni tak berapa nak follow sangat.Tapi tengok jugak sebab ada budak kecil comel kiut miut yang tengah cekak pinggang tu.Mia Sara!Tapi lagu dia best.Siapa eh nyanyi lagu OST Epilog Syurga Cinta ni?

CINTA KIRANA


Hohoho.Dah mula addict kot dengan cerita ni.Sebab tu saya lebih bagi tumpuan kepada cerita ni berbanding Epilog Syurga Cinta.Ayah cakap, " Asyik tengok indon ja"...Tapi ok la dari tengok Epilog yang sedikit lembab.Tapi kalau cerita indon, tak lari la dari watak antagonis yang jahat dan menyampah.Kalau tak tu bukan indon la.Indon yang bukan dalam tv pun kadang kadang boleh buat menyampah!Cerita ni pukul 6.30 sampai 7.30.So, sementara tunggu waktu berbuka, leh la layan lagi cerita ni.Tu pun time adik adik semua duduk kat asrama ni, boleh la nak layan.Tak de sape kat umah.So, time nak berbuka tu takde kelam kabut sangat.Banyak ah masa nak tengok tv.

SYURGAMU RAMADHAN


Cayalah Ellie Suriati.Lakonan tip top.Boleh buat orang menyampah.Tapi kalau bagi ranking diantara cerita ni, Epilog Syurga Cinta dan Cinta Kirana, saya rasa cerita ni lebih lagi jadi pilihan kot.Tapi boleh tengok hari Khamis ja.Selasa dengan Rabu kelas.Kalau nak tengok online, jangan haraplah.Aku malas!

2 comments:

yonna said...

fida jugak yang nyanyi lagu tu :)

LUVLYDIYANA said...

best kan lagu dia!

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI