Thursday, August 26, 2010

Burn Puasa


Alhamdulillah.Dah selamat solat terawikh 8 rakaat secara sendiri tadi.

Petang tadi saya tidak puasa.Eh, apakah?Dah elok boleh solat tapi tak puasa.Kalau kantoi dengan Jabatan Agama, boleh try nak tayang muka secara chomel di dalam van mayat.

Ini kali pertama berperasaan macam ni.Saya sakit perut secara double trouble petang tadi.Err, sakit nya bagaikan senggugut yang heavy di hari pertama.Tapi bukan senggugut.Sangat cranky macam nak terkeluar usus perut.Saya pergi kelas pun tak mengajar.Duduk secara menayang muka saja di meja depan.Nasib baik hari ni students pun tak bertindak secara luar biasa normal.Kalau tak maw dah kena lempang saja sorang-sorang jika saya sihat kelak.Hahahaha.

Pukul 3, time rehat saya dah minta kebenaran untuk pulang.Nak tunggu sampai pukul 5 pun macam boleh membawa kemudaratan saja di bilik guru, baiklah saya membawa diri pulang.Puasa saya masih bertahan dalam kelemahan pada pukul 3.Kak Kani dah siap suggest suruh saya buka puasa untuk amik ubat.Tapi kan saya berharap nak puasa penuh sepanjang satu bulan,degil bertahan sehingga lemau....

Tapi, kita hanyalah perancang tegar dalam kehidupan kan?Sampai rumah saya tewas jugak.Cuba bertahan dengan minyak mustajab peramping badan pun macam tak kena gaya.Last last puasa saya setakat pukul 5 sahaja.Yeay!Sekarang dah boleh nyanyi 'Puasa Yang Yuk, Petang petang bukak periuk'. Saya minum air suam.Makan ubat dan tido sampai pukul 6.Baru terasa sedikit melegakan dari kesengsaraan sebelum ni.Tapi saya dah rasa rugi sehari.Sedih.T____T.

Bila di buat imbas kembali, perut saya mungkin masuk angin kot.Buat check list, semalam saya makan nasi 2 sudu ja sebab saya order nasi goreng paprik di gerai depan USM tu, langsung tak memenuhi selera.Siap terasa kehanyiran bau sotong.Then pagi tadi, time sahur boleh pulak nak hentam sambal udang secara tamaknya.Ok, salah sendiri kan yang terlupa nak heran dengan masalah perut.

Sekarang, perut saya dah mula nak rasa cranky balik.Omaigod!


p/s : tiba tiba rasa nak beli kad raya secara banyak dan pos kat orang sempena wang raya yang berganda..wowwweeeee.............

2 comments:

ku_Merpati said...

moga ko cepat sembuh...dugaan bulan puasa, berpaut pada Allah eh

LUVLYDIYANA said...

Ayu sayang......sedih!!!! T___T

REVIEW: DTOX NATURAL SENDAYU TINGGI